Cara Jimat Minyak Memandu Jauh - Cahaya Hayati

28 Feb 2018

Cara Jimat Minyak Memandu Jauh

Cara Jimat Minyak Memandu Jauh. Hai korang! Mommy ni hari-hari ulang alik dari Kulim ke Butterworth. Drive dalam 40 minit setiap hari dan hari-hari bayar tol BKE dan Lingkaran Luar Butterworth. Kiranya perbelanjaan setiap minggu untuk minyak dan tol adalah RM 100. Tu kira pergi dan balik kerja saja belum kena pergi mana-mana atau kerja di tempat lain. Sebab mommy cover satu state. Sekejap di Butterworth, sekejap di pulau. Selalu Pening membuat perbelanjaan agar tak terlebih dan lebih. Terkurang belanja tak apa... Untuk tol memang tak dapat nak elak dah. So, mommy hanya boleh control dari segi minyak saja. Nak tahu tak cara jimat minya memandu jauh? Nak kan. So, ini cara mommy dan tips ni selalu di kongsi oleh encik suami.. Depa kan pandai bab-bab ni. hihi

Cara Jimat Minyak Memandu Jauh, cara jimat minyak, tips jimat minyak, tips berjimat, tips jimat, tips jimat minyak paling berkesan, jimat minyak,
Cara Jimat Minyak Memandu Jauh

Cara Jimat Minyak Memandu Jauh

Antara tips yang mommy perolehi dari encik suami tersayang adalah dengan melihat perkara-perkara di bawah:-


1. Kenderaan


  • Sebelum beli kenderaan, pilih kenderaan yang penggunaan menggunakan minyak yang rendah.
  • Pastikan tekanan angin seimbang dengan berat kenderaan (tanpa atau bersama penumpang). Tekanan angin yang betul akan membantu untuk menjimatkan kenderaan.
  • Tutup aircond ketika cuaca sejuk. Apabila tidak menggunakan air cond, penggunaan minyak akan berkurang dalam 10%. 
  • Kurangkan berat bebanan kenderaan. Jangan buat kereta seperti almari pula. Biasalah yang ini selalunya kaum wanita. Kasut atau sandal confirm dua atau tiga pasang ada dalam kereta. Tu tak termasuk yang anak punya lagi... kihkih

2. Cara Pengisian Minyak

Suami mommy selalu pesan, nak isi minyak tu isi pada waktu pagi, petang ataupun malam. Jangan pi isi masa tengahari buta. Tudia dia punya pesanan. So, follow sajalah.. Baru mommy tahu yang isi minyak pada waktu tengahari boleh merugikan sebab bila waktu panas minyak akan menjadi wap dan akan keluar dari tangki tanpa kita perasan. Rugi.

Cara isi minyak penting juga. Jangan malas nak jadi attendance pam, kita isi dengan lajunya. Isi perlahan-lahan agar minyak tak meruap. Gitew kekdahnya.


3. Cara Pemanduan

Cara pemanduan yang betul boleh membantu menjimatkan minyak. Tahu tak cara memandu yang betul? Baca ni...


  • Bawa kenderaan dengan kelajuan yang sederhana dan konsisten. 
  • Jangan kerap tekan break
  • Gunakan gear yang betul
  • Tukar gear rendah kepada tinggi dengan cepat. Ini kerana penggunaan gear rendah akan menyebabkan menggunakan minyak dengan lebih banyak untuk menggerakkan kenderaan. 
  • Panaskan enjin terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

4. Perjalanan

Untuk jimat minyak dari segi perjalanan pula,kita perlu tahu kenderaan yang sesuai untuk perjalanan jauh. Kalau yang CC  besar tu tak sesuai untuk perjalanan dekat. So, toksah dok ngada-ngada nak bawa kalau setakat nak pi dalam 5km ja. Buang duit minyak saja. Selain dari CC kereta kita perlu merancang perjalanan agar tidak sesat dan terperangkap dalam kesesakkan jalan raya.


5. Penyelenggaraan

Penyelenggaraan yang berjadual sangat membantu untuk menjimatkan minyak. Pastikan kenderaan di selenggara mengikut jadual agar mengetahui masalah sebenar kenderaan kita.

Cara di atas tu semua orang tau kan? Yang ini 3 cara mommy untuk jimat minyak memandu jauh.. Confirm hangpa pun setuju. 


  • Car pool
Car Pool saja sebab boleh tong tong duit minyak. Taklah kita rasa terbeban menanggung duit minyak sorang-sorang.


  • Guna Perkhidmatan Teksi, GRAB atau UBER
Guna perkhidmatan Teksi, Grab, Uber atau mana-mana perkhidmatan awam. Sebab dengan cara ini kita bukan saja jimat minyak malah kita juga dapat jimat masa, jimat duit tol dan lain-lain lagi.


  • Tak Pergi Mana-mana
Dah nak jimat sangat, jadi katak bawah tempurung sajalah. Takyah pergi mana-mana... Jimat sangat!


18 comments:

  1. Cara pemanduan tu betul boleh jimat minyak miza pernah maintan bawak kereta bawah kelajuan 100km memang jimat sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. Ingatkan main gear dan potong memotong tu menjimatkan minyak. Rupanya tak..

      Delete

  2. Wah, tip bagus ni.. Lepas ni boleh praktikkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. silalah praktik di zaman minyak jap turun jap naik dan naik lagi ni..

      Delete
  3. Tq atas tips nya..jemput baca entry baru

    https://byshaz.blogspot.my/2018/02/isteri-perlu-ada-pendapatan-sendiri.html

    ReplyDelete
  4. Good info.. Tp sllu husband yg drive kalau jauh2 ni.. Hehehe.. Tp bolehlah kita amalkan ni nnti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang kita kena ambil tahu gak wawa. Macam akak dulu malas nak ambil tahu, tau tau kena tranfer ke KL. Dok sorang dan handle kenderaan sendiri la jawabnya.. haha

      Delete
  5. wah..tips yang bagus dan membantu ni..Terima kasih..

    ReplyDelete
  6. Terima kasiH CH kongsi tip ni.. Ada gak suami bagitaw bab ni dekat ekin hihihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita. Bab kereta memang suami yang banyak bagi info..

      Delete
  7. Bagus tips Kak..tp kalau naik Uber, Grab...mmg x kurang la minyan kita.kekekeke (^_−)☆

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang kata, kalau nak jimat sangat baik naik uber atau grab saja...

      Delete
  8. Wahhh bagus tips ni. Memang kena tahu cara jimat minyak ni... part isi minyak tu Ros pun tahu jugak. Ada yang pesan jangan isi tengahari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. ingatkan takde perbezaan bila isi tengahari, pagi atau malam. Ada rupanya..

      Delete
  9. Weekend tak yah g memana kan..hahahahaha

    ReplyDelete
  10. Bagusnya tips ni sangat berguna

    ReplyDelete