Makan Besar Di Restoren Pen Mutiara Butterworth. Semalam unit mommy telah mengadakan jamuan makan di Restoren Pen Mutiara Butterworth sempena aktiviti akhir kelab untuk tahun 2018. Kiranya penutup aktiviti untuk tahun 2018.
Restoren Pen Mutiara di pilih kerana ia terkenal dengan kari kepala ikan yang mabeles, lauk pauk yang fresh serta service yang terbaik. Memang layanan gred A lah. Selain dari itu, restoren ini di pilih sebab lokasinya yang dekat dengan office. 2 minit dah sampai #pilihanbos. kahkah... Tak kisahlah pilihan siapa sebab yang penting menu adalah yang terbaik dan boleh di makan sampai sampai habis.
So, inilah menu yang menjadi pilihan kami. Satu menu saja yang tiada sebab kami request tambah ketam tapi ketam memang tidak di sediakan di Restoren ini. Kita makan ketam lain kali sajalah..

Dari atas pula... Nampak tak Kari Kepala Ikaan, Siakap 3 rasa, Kerabu Mangga, Sotong Goreng Tepung, Sambal Udang, Telur Bungkus, Ulam-ulaman dan Sambal Belacan. Untuk air pula, Air Limau Asam Boi.
Oppps terbalik pula gambar siakap 3 rasa ni... Malas nak betulkan.
Closed up Kari Kepala Ikan. Untuk hidangan 8-10 orang, terdapat 2 kepala ikan yang di belah 2(kiranya ada 4 ketul la) . Walaupun hanya 2 kepala ikan, saiz dia memang besar. Cukup untuk 10 orang. Malah lebih untuk kami... Siap boleh ratah dan bawa balik lagi.
Yang perempuan saja ada dalam gambar... Geng lelaki tak nak join. hihi...
Untuk jamuan makan 10 orang ni kami pilih menu Delima dan tambah ikan siakap lagi seekor. Yang tambah tu di kira harga lain...
So, kalau korang nak buat aktiviti office bolehlah ke Restoren Pen Mutiara Butterworth. Kalau korang sebelah Pulau pula, eloklah ke Restoren Pen Mutiara Batu Maung. Di sana lagi besar dan best. Yang di Butterworth ni cawangan saja tapi still best.
Oh yer, kalau korang tak nak set-set tu, dia juga ada jual nasi lauk dan ala carte goreng-goreng. Boleh jer nak makan bila-bila saja....
Kalau korang yang tak biasa lagi datang sini atau tak familiar dengan area Butterworth, bolehlah follow google maps ni. Confirm sampai...
Nampak sedap lauk pauk tu semua...best laaa....sesekali makan besar kan..
ReplyDelete