Merasai Sendiri Keenakan Pulut Durian Viral Di Milla Hana Pulut Kedah. Hai uolls! Esok dah start keja... Minggu lepas kan mommy dan family jalan-jalan ke Tanjung Dawai dengan tujuan untuk shopping ikan bilis dan lain-lain ikan kering. Tak plan pun sebab lepas makan di Din Ikan Bakar Kepala Batas, terus encik suami kata jom pi Tanjung Dawai... Mommy pun okies sajalah sebab dalam kepala memang nak memborong ikan bilis di sana. Kat Tanjung Dawai bolehlah dapat harga yang murah sikit dan ada pelbagai jenis ikan kering yang berkualiti. Lepas shopping di Tanjung Dawai, encik suami ajak makan pulut durian viral di Pulut Kedah pula. Dia kata alang-alang dah sampai sini... Mommy is on sajalah. Dah lama tak jalan-jalan sebab encik suami berdiet.. Ni start balik jalan-jalan cari makan tapi hanya pada hari cheat day saja. Tak kisahlah janji boleh merasai sendiri keenakan makanan yang di viralkan tu. Tapi apa yang di viralkan tu betul ke sedap? Bila nak tahu, kita kenalah rasa sendiri dan dari situ bolehlah tahu sedap atau tak, harga berpatutan atau tak?
Jadi, dari Tanjung Dawai kami singgah di Milla Hana Pulut Kedah yang terletak di Tikam Batu. Senang saja nak carinya. Terletak di hadapan market Tikam Batu. Kalau nak senang, korang follow saja google maps ni. Terus sampai depan kafe Milla Hana Pulut Kedah.
Sampai di sana lebih kurang dalam pukul 5 lebih. Masa kami sampai orang tak ramai lagi... Masih ada banyak meja kosong. Kafe Milla Hana menyediakan dua ruang untuk makan iaitu open air dan ruang ber 'aircond' . Di sebab cuaca panas, kami memilih ruang ber'aircond'. Sejuk sikit berbanding di luar.
Di sini kami memilih menu seperi pulut durian, durian crepe, seri muka durian, cendol durian, aiskrim durian dan aiskrim mangga. Kat bawah nanti mommy bagi review. Sekarang korang layan dulu gambar-gambar yang mommy ambil di Milla Hana Pulut Kedah.
|
Aisy si hantu Durian |
|
Sedap sangat ke Aisy? |
|
Abang Ammar dengan Aiskrim Duriannya |
|
Serimuka Durian Milla Hana Pulut Kedah |
|
Durian Crepe Milla Hana Pulut Kedah |
|
Pulut Durian Milla Hana Pulut Kedah |
|
Posing dulu sebelum makan |
|
Cendol Durian Milla Hana Pulut Kedah |
Rasa nak makan tak? Okayylah ini review yang mommy boleh bagi tapi ini apa yang lidah dan tekak mommy rasalah. Mungkin deria rasa korang rasa lain... Jujur mommy katakan semua menu sedap terutamanya cendol pulut tu. Pulut Durian pun sedap cuma mommy rasa lagi berbaloi kalau mommy beli durian dan masak pulut sendiri. Untuk Aiskrim tu, mommy tak boleh nak bagi review sebab mommy tak rasapun. Bila tanya Abang Ammar sedap atau tak, dia kata tak rasa durian pun... Cuma mommy sedikit keciwa dengan serimuka durian dan durian crepe sebab takde rasa durian pun. Sedap tapi duriannya tak terasa berbanding kalau mommy beli di pasar malam atau di tepi jalan di Kulim.
Bila dah rasa sendiri... Mommy dah tahu apa yang best dan tak best di sana. So, kalau singgah ke sana lagi bolehlah order yang best-best saja.
No comments:
Post a Comment