Tarikh Daftar Dan Kemaskini BR1M 2018. Hi uolls yang layak mendapat BR1M. Dah daftar dan kemaskini BR1M ke? Ataupun belum lagi? Takpe lambat lagi BR1M di tutup.. Tarikh boleh update BR1M adalah pada 27 November 2017 dan tarikh tutup BR1M adalah pada 31 Disember 2017.
Terdapat dua cara untuk daftar dan update BR1M iaitu:-
- Melalui online https://ebr1m.hasil.gov.my
- Walk in ke kaunter BR1M di LHDN seluruh negara pada hari bekerja (9 pg - 5 ptg) mulai 29 November sehingga 31 Disember 2017.
Tarikh Daftar, Kemaskini Dan Jadual Bayaran BR1M 2018 |
SYARAT KELAYAKAN BR1M 2018
Pemohon perlu
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Kemukakan Salinan:
1. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
2. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia. Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.
Tarikh Daftar, Kemaskini Dan Jadual Bayaran BR1M 2018 |
SEBAB-SEBAB PERMOHONAN BR1M GAGAL
Pemohon perlu memastikan memilih kategori yang BETUL ketika mengisi borang online atau manual. Ini adalah agar proses pemberian BR1M berjalan dengan lancar. Dibawah adalah sebab-sebab yang menyebabkan BR1M GAGAL.
- Maklumat tanggungan yang tidak tepat.
- Tiada maklumat pasangan bagi pemohon yang telah berkahwin.
- Memohon lebih dari sekali. Suami isteri membuat permohonan berasingan.
- Dokumen sokongan tidak disertakan dalam permohonan.
- Penerima kad diskaun siswa 1 Malaysia bagi tahun 2017/2018.
- Tidak menyatakan maklumat pendapatan bagi yang bekerja sendiri dan yang makan gaji.
- Pemohon berada di luar negara bagi sebab menetap, bekerja dan belajar.
- Tidak mengemaskini maklumat selepas 3 tahun.
- Maklumat peribadi tidak tepat seperti nama dan nombor kad pengenalan.
JADUAL PEMBAYARAN BR1M 2018
Kategori 1
Individu berpendapatan bulanan RM 2000 dan ke bawah - Bayaran akan di buat pada bulan FEB 2018 sebanyak RM 450.
Kategori 2
Isi rumah berpendapatan bulanan RM3001 sehingga RM4000 akan menerima BR1M sebanyak RM900 dan bayaran akan dibuat 3 kali iaitu pada FEB, JUN dan OGOS 2018.
Kategori 3
Isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah akan menerima BR1M sebanyak RM1200 dan bayaran akan dibuat secara berperingkat pada FEB, JUN dan OGOS 2018.
Kepada yang layak, korang boleh buat permohonan, kemaskini dan semakan di laman web BR1M dibawah:-
Terima kasih.. Sha nak try mohonkan untuk jiran..
ReplyDelete