Tahniah Calon UPSR 2017 ~ Hari ini keputusan UPSR 2017 di umumkan. Tak tahu lagi apa keputusan yang akan dapat. Hari ini anak-anak murid semua ceria pergi sekolah. Last day dan dah tak belajar. Pergi sekolah untuk suka-suka dan berjimba dengan kawan-kawan sekolah. Malah ada yang siap bawa handphone untuk abadikan kenangan bersama kawan-kawan. Mungkin berada dalam kelas dan sekolah yang sama lagi pada tahun depan, mungkin juga tidak akan berjumpa lagi kerana masing-masing sudah kesekolah pilihan selepas UPSR.
Berbalik kepada keputusan UPSR, mommy sokong supaya tidak ada majlis yang umumkan keputusan pelajar terbaik memandangkan yang dapat biasa-biasa saja tu ramai. Kalau nak buat majlis juga boleh tapi macam majlis convocation. Semua orang layak naik pentas... #justmy2centopinion.
Kadangkala sepatah perkataan atau satu perbuatan kita mampu mengubah sesorang sepanjang hidupnya. Marilah kita menjadi seseorang yang mampu mengubah hidup orang lain... In Sha Allah.
Tahniah kepada anak-anak yang ambil result UPSR. Jangan nangis tapi ucaplah Alhamdulillah.. Masih banyak yang perlu di belajar dan di kejar. Usaha lagi...In Sha Allah kejayaan akan jadi milik anak-anak semua.
Tahniah pada adik2 yg berjaya. Pada yg kurang berjaya jgn putus asa. Upsr hanya satu permulaan.
ReplyDeleteKalau result yang dapat tak memuaskan, it's ok, usaha lagi, banyak lagi masa kan..
ReplyDeletehttp://hanysapek.blogspot.my/