Join Contest? Why Not? - Cahaya Hayati

15 Nov 2017

Join Contest? Why Not?

Join Contest? Why Not ~ Hai! Korang suka tak join contest? Mommy suka tapi tengok pada contest dan hadiah jugak. Kalau best dan contest tu senang-senang saja, mommy join la. Kalau susah dan banyak benda nak kena buat, malas lah mommy nak join. Kalau banyak benda kena buat tapi hadiah dia Iphone 8 atau S8, mommy gagahkan diri juga buat. Hadiah punya pasal.. hahaha. Kali ini mommy nak ajak korang join contest LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST. Tema Online Revolution kali ini adalah Shop The Universe. Contest ini berlangsung mulai 11 November sehingga 14 Disember 2017. Lambat lagi nak tamat, so sempatlah korang nak join. 


Untuk pengetahuan korang juga, banyak TAWARAN HEBAT di tawarkan kepada pembeli sempena LAZADA ONLINE REVOLUTION - Shop The Universe. Korang kalau ada barang idaman, jangan tak beli masa Online Revolution ni. Rugi sebab kat luar belum tentu akan dapat harga sepertimana yang terdapat di LAZADA

Alang-alang Lazada buat contest untuk blogger, maka mommy sebagai blogger pun tak mahu ketinggalan untuk serta. Mana tahu, untung-untung boleh menang hadiah besar. Kata orang ' tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah yang tentukan'. In sha Allah ada rezeki mommy, mommy menanglah. Takde, cuba lagi tahun depan.. Oppps Lazada kata Winner akan di pilih secara random. So, kiranya tak kira korang buat karangan terbaik atau tak korang tetap ada peluang untuk jadi pemenang. 


LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST ni senang saja sebab blogger cuma perlu menjawab 4 soalan mudah dari LAZADA. Macam tahun-tahun lepas juga.. Jawapan pun ada dalam web Lazada. Ini jawapan mommy kepada soalan-soalan tersebut:-


Question 1: 
Do you remember the first product that you ever purchased online? What was it and how was your experience? 

Produk pertama yang mommy beli online di Lazada adalah PINENG POWER BANK. Mommy beli dengan Lazada sebab harga dia yang lebih murah dari pasaran dan web online yang boleh di percayai. Masa kali pertama beli online tu mommy main try & error ja tapi nasiblah web Lazada sangat mesra pengguna. Klik-klik saja dah siap. Mudah sangat. 

Bila dah bayar baru terfikir macam manalah kalau barang tak sampai, kalau yang sampai tu barang yang tak seperti expectation dan macam-macam lagilah fikiran negatif yang bermain-main. Tapi bila barang sampai, mommy sangat teruja sebab cepat sangat. Semalam order, esoknya dah sampai.. Barang yang sampai pun dalam packaging yang elok, sempurna dan selamat.

Bermula dari pembelian pertamalah terus ada pembelian seterusnya sampailah sekarang.


Question 2:
 Which types of products would you prefer buying online?

Kalau tanya produk apa yang mommy suka beli online, mommy suka beli komestik dan handbag. Sebab dua barang ni mommy tak sempat nak belek lama-lama di pasaraya. Jadi, bila Lazada buat sales ja confirm 2 kategori ni saja yang akak tengok tapi kalau tengok kat previous order akaun lazada mommy ada saja barang motor sebab kami laki bini share akaun. Senang dan mommy pun boleh nampak apa yang encik suami beli. Giteww!


Question 3:
What to you love about online shopping?

Mommy ada banyak sebab kenapa mommy suka online shopping ni. Antaranya adalah :-

  • Jimat sebab tak perlu keluarkan duit minyak, tol dan parking
  • Selesa - tak perlu nak bersesak dengan ramai orang di pasaraya
  • Ada masa untuk memilih - boleh add to cart dulu barang yang berkenan dan ada masa untuk memilih barang dan jenama yang kita benar-benar mahukan. Kalau kat pasaraya kita tak boleh pilih lama-lama, karang ada salesgirl atau salesman mengikut rapat sampai kita rasa tak selesa. 
  • Mudah dan cepat - Kadang-kadang barang yang kita nak beli tiada di pasaraya berdekatan, jadi dengan online shopping kita boleh order barang tersebut walaupun ia dari oversea. 
  • Sampai depan pintu - lepas klik payment saja, kita hanya perlu tunggu barang sampai depan pintu rumah. Best sebab rasa macam dapat hadiah. 
  • Berbaloi - harga yang di tawarkan oleh online shopping adalah lagi murah dan berbaloi untuk duit yang di keluarkan.
Pendek kata, online shopping memang best!


Question 4:
Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?

Banyak barang yang mommy teringin nak beli masa Lazada Online Revolution Sales tapi mommy letak 2 sajalah sebab dua ni benda ni ja yang mommy dok teringin sangat. Apa tuuuu? Baca kat bawah ni...


SEMBONIA Genuine Leather Hobo Bag (Purple)  


Cantikkan handbag Sembonia purple ni. Sebab mommy belum ada koleksi handbag warna purple, maka mommy nak handbag Sembonia ni. 




SJCAM M20


Yang ini mommy nak beli untuk di hadiahkan kepada encik suami. Sebab dia kata nak rekod track yang dia pi ride.  Bila survey SJCAM M20 ni yang terbaik dan kurang gegaran. Berbaloi untuk di beli..


Di sebabkan online revolution ni lambat lagi nak habis, maka sempatlah mommy grab dua barang ni masa gaji nanti. Tak lama dah dua minggu ja lagi.. 

Berbalik pada LAZADA ONLINE REVOLUTION BLOGGER CONTEST, hadiah yang di sediakan pun menarik. Lagi ramai join lagi meriah hadiahnya. So, jom join ramai-ramai.


Kepada yang dah join, good luck uolls. Kepada yang belum join, jom ler join. 

11 comments:

  1. all the best.. memang sronok shopping online. sambil baring2 beli barang esok lusa sampai hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Siti. yuppp memang seronok shopping online. Sambil masak pun boleh scroll barang yang nak di cari.hahaha

      Delete
  2. Good luck ye semoga menang

    ReplyDelete
  3. good luck, semoga success... akak nak join juga tapi kekangan masa nak kumpulkan bahan bukti pembelian dulu2,.. tapi hadiah lumayan tentu ramai yang join tuu...

    ReplyDelete
  4. goodluck.. akak tak join dah kot.. macam give up pun ya.. huhu

    ReplyDelete
  5. Good luck ye. Mama Terasa nk join xtau sempat ke idak

    ReplyDelete