Wanginya Biobax Eau De Parfume ~ Assalamualaikum & Hi uolls. Dah hari kedua bulan November. Sekejap saja dah hujung tahun dan nak masuk tahun baru. Hari ni bukan nak cerita pasal azam tahun baru atau azam yang tak tercapai tapi nak habaq kat hangpa yang BIOBAX telah keluarkan Eau De Parfume versi poket yang memang menjadi trend masa kini. Biobax Eau De Parfume lebih wangi dengan bauan lebih kepada fresh, floral and pleasant. Hasil dari survey yang di buat, 9 dari 10 orang suka dengan bau Biobax Eau De Parfume.
Biobax Eau De Parfume
Biobax Eau De Parfume adalah EDP bukan EDT (Eau De Toilette). Apabila di sebut EDP, baunya boleh bertahan sehingga 12 jam dan cecairnya sedikit pekat berbanding EDT kerana EDT sedikit cair dan baunya tak tahan lama.
Biobax Eau De Parfume |
Biobax Eau De Parfume terdapat dua jenis iaitu satu untuk wanita dan satu untuk lelaki. Untuk Wanita di kenali sebagai Biobax Falling In Love, Manakala untuk lelaki adalah Biobax Better Man. Kedua-duanya mempunyai wangian tersendiri yang pasti ia membuat si pemakai mendapat tarikan dan di sukai oleh orang yang berada di kelilingnya.
Biobax Eau De Parfume - Falling In Love for women |
Belakang Biobax EDP |
Biobax Eau De Parfume - BETTER MAN for Man |
Belakang EDP for man |
Kelebihan Biobax Eau De Parfume
Biobax EDP mempunyai kelebihan yang tersendiri di mana :-
- Pati fragrance di import dari France
- Dibuat dari high quality plastic material. Jatuh tak pecah
- Mudah di bawa ke mana saja dan boleh di letak dalam pocket.
- Ringan
- Bau tahan lama
- Bukan inspired perfume. Formula bau dia dibuat khas untuk brand Biobax Perfumes
- Nama bauan pun unik dan ia ambil sempena nama-nama lagu yang famous
- Design botol dan kotak bercirikan design dari Morocco
Patutlah apabila mommy dan encik suami menggunakan Biobax EDP, bau dan wangi dia tak dapat mommy nak relate dengan jenama terkenal. Rupanya ia khas untuk Biobax.
Biobax Better Man |
Biobax Falling In Love |
Perbezaan Biobax EDP dengan Parfume Pocket Jenama Lain
- Bau Biobax perfumes lebih kepada fresh, floral and pleasant
- Kebanyakan jenama lain mengeluarkan EDT bukannya EDP. Kadang-kadang tu baunya lebih kepada bau deodorant.
- Kebanyakan edisi pocket hanyalah untuk lelaki tapi Biobax keluarkan kepada wanita dan juga lelaki. So, tak perlu jeles dan suami boleh beli untuk isteri ataupun isteri boleh beli untuk suami juga.
Ditawarkan pada RM 25 bagi tempoh promosi. Mahal? Taklah sebab bila kita compare dengan kualiti, ia jauh lebih murah dan berbaloi sebab sekali semburan boleh tahan lama. Contohnya sembur pada waktu pagi, balik kerja malam... Bau yang melekat di baju masih sama. Sayang pula nak basuh baju tu.. Tapi takkan nak pakai balik kannn. hahaha
Kalau edisi poket yang lain, hilang bau saja kena sembur lain. Cepat habis!
Tips Menggunakan Minyak Wangi Agar Kekal Harum
- Minyak wangi yang anda guna tahan lebih lama wangiannya jika di sembur pada kulit di bahagian bawah pakaian
- Sembur di kawasan badan yang mempunyai aliran darah yang baik, misalnya di belakang telinga dan nadi sendi tangan. Tetapi jangan digosok, biarkan ianya kering sendiri untuk mengekalkan haruman
- Elakkan menyembur minyak wangi terus ke pakaian anda. Ini hanya akan merosakkan pakaian anda. Sebaiknya anda sembur ke udara dan biarkan harumannya mengenai pakaian anda
- Sembur minyak wangi ke atas papan seterika. Kepanasan yang terhasil daripada seterika akan menyebarkan haruman ke seluruh pakaian anda
- Gunakan minyak wangi bersama losyen badan. Ianya akan membantu mengekalkan haruman tahan lebih lama pada kulit
- Sentiasa bawa minyak wangi bersama. Dengan adanya minyak wangi bersaiz mini atau pocket, anda boleh bawa ke mana sahaja. Sedia digunakan bila anda memerlukan
Bagi yang berminat untuk mendapatkan BIOBAX EDP boleh hubungi contact number berikut:-
atau
Hayati - 019-4703288
Wah bestnya. nak kena beli jugak ne
ReplyDeleteWow bestnya Ada jual utk man and lady plak tu
ReplyDeletedah lama tak pakai minyak wangi since minyak wangi dah habis ni. Nanti boleh try brand ni :D
ReplyDelete