Ini Yang Harus Di Buat Selepas Menghadapi Banjir atau Di Timpa Musibah Banjir ~ Dah lunch? Tahukan Pulau Pinang dan Kedah telah di landa banjir . Bukan setakat banjir, malah tanah runtuh, pokok tumbang dan lain-lain lagi. Bencana alam tapi ia juga sebagai peringatan kemana semua manusia yang lupa dan alpa. Namun, ada juga mempolitikkan keadaan ini. Itulah, inilah.. haishhh tak suka betul mommy. Tolong biar ikhlas... Alhamdulillah kebanyakkan mangsa banjir di Pulau Pinang dan Kedah mendapat bantuan membersihkan rumah dari agensi, GLC dan orang awam yang sama-sama mengembelengkan tenaga. Walaubagaimanapun, masih ada kawasan-kawasan yang masih belum surut banjir. Bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraan mereka dan moga di permudahkan segala urusan mereka. In sha Allah.
Oh yer, di sini mommy kongsikan artikel yang di share di FB yang mungkin dapat menyelamatkan peralatan elektrik kita. Bila dapat diselamatkan maka jimatlah belanja yang kita perlu keluarkan. Tak cuba tak tahu...
Ini Yang Harus Di Buat Selepas Menghadapi Banjir atau Di Timpa Musibah Banjir |
Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV , peti ais , mesin basuh , table fan , peralatan letrik dapor dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah ..... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.
Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air .... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpur. Apa harus anda buat ......
Ini Yang Harus Di Buat Selepas Menghadapi Banjir atau Di Timpa Musibah Banjir
1. JANGAN SEKALI-SEKALI CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK. (JANGAN 'ON' KAN ALATAN YG TERKENA AIR)
2. Kumpul semua peralatan letrik , kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.
3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dlm peralatan , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur.
JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPOR YG DEGIL
3. Bila dah rasa cukup bersih , jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya. Kalau pandai leraikan, leraikan satu persatu dan jemur (PASTIKAN SKRIN ATAU PAPARAN DISPLAY TIDAK DIHALAKAN DIRECT ATAU TERLALU LAMA DGN CAHAYA MATAHARI, KEMUNGKINAN SKRIN BOLEH ROSAK ATAU HITAM)
4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering. (JUGA JANGAN HALA HAIR DRYER DIRECT ATAU TERLALU LAMA PADA SKRIN ATAU PAPARAN DISPLAY, AKAN MENYEBABKAN SKRIN ROSAK ATAU HITAM)
5. Pasangkan balik back cover atau penutup.
6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.
Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV , peti sejuk , mesin basuh , kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.
YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.
Semoga tips yang mommy panjangkan di blog ini dapat membantu anda semua. Mungkin juga akan di gunakan oleh mommy suatu hari nanti..
Musim banjir skrg..
ReplyDelete