Sarapan Pagi Koay Teow Th'ng Viral. Hi korang dah lunch? Mommy dah lunch tapi kat kedai tom yam sajalah sebab pagi tadi dah makan nasi lemak. masih rasa kenyang tapi kena makan jugak sebab pukul 3 atau pukul 4 nanti confirm perut rasa lapar balik tapi takkan time tu baru nak keluar lunch kan? So, order yang ringan-ringan sajalah.
Sarapan Pagi Koay Teow Th'ng Viral
Untuk entry hari ini mommy nak update tempat breakfast yang mommy selalu pergi dengan daddy pada hari minggu. Tempat tu dah jadi viral dah sekarang. Kalau korang yang tinggal di seberang jaya atau Pulau Pinang confirm tahun tempat ni iaitu Koay Teow Th'ng viral di pasar pagi Seberang Jaya. Mommy dah banyak kali pergi tapi hari ni baru terasa nak buat entry. kahkahkah..
Nampak tak berapa darjah kerajinan mommy? hihi
Sarapan Pagi Koay Teow Th'ng Viral |
Mommy suka Koay Teow Th'ng di sini sebab dia tak kedekut. Koay teow dan ayam memang banyak. Di tambah pula dengan kesedapan sup serta fishball, fishcake serta bawang putih yang di goreng garing. Kalau pergi makan di mana-mana yang ada jual koay tew th'ng jarang dah jumpa yang buat bawang putih garing ni. Ayam pula, ayam yang dicarik-carik...
Koay Teow Th'ng Viral |
Inilah gerai yang jual Koay Teow Th'ng viral tu. Namanya Mad Nasi Ayam....Ada contact number kat situ, so, korang boleh call dulu sebelum datang...
Koay Teow Th'ng Market Seberang Jaya |
So, kalau korang mencari sarapan pagi di area seberang jaya, mommy memang syorkan korang ke food court market Seberang Jaya sebab disitu ada pelbagai menu yang sedap. Antaranya adalah mee wantan, nasi ayam, apom, capati dan tosai. Ala ala english breakfast pun ada...
Bagi yang belum pernah datang, korang boleh follow maps ni..
No comments:
Post a Comment