Happy Birthday Octoberians. Seperti tahun-tahun lepas juga, birthday Ammar, Daddy dan Tok Daddy (MIL) di sambut sekali. Birthday diaorang just selang hari ja. Jadi, sambut sekaligus sajalah. Jimatttt! haahaha.
Sambut Birthday Octoberians Di Charcoal Restaurant
Tahun ni sambut di Charcoal Restaurant. Dah lama mommy nak pergi restoran ni tapi belum berkesempatan. Bila SIL ajak pergi sini terus mommy setuju. Nak rasa western food kat sini pula. Yay or Nay? Bila dah pergi ofkos la kena buat food review sekali. Blogger kan? hihi..
Kek Birthday hanya untuk Abang Ammar sebab daddy dengan tuk request benda lain. Demand! hihi.. Janji abang Ammar puashati dengan kek yang di minta. Anak-anak bila birthday wajib ada kek takdak benda lain pun takpa. Hadiah birthday masih KIV... Sabar naaaa sampai habis periksa. Untuk tahun ni Abang Ammar request cake tema GUNDAM. Terkedu mommy tak tahu benda apa... Rupanya robot yang bernama GUNDAM. Alahai anak, advance betul...
Menu daddy yang paling win. Banyak dan sedap...
Yang ini pula menu MIL. Lamb chop bersama sos black pepper... Yang ni pun sedap.
Kek Birthday hanya untuk Abang Ammar sebab daddy dengan tuk request benda lain. Demand! hihi.. Janji abang Ammar puashati dengan kek yang di minta. Anak-anak bila birthday wajib ada kek takdak benda lain pun takpa. Hadiah birthday masih KIV... Sabar naaaa sampai habis periksa. Untuk tahun ni Abang Ammar request cake tema GUNDAM. Terkedu mommy tak tahu benda apa... Rupanya robot yang bernama GUNDAM. Alahai anak, advance betul...
Seperti selalu, Kek ini di tempah dengan Donna Touch. Sedap dan harga sangat berbaloi... Korang yang dok di Kulim pun boleh tempah kek dengan kak Donna ni. Sebut ja nak kek apa dan jenis mana. Confirm korang puashati dan puas makan.
Elok habis ja suap menyuap, makanan pun sampai. Jom tengok menu yang kitaorang order...
Ayam panggang bersama sos barbeque |
Lamb chop bersama sos bawang putih cili padi |
Ada orang dah tak sabar... hahaha |
Close up sikit |
Lamb chop bersama sos black pepper |
Nampak tak perangai masing-masing bila makanan dah ada depan mata... Tak pandang depan dah.
Review yang mommy boleh beri untuk Charcoal Restaurant ni adalah 7/10 sebab mommy tak berapa puashati dengan sos dan minuman yang di hidangkan. Sepatutnya restaurant ini memberi pilihan sos untuk di pilih oleh pelanggan sebab tak semua pelanggan suka dengan sos yang di cadangkan. Bila tiada pilihan, pelanggan terpaksa pilih apa yang di rasakan menarik.
Untuk minuman pula, stated dalam menu adalah juice tapi bila sampai hanyalah bancuhan kordial. Dah la harga tak relevan dengan kualiti atau rasa minuman tersebut. Itu untuk juice. Untuk minuman yang lain pun, mommy tak berapa nak puashati tapi boleh lahhhhh...
Restaurant ni boleh berkembang maju lagi dengan menambah menu atau pilihan sos, memperbaiki kualiti minuman dengan mengambil barista atau pembuat minuman yang berpengalaman dan membuat promosi di media social agar lebih di kenali dan terkenal di Kulim.
Bila dah baca review mommy ni, korang jangan pula tak pergi. Boleh pergi sebab makanan dia sedap. Dari segi minuman tu, mungkin di tekak mommy rasa tak berapa best tapi bila korang rasa sendiri kena dengan tekak dan citarasa korang.
Semoga Charcoal Restaurant bertambah maju dan berkembang setaraf dengan restaurant western yang lain.
Semoga Charcoal Restaurant bertambah maju dan berkembang setaraf dengan restaurant western yang lain.
ank2 ada kek birthday dh suka dh diorang kn...nmpk sedap menu2 tu..tp air tu kalo tulis jus tp dpt mcm kordial mmg tk syok la kn..tk komplen ke kt waiter?
ReplyDeleteHey very interesting blog!
ReplyDelete