WillKey™, Sistem Pendaftaran Wasiat Pertama di Malaysia, Memusatkan Pencarian dan Penyimpanan Wasiat Untuk Ketenangan Minda. Apabila insan tersayang meninggal dunia, soalan berkaitan yang sering ditanya, “Saya tahu arwah atau mendiang ada membuat wasiat tetapi di mana beliau menyimpannya?” Bilangan keluarga yang berhadapan dengan kepayahan mencari tempat simpanan wasiat insan tersayang yang telah meninggal dunia tidak sedikit.
Walaupun ianya sesuatu yang tidak diingini, kita tidak dapat nafikan bahawa hakikatnya, sebuah wasiat yang tidak berjaya ditemui umpama wasiat yang tidak wujud langsung.
Sebuah wasiat boleh disimpan di pelbagai tempat – sama ada di rumah, pejabat, bersama peguam, bank ataupun penyedia perkhidmatan menulis wasiat. Dengan peredaran masa, pewasiat mungkin telah tersalah letak wasiat yang mereka sediakan itu ataupun mungkin terlupa tempat simpanannya. Perkara-perkara yang tidak dijangka atau diingini seperti kebakaran, kemalangan dan banjir juga membahayakan keselamatan wasiat berkenaan, lalu mengecewakan waris mereka.
WillKey™, Sistem Pendaftaran Wasiat Pertama di Malaysia, Memusatkan Pencarian dan Penyimpanan Wasiat Untuk Ketenangan Minda |
Pencarian wasiat kemudiannya menjadi satu proses yang berpanjangan, malah boleh berlanjutan daripada beberapa bulan hingga bertahun-tahun. Sementara itu, terdapat kemungkinan wujud pertelingkahan mengenai pengagihan aset si mati. Terdapat juga kemungkinan sesetengah aset yang dimiliki si mati hanya diketahui beliau dan tidak didedahkan kepada ahli keluarga semasa pewasiat itu masih hidup tetapi sebaliknya ada dinyatakan di dalam wasiat yang disediakan. Apabila wasiat gagal ditemui, aset-aset seperti ini tidak dapat dituntut waris selepas kematian individu terbabit.
Kementerian Kewangan mendedahkan pada tahun 2017 bahawa terdapat sejumlah aset bernilai RM5.7 bilion yang belum dituntut. Selain itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebelum ini turut memaklumkan pada tahun 2016 bahawa harta bernilai RM60 bilion yang dimiliki individu yang telah meninggal dunia masih belum dituntut waris mereka. Angka yang membimbangkan ini menggambarkan kekayaan yang boleh diwarisi benefisiari yang berhak daripada ahli keluarga mereka, sekiranya dokumentasi yang diperlukan berada dalam keadaan teratur untuk membuat tuntutan – yang paling utama, wasiat pewaris.
Kebimbangan ini menumpu kepada kepada satu perkara – adakah terdapat sebuah pusat pendaftaran berpusat yang membolehkan rakyat Malaysia mencari wasiat seorang pewasiat?
MWD Wills Depository Sdn Bhd pada hari ini mengumumkan sebuah solusi yang membolehkan rakyat Malaysia mencari wasiat. WillKey™, pusat pendaftaran wasiat pertama di negara ini, berperanan sebagai sebuah pusat pendaftaran berpusat yang membolehkan pewasiat mendaftar maklumat berkenaan lokasi wasiat mereka ataupun menyimpan salinan wasiat mereka. Pewasiat juga boleh menyimpan wasiat asal masing-masing dengan MWD Wills Depository Sdn Bhd, seterusnya memudahkan pencarian dokumen tersebut. Dengan model perniagaan yang dibangunkan khusus untuk pendaftaran, penyimpanan dan pencarian wasiat, WillKey™ berperanan sebagai sebuah pusat pencarian wasiat dan perkhidmatan pemegang amanah wasiat yang efektif.
Dengan penyediaan sebuah bilik kebal yang kukuh dan selamat serta terdapatnya sebuah kemudahan yang tahan api bersandarkan teknologi terkini, WillKey™menggabungkan maklumat untuk pewasiat, wasi dan benefisiari bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pencarian dan mendapatkan wasiat.
“Kami percaya rakyat Malaysia sentiasa mencari kaedah yang lebih mudah dan efisien untuk menyiapkan tugas. Pencarian wasiat untuk memudahkan pelaksanaan dan pengagihan kekayaan dan aset juga tidak terkecuali. Mempunyai wasiat sememangnya penting bagi mereka yang mempunyai hartanah, polisi insurans, akaun bank dan aset-aset lain bagi menentukan siapa yang mewarisi harta berkenaan, namun pada masa yang sama mengetahui di mana individu terbabit menyimpan wasiat mereka tidak kurang pentingnya. Ini bertambah penting buat keluarga yang berdepan dengan kematian mengejut, di mana mereka dahulunya bergantung hidup pada si mati dan memerlukan penyelesaian yang segera untuk meneruskan kehidupan,” kata En Su Tiang Joo, Pengarah MWD Wills Depository Sdn Bhd.
Perkara-perkara berkaitan sebuah wasiat adalah amat peribadi kepada pewasiat, yang merupakan satu-satunya individu yang memutuskan siapa yang akan mewarisi kekayaan beliau. Disebabkan ini, ramai orang tidak memaklumkan di mana mereka menyimpan wasiat mereka, malahan lebih gemar untuk meletakkan kepercayaan berkenaan maklumat tersebut pada seorang peguamcara atau sekiranya ia disimpan di rumah, di ruang yang hanya diketahui pewaris.
“Untuk memenuhi keperluan ini, WillKey™ diperkenalkan di pasaran. Terdapat pihak yang mengetahui kehadiran sebuah wasiat tetapi tidak mengetahui di mana tempat simpanannya. WillKey™ bertindak sebagai pusat pendaftaran berpusat yang membenarkan individu yang ditentukan terlebih dahulu seperti peguam, wasi atau waris, mengakses maklumat mengenai wasiat tertentu dengan mudah, selepas menunjukkan dokumen yang diperlukan. Kami memahami bahawa perkara ini amat peribadi kepada pewasiat dan kami ingin membantu mereka menguruskan perkara yang penting kepada mereka. WillKey™ mahu memastikan supaya wasiat mereka didaftarkan dan disimpan dengan selamat agar kemahuan pewasiat boleh dilaksanakan dengan tepat,” ujar En Su.
WillKey™ bukan hanya untuk mereka yang mencari wasiat si mati tetapi berperanan sebagai sebuah platform bagi peguam dan penyedia perkhidmatan penulisan wasiat untuk mendaftarkan wasiat pelanggan mereka. “Kami menggalakkan segenap pihak, sama ada pewasiat mahupun peguamcara, untuk mendaftar dan menyimpan wasiat mereka bersama WillKey™. Ini akan mengurangkan kerumitan proses pencarian wasiat terlibat,” tambah En. Su.
Sementara perkhidmatan berkaitan wasiat biasanya melibatkan kos yang tinggi bagi pewasiat, WillKey™ mahu menyediakan perkhidmatan pada harga berpatutan, tanpa berkompromi terhadap aspek keselamatan dan kredibiliti. Yuran langganan ditetapkan pada kadar yang dapat meminimumkan impak terhadap perbelanjaan pewasiat. Pewasiat hanya perlu mendaftar sekali sahaja dengan WillKey™ dengan pembayaran yuran sebanyak RM133.33. Langganan penyimpanan wasiat disediakan pada harga serendah RM3.33 sebulan.
“Perkhidmatan berkaitan wasiat kebiasaannya menjadi perkara terakhir yang difikirkan individu memandangkan ia bukanlah satu perbelanjaan harian. Inilah sebab yuran WillKey™ ditetapkan dengan memberi penekanan terhadap kebolehmampuan. Anggaplah ia sebagai satu pelaburan kecil dalam memastikan keselamatan dan memudahkan wasiat anda dikeluarkan. Kami tidak mahu perkhidmatan yang kami sediakan menjadi beban tambahan kepada pewaris dan keluarga mereka yang sebelum ini telah membelanjakan kos yang agak tinggi bagi proses penyediaan wasiat,” ujar En Su.
Pusat pendaftaran wasiat berpusat itu juga berperanan melengkapkan ekosistem pewasiat, wasi dan benefisiari dengan berkerjasama dengan agensi-agensi yang membantu pelanggan menyediakan wasiat dan menguruskan pelaksanaannya serta mentadbir amanah dan harta pusaka mereka.
En Su menjelaskan, “Menerusi penglibatan dalam sistem yang saling terhubung ini, WillKey™ bermatlamat supaya memanfaatkan semua pihak yang terlibat. Peluang yang tersedia kepada rakan-rakan niaga bersama WillKey™ amat terbuka dan mereka mampu menikmati aliran pendapatan tambahan daripada aktiviti pendaftaran dan penyimpanan wasiat. Pada dasarnya, pelanggan mahukan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan diyakini. Peguam, wasi dan penyedia perkhidmatan menulis wasiat kini boleh memberikan keyakinan kepada para pelanggan mereka bahawa menerusi WillKey™, wasiat yang berdaftar dengan mereka mudah dicari, dan jika disimpan dengan mereka, mudah dikeluarkan. Inilah cara WillKey™ menyumbang kepada hubungan dengan rakan-rakan niaganya.”
“Proses pencarian dan pelaksanaan wasiat boleh memberikan kesan yang besar kepada ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang. Proses untuk meneruskan kehidupan, khususnya setelah kematian ahli keluarga, sepatutnya tidak menjadi pengalaman yang sukar. Paling utamanya, WillKey™ mahu memberikan ketenangan minda daripada peringkat awal, dengan memastikan wasiat boleh ditemui dengan mudah apabila tiba masanya dan menawarkan kemudahan penyimpanan kepada mereka yang ingin menyimpan wasiat mereka bersama kami untuk meningkatkan keselamatan,” kata En Su.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai WillKey™, dan untuk melihat senarai komprehensif perkhidmatan serta yuran langganannya, sila layari http://www.mywillkey.com.
Ramai yang masih simpan wasiat di rumah. Kalau banjir atau terbakar. Habis wasiat tu. Dah lah buat wasiat very costing
ReplyDelete