Puas Hati Makan Malam Di Hotmas Sungai Petani. Cerita 2 minggu lepas sebenarnya tapi mommy baru sempat nak update. Bila takdak mood plus busy memang satu entry pun payah nak siap. Tapi kena paksa diri jugak up walaupun cerita santai, walaupun dua tiga baris ayat. Janji up... So, mommy nak cerita tentang satu restoran di Sungai Petani iaitu Hotmas yang sentiasa full house. Dah dua tiga kali pergi sebenarnya tapi malas nak ambil gambar... Ni pun sebab encik suami yang rajin ambil gambar. Mommy order dan tunggu makanan ja sambil layan anak-anak.
Restoran Hotmas di Sungai Petani menjadi pilihan mommy dan famili kerana rasanya yang sedap dan kuantiti makanan sepadan dengan harga.Kalau jenis makan sikit tu better share sebab memang banyak dan tak kedekut bahan.
Menu yang menjadi tarikan di restoren ini adalah western. Kalau korang datang sini, korang wajib kena tunggu meja kosong. Full house. Tak pernah lagi mommy pergi dan terus dapat meja... Kena pandai tengok mana pelanggan yang dah nak bangun. Macam budak-budak pun ada. hahaha.
Dua tiga kali intai, akhirnya dapat meja tapi untuk 4 orang ja.. Pusing kiri pusing kanan tetiba nampak dua adik lelaki duduk berdua meja panjang yang muat 8 orang. Ppergi dan slow talk minta tukar meja. Alhamdulillah diaorang dua setuju tukar meja. Thanks a lot.
Dah dapat meja, terus order. Service Hotmas ni pantas dan tak perlu tunggu lama... Untuk makanan, encik suami snap gambar mixed grill ja. Yang lain dia tak sempat snap sebab masing-masing dah lapar.
Mixed Grilled ni berharga RM 23 ringgit kalau tak silap mommy. Dalam tu ada ayam 2 ketul, daging 2 ketul dan lamb 2 ketul. Yang ni mommy kongsi dua dengan encik suami... Nampak saja sikit tapi banyak sebenarnya sebab cara dia atur makanan tu nampak macam sikit tapi bila nak makan baru nampak jumlah dan saiz makanan yang di hidangkan. Sangat puas hati.
So, kalau korang datang SP bolehlah cuba makan di sini.. Korang follow saja google maps ni.
tudiaaaa
ReplyDeletesedap nampak
hahaha
memang puas hati
haruslah cuba ni bila sampai SP nanti :)
ReplyDelete