Santai Petang Di Chill Cafe Kulim. Petang semalam mommy ajak daddy keluar sekejap sebab nak beli barang dapur. Sebelum pergi tu kami lepak di Chill Cafe Kulim yang baru 2 bulan di duka, sebaris dengan petron dan Abang E Capati Taman Cengal. Dah lama ajak daddy mai rasa sebab nampak kelainan yang cuba di tonjolkan oleh pemilik kafe ni. Ice blended yang di hidangkan dengan pelbagai pilihan buah-buahan.
Mommy daughter tengah lawan pipi sapa lagi pauuuu.. |
So, semalam mommy order ais blended perisa mangga yang di campur yogurt dan buah-buahan. Mungkin sebab mommy sampai lambat, banyak buah yang dah habis. Mommy cuma dapat pilihan buah nanas, buah strawberry dan buah mangga. Kiranya tak berapa meriah lah. Dari segi rasa pula, okaylah.
reality.... |
Selain dari ice blended yogurt, terdapat juga ais blended yang lain dan pelanggan boleh pilih sendiri. Untuk makanan pula terdapat waffle, jagung cawan, keropok lekor, sosej dan dua tiga menu lagi tapi mommy dah lupa. Sorry naa...
Cafe ni boleh maju lagi tapi perlu ada menu berat satu atau dua. Antara menu yang mommy boleh cadangkan adalah laksa, koay teow th'ng, bihun sup ataupun masakan panas yang lain.
Selain itu, pemilik kafe juga kena pastikan buah-buahan mencukupi dan segar ketika kafe beroperasi. Barulah ramai yang tertarik dan datang lagi.
Kepada Chill Cafe Kulim, semoga bertambah maju, kualiti terjaga dan akan bertambah cawangan dari satu kepada dua....
oh ada makanan yang simple simple je ke tapi ais yogurt tu nampak sedap!
ReplyDeleteJemput join, meh ler meramaikan dan memeriahkan suasana.
ReplyDeletehttps://hanifadhlinaabdulrahman.blogspot.com/2018/11/segmen-bloglist-2019.html