Din Rojak Tonggek Permatang Pauh | Tak Perlu Tonggek Lagi. Hari ahad baru-baru ni mommy pergi jalan-jalan cari makan dengan ipar duai. Tak jauh pun, saja-saja jalan sebab adik ipar yang duduk di KL balik bercuti sempena deepavali. Rancangan awalnya nak ke cendol Maklom tapi cendol Maklom pula tutup. Patah balik dan singgah di Din Rojak Tonggek Permatang Pauh.
Baru mommy tahu kat Permatang Pauh pun ada rojak tonggek. Ingatkan kat Bagan saja. hihi...
Din Rojak Tonggek Permatang Pauh |
Din Rojak Tonggek Permatang pauh sama saja dengan Rojak Tonggek Bagan tapi kat sini tak perlu tonggek dah sebab disediakan meja untuk pelanggan menikmati rojak. Barulah tak segan nak makan kan? Kalau dekat Bagan, mommy selalu bungkus saja. Seganlah nak makan kat sana...
pilihan yang ada di Din Rojak Tonggek Permatang Pauh |
Untuk kuah rojak pula, mommy rasa kuah di Din Rojak Tonggek Permatang Pauh lagi best dari Bagan. Ini di akui oleh encik suami. Harga secucuk rojak RM0.70. So, makanlah berapa banyak yang korang nak makan. Macam kami ambik saja sebab abah (bapa mertua) yang belanja. Terima kasih abah.
sebahagian dari anak cucu pak radzi |
Selain makan di sana, pelanggan juga boleh beli kuah rojak yang di jual dengan harga RM4, RM8 dan RM 12.
Bab posing serah kat depa.. |
Keistimewaan rojak tonggek ini, bukan saja buah potong yang disediakan.. Juga terdapat sotong, fishball, sosej, tauhu, tauhu kering, fucuk dan lain-lain lagi. So, pilih saja yang mana korang berkenan..
abang long... |
Kesedapan tidak dapat dinafikan lagi sampai ajak wefie pun tak layan. Hahaha...
Dua tiga kali ajak baru bagi kerjasama. Macam-macam aksi dok ada... hahaha
Anak-anak pula, selain makan sosej dari rojak tonggek depa juga makan Street Fried Chicken. Sedap sebab masing-masing request kali kedua pula.
Untuk minuman pula, pelanggan boleh order air bancuh pelbagai jenis. Oh yer ada juga air kelapa dan coconut shake. Sedap! Mommy dah rasa sebab suami yang order...
Bagi yang teringin nak makan rojak tonggek, korang boleh singgah sini sebab lebih selesa.. Kalau tak tahu boleh saja follow maps di bawah.
No comments:
Post a Comment