VESSBROZ Membawa Genre Electro Pop Tentang Kehidupan - Cahaya Hayati

19 Feb 2018

VESSBROZ Membawa Genre Electro Pop Tentang Kehidupan

VESSBROZ Membawa Genre Electro Pop Tentang Kehidupan. Mommy ni jarang sikit ambil tahu tentang muzik tempatan tetapi sejak anak dara mommy dok nyanyi hari-hari, mommy pun tertarik untuk mengetahuinya. Lagu yang hari-hari bermain-main di bibir anak dara mommy adalah lagu 'Nothing' dari kumpulan VessBroz. Korang kenal tak kumpulan Vessbroz? Vessbroz merupakan kumpulan dua beradik berasal dari Iran dan kini menetap di Malaysia iaitu Armia dan Arsham. Selain daripada menyanyi mereka juga merupakan EDM (Elektronic Dance Music), DJ dan Remixing Duo. Sebab itulah lagu lagu yang dihasilkan semuanya segar dan sedap di dengar di halwa telinga. Demi anak dara tercinta, mommy dah pun memiliki album lagu Vessbroz untuk di hadiahkan kepadanya nanti. Korang pun patut ada juga album VESSBROZ Membawa Genre Electro Pop Tentang Kehidupan ini.

VESSBROZ Membawa Genre Electro Pop Tentang Kehidupan, vessbroz,review album vessbroz,


VESSBROZ Membawa Genre Electro Pop Tentang Kehidupan


Untuk album yang mommy miliki ini terdapat lagu Vessbroz yang duet atau bekerjasama dengan penyanyi Malaysia iaitu Dato' Zainal Abidin, Farahdhiya dan Nadeera. Sebab itulah semua lagu ini sedap di dengar. Yelah bergabung dengan penyanyi lagenda dan terbaik dari Malaysia.  Ketiga tiga artis ini telah menandatangani kontrak dengan Vessbroz. Ini membuktikan artis kita juga mempunyai aura dan mutu nyanyian tersendiri. Tahniah buat ketiga-tiga penyanyi Malaysia ini


VESSBROZ Membawa Genre Electro Pop Tentang Kehidupan, vessbroz,review album vessbroz,

VESSBROZ Membawa Genre Electro Pop Tentang Kehidupan, vessbroz,review album vessbroz,

VESSBROZ Membawa Genre Electro Pop Tentang Kehidupan, vessbroz,review album vessbroz,

Selain daripada artis Malaysia, Vessbroz juga ada berduet dengan beberapa artis dari negara lain iaitu Kyle Davis, Black Gs, Britney Nieves, Dylan Thomas, Arastella dan Mehrdad Mozart. Patutlah lagu -lagu Vessbroz ini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat mereka tau. Kalau korang tak percaya korang boleh view lagu lagu mereka di Youtube. Kebanyakan mendapat lebih dari 1,000,000 views tau.

Bagi yang belum pernah mendengar lagu Vessbroz, korang bolehlah dengar dan layan youtube mereka. Confirm korang akan jatuh cinta...




Untuk sebarang urusan mengetahui lebih lanjut mengenai Vessbroz dan ingin buat sebarang temubual korang boleh hubungi maklumat seperti di bawah :

Sam Kassim
Pengurus Promosi
Telefon : +6019-211 2288
Email : samkassim@gmail.com
Web : www.vessbroz.com
Vevo : Vessbroz Vevo
FB : www.facebook.com/Vessbroz
IG : www.instagram.com/Vessbroz

No comments:

Post a Comment