Penuhi Selera Di Din Ikan Bakar Kepala Batas. Hari minggu yang lepas, mommy dan keluarga telah menjamu selera di Din Ikan Bakar, Kepala Batas Pulau Pinang. Din Ikan Bakar di memang femes sejak zaman mommy bujang lagi. Dari satu kedai telah di besarkan dengan mengambil restoran sebelah. Di samping itu, terdapat gerai-gerai kecil yang menjual kuih muih, madu dan buah buahan.
Disebabkan dah lama tak singgah makan di Din Ikan Bakar, mommy pun ajak Daddy ke sana. Sekali sekala makan jauh dari rumah. Rasa masih sama dan penuhi selera. Dulu-dulu masa kerja di Kepala Batas, memang hari-hari mommy lunch di sini. Sedap!
Restoran Din Ikan Bakar |
Menu yang ada dah bertambah. Dari sup daging, gulai batang pisang, ikan, sotong, udang, ayam dan daging bakar serta pelbagai sambal dan ulaman dah ada menu baru seperti ayam goreng berempah, sambal dan lain-lain lagi. Kalau korang tak pernah ke sana, silalah sebab ia memang tempat makan yang femes di Seberang Perai Utara. Lepas makan, confirm korang nak mai lagi...
Tarikan utama Di Din Ikan Bakar |
Selalunya kalau makan di Din Ikan Bakar, mommy dan suami memang tak akan lepas untuk ambil daging bakar ataupun harimau menangis. Sedap uolls, tambah-tambah lagi apabila di cicah dengan sambal kicap. Lepas tu tambah dengan sup atau gulai kawah serta ulam dan sambal. Lengkap satu hidangan. Satu keping daging bakar boleh untuk satu atau dua orang makan... Ikut koranglah nak berapa.
Oh yer, terbaru ada juga kambing bakar.... Sedap.
favorite Sambal Kicap |
Penambah selera - Ulaman dan sambal kredit kpd nuha ahmad |
Ini pula menu yang kami ambil hari tu.. Terlebih sampai kena bungkus bawak balik. Itulah sebab sorang nak ini, sorang nak itu... last-last tak habis.
Share google maps untuk korang ke sana...
Kakak Aisya & Abang Ammar |
Senyum lebar encik suami . Kononnya cheat day dia... Cheat la sangat sebab makan sampai terlebih. hahaha.
Daddy & Aisy |
Ni gambar mommy terlebih gebu sebab guna phone encik suami. Dia punya beauty setting sampai terlebih gebu. hahaha.
Mommy |
Okaylah nanti mommy update lagi destinasi seterusnya. Sebab lepas Din Ikan Bakar ada lagi destinasi untuk cheat day ... Jadi, korang jangan tanya kenapa diet mommy tak menjadi. hihi
Fuhh banyaknyaaa pilihan lauk. Sedap ni makan. Nanti lah bila bila pergi Penang boleh try.
ReplyDeleteWow sedapnya.. ramai org Tu sure sedap ni
ReplyDeleteBest layan ikan bakar. Tapi auni tak pernah lagi cuba daging harimau menangis :)
ReplyDelete