10 Cara Jimat Membeli Kereta. Membeli kereta bukanlah mudah tambah-tambah bila kali pertama membeli. Banyak benda atau faktor yang kena pertimbangkan sebab kereta adalah liabiliti dan bukannya aset. Ia mempunyai nilai susut walaupun nilai pembeliannya sama seperti membeli aset. Dengan membeli kereta juga, kita terpaksa mengeluarkan wang untuk pembayaran ansuran, takaful kenderaan, cukai jalan, servis enjin, servis tayar, cuci kereta, minyak enjin, minyak gear, ganti wiper, dan lain-lain lagi. Nampakkan komitmen atau kos yang perlu di keluarkan apabila membeli kereta, tak kiralah kereta baru atau kereta secondhand. Jadi, sebelum membeli kereta korang kena baca 10 Cara Jimat Membeli Kereta ini terlebih dahulu. Bukan apa supaya korang tak terbeban dengan kos-kos yang wujud apabila membeli kereta. Selesa memang selesa tapi kalau terbeban, hati dan otak yang tak selesa jadinya.
10 Cara Jimat Membeli Kereta
1. Beli Kereta Secara Tunai
Wow jarang kita dengar ada orang membeli kereta secara tunai tapi ada. Mereka ini menggunakan simpanan dan membeli kereta yang sama nilai dengan simpanan tersebut. Tak kiralah kereta baru atau secondhand. Orang jenis ini tidak suka kepada komitmen bulanan dan mereka suka bebas hutang. Dengan cara ini juga, mereka tidak akan menanggung kos atau faedah pinjaman. Jimat tu!
Selain daripada membeli kereta secara cash, ada juga yang membayar deposit tinggi agar jumlah pinjaman yang di buat tidak banyak serta jumlah komitmen kurang dari sepatutnya ataupun jumlah tahun bayar juga kurang. Jimat di sini adalah jumlah komitmen bulanan dan tempoh komitmen kurang dari sepatutnya.
3. Beli Kereta Yang Harganya Sama Dengan Setahun Gaji
Kereta idaman hati berharga xxxxxx.xx tapi berbaloi ke? Yelah gaji sebulan baru RM 3K. Komitmen bulanan kereta 1.5K. Baki gaji RM 1.5K tapi belum tolak komitmen yang lain lagi.. Cara terbaik adalah dengan membeli kereta yang harganya kurang ataupun sama dengan setahun gaji. Dengan cara ini komitmen bulanan masih terkawal.
4. Formula 20:5:15
~ sumber Jomurusduit.com
Formula ini mungkin lebih ketat berbanding formula deposit tinggi ataupun harga kereta sama dengan setahun gaji. .
20:5:15 merujuk kepada 20% deposit, 5 tahun tempoh pembiayaan/pinjaman dan 15% ansuran bulanan daripada pendapatan bulanan.
Bagaimana nak kira harga kereta yang layak dibeli? Boleh lihat contoh kiraan mudah yang berikut bagi mereka yang bergaji RM 3,000 sebulan.
Untuk ansuran bulanan 15%, maka jumlahnya 15% x RM 3,000 = RM 450
Maka harga kereta yang layak dibeli (anggaran kadar faedah pembiayaan/pinjaman kereta = 3%):
(RM 450 x 60 bulan) + (RM 450 x 60 bulan)(5 tahun x 3/100) = RM 31,050
Ya, dengan gaji RM 3,000, harga kereta yang layak dibeli dengan tempoh pembiayaan/pinjaman selama 5 tahun adalah sekitar RM 31,000 sahaja. Itupun perlu disediakan deposit 20% iaitu sebanyak RM 6,200 menjadikan jumlah pembiayaan/pinjaman yang perlu dilakukan adalah RM 24,800.00
5. Jana Pendapatan Dengan Kereta Tersebut
Jana pendapatan? Yelah sekarang kan dah ada UBER dan GRAB. So, bolehlah korang jana pendapatan dengan dengan membuat part time sebagai pemandu UBER atau GRAB. Dengar kata pendapatan sebagai pemandu UBER atau GRAB agak lumayan. Jadi, dengan pendapatan tersebut bolehlah di gunakan untuk membayar komitmen bulanan. Korang pun tak perlu nak keluarkan duit gaji untuk membayar komitmen bulanan.
Antara perkara yang boleh jimat ketika membeli kereta adalah dengan mencari kereta yang tawarkan service percuma untuk tempoh yang panjang. Setakat ini yang paling banyak, adalah 5 tahun. Tapi bukan semua jenama yang tawarkannya. So, korang kena pandai-pandai cari yer... Tempoh service percuma yang lama ini boleh menjimatkan kos penyelenggaraan atau baikpulih kenderaan.
Macam mommy, sepanjang tempoh service percuma ini dah dua tiga kali tukar barang yang rosak atau tidak puashati. Termasuklah cover pintu belah dalam yang ada hitam-hitam sikit. Bukan satu pintu di tukar tapi semua pintu tau. So, dah jimat duit penyelenggaraan atau kos membeli sparepart yang baru.
Untuk jimat membeli kereta, cari kereta yang tawarkan diskaun atau rebat yang banyak. Boleh dapat sampai RM 10K rebate bergantung kepada jenama kereta tersebut. Selalunya diskaun atau rebate ini di tawarkan ketika hujung tahun, musim perayaan dan juga untuk kereta yang kurang laris di pasaran.
8. Komitmen Bulanan Kereta Menggunakan Duit Dividen ASB/ASN ataupun Unit Trust
Lagi cantik kalau korang boleh beli kereta dengan hanya menggunakan duit dividen yang di perolehi dari ASB/ASN atau mana-mana unit trust. Sangat jimat sebab korang tak kacau langsung duit gaji dan simpanan. Tapi yang perlu korang ada adalah simpanan dalam amanah saham dan unit trust adalah banyak serta boleh bayar komitmen kereta selama setahun. Jadi korang kena menabung dulu sebelum membeli kereta.
9. Beli Kereta Yang Bukan Terkini Di Pasaran
Beli kereta baru dan terkini memang sangat mengujakan tapi ia tidak menjimatkan sebab harga dia dan tiada rebate di tawarkan. So, langkah terbaik untuk jimat adalah dengan membeli kereta yang bukan terkini di pasaran. Jangan fikir sangat pasal design atau apa orang nak kata janji kita dapat kereta yang berkualiti dan mampu jimat duit poket kita.
10. Suruh Yang Tersayang Hadiahkan
Kalau korang ada buah hati aka suami yang mampu belikan anda kereta, mintalah darinya. Untuk yang tersayang kan? Bila dapat hadiah kereta, anda tak perlu fikir lagi untuk membeli... Jimat sangat!
Nak hadiah kereta jugakkkk...wow best 10 point ni
ReplyDeleteGood sharing kak.tak sangka saya banyak juga tips yang ada untuk beli kereta secara berjimat dan berhemah
ReplyDeleteWah bagusnya tips ni.. Ros belum ada kereta sendiri. Boleh jadikan panduan ni..
ReplyDeleteGood sharing.. Boleh lah target nk beli kete nanti ikut tips akk ni..hehehehe..
ReplyDeletewowww tips no 1 tu kebarangkalian utk sy buat macam tu macam takde je hahah
ReplyDeleteBanyaknyaaa tips! Mmg terbaik...sokong sgt point 1,2,3 tuu...Ingat mcm nak buat gitu jugak kalau ade rezeki
ReplyDeleteHaha.. No. 10 win
ReplyDeletePoint 10 tu best kalau org hadiahkan... Tapi kalau boleh dia maintain kan juga la.. Haha
ReplyDeleteNo. 10 tu terbaik. Haha
ReplyDeleteBagus tips ni sebab suami tengah riki nak beli kereta 2nd pula
ReplyDelete