7 Produk Althea Untuk Menjaga Dan Menghaluskan PoriUnboxing Althea Un-Pore-Gettable Box ~ Hi korang. Cuti sekolah ni... Korang pergi bercuti di mana? Dekat atau jauh? Mommy ? In sha Allah minggu depan mommy sekeluarga akan keluar negara iaitu negara yang paling dekat dengan Malaysia iaitu Thailand. Bagi yang tak tahu, Thailand juga mempunyai tempat perlancongan yang banyak dan menarik. Korang boleh explore sendiri lah yer... Dekat atau jauh tempat percutian tu tak penting, yang penting kita dapat bersama seisi keluarga. Mengeratkan sillaturrahim dan bergembira tanpa memikirkan kerja.
Althea Beauty Box |
Dalam sibuk-sibuk bercuti tu jangan lupa jaga kecantikan kulit. Tambah-tambah lagi dalam keadaan atau cuaca yang tak menentu. Bukan kesihatan saja tau, kecantikkan pun kena jaga jugak. Tambah-tambah lagi kalau cuaca panas terik. Bila panas terik, kulit muka mudah terdedah kepada UV, peluh, minyak dan juga habuk. Ini menyebabkan pori muka terbuka dan menyebabkan masalah kulit yang lain.
7 Produk Althea Untuk Menjaga Dan Menghaluskan Pori
Hari ini, mommy nak memperkenalkan 7 produk Althea yang boleh membantu kita untuk menjaga, mengecil dan menghaluskan pori. Kenapa Althea? Mommy memilih Althea kerana mommy suka dengan produk-produk K-Beauty. Sudah banyak produk K-Beauty yang mommy cuba dan ianya sangat sesuai dengan mommy. Althea adalah laman web K-Beauty yang menjual produk kecantikan dan penjagaan diri yang di pos dari Korea hingga ke pintu rumah anda. Semua produk K-Beauty di Althea dijamin asli (original) dan harga yang di tawarkan sangat berbaloi. Jika penuhi syarat Althea, boleh dapat free shipping juga.
Althea Un-Pore-Gettable Box
7 produk Althea yang mommy nak perkenalkan adalah Althea Un-Pore-Gettable Box. Produk-produk dalam Althea Un-Pore-Gettable Box dapat membantu untuk menjaga, mengecilkan dan menghaluskan liang pori. Selain itu, ia juga membantu untuk membaiki dan menghilangkan liang pori yang tersumbat. So, kalau yang ada masalah pori terbuka atau besar bolehlah cuba set ini. Sangat berbaloi kerana harga yang di tawarkan untuk set ini hanyalah RM 127.00 berbanding harga asal adalah RM 417.
Unbox Althea Un-Pore-Gettable Box
Mesti korang tertanya-tanya produk apa yang ada dalam Althea Un-Pore-Gettable Box kan? Okayyyy tapi korang kena baca sampai habis tau!
- Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask
Merupakan mask yang diperbuat dari tanah liat volcanic yang hanya terdapat di Pulau Jeju. Ini kerana lava Jeju sangat padat dan mempunyai kekuatan untuk mendetoks kulit. Selain itu, ia juga berfungsi untuk membersihkan liang pori dan mengawal sebum untuk kebersihan kulit.
Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask |
Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask |
- Common Lab Mild Peeling Finger Pad
Finger Pad ini berfungsi untuk membuang sel kulit yang mati, mengecilkan liang pori dan mencerahkan kulit dengan penggunaan yang berterusan setiap hari. Pad tangan ini memang best dan senang digunakan untuk travel. So, no sunburn ketika bercuti.
Common Lab Mild Peeling Finger Pad |
Fungsi finger pad |
- Laneige Powder Fit Cushion
Cushion yang sangat best walaupun sedikit berminyak tapi ia mampu untuk menutup cela, ringan dan tahan lama. Guna masa travel sangat best sebab ia tahan lama dan mampu melindungi kulit dari sinaran UV sebab ia mempunyai SPF 50+ PA. Best sangat dan wajib ada dalam beg make up.
Laneige Powder Fit Cushion |
Span yang best |
Cushion yang best dan ringan serta tahan lama |
- All Kill Pore Tightening Ice Stick
Kali pertama guna dan dengar tentang produk ni. Tak sangka ada stik yang berfungsi untuk mengecilkan liang pori. So, takyah nak ambil ais ketoi dan sapu di muka setiap kali nak make up. Guna saja ice stik ni. Fungsi dia sama dengan ais. Mudah juga untuk di bawa travel.
All Kill Pore Tightening Ice Stick |
All Kill Pore Tightening Ice Stick |
- Klairs Supple Preparation Facial Toner
Toner ni pun best sebab ia membantu membuang lebihan minyak, mengimbangkan tahap PH dan melembabkan kulit serta mengurangkan kesan kulit sensitif. Toner ini memberi kelembapan yang berpanjangan kepada penggunanya.
Klairs Supple Preparation Facial Toner |
- My Beauty Mask Pack
Penggunaan mask pack juga membantu untuk melindungi dan memberi keremajaan kepada kulit. Dua mask pack yang terbaik di Althea adalah Rice Sheet Mask & Mamonde Hydrating Flower Essence Mask.
My Beauty Mask Pack |
- Jeju Volcanic Pore Sample Kit
Walaupun mempunyai mask, mask sheet, cushion, toner dan ice stik... Tak lengkap rasanya jika tiada pencuci muka. Pencuci muka yang sesuai juga membantu untuk menjaga dan menghaluskan pori. Oleh itu, Althea telah memberi Jeju Volcanic Pore Sample Kit agar kita dapat melihat kesan selepas menggunakannya.
Berfungsi untuk mengawal sebum yang berlebihan, menghaluskan liang pori, menyegarkan kulit dengan ekstrak lava gunung berapi Pulau jeju. Selain itu, ia juga mampu menjadikan kulit lebih halus dan lembut.
Jeju Volcanic Pore Sample Kit |
Yang paling best bila shopping di Althea adalah free give dari Althea. Ada bermacam-macam dan kadang-kadang tu full size product. Kali ini Althea bagi mommy sample produk dari pelbagai jenama antaranya adalah serum, cleansing foam, cream dan juga produk untuk rambut. Melalui sample-sample inilah mommy rancang pembelian seterusnya di Althea. Best kan?
Free Give From Althea |
Kalau korang berminat untuk mendapatkan produk-produk K-Beauty seperti ini, korang bolehlah layari media sosial di bawah.
claymask innisfree tu favourite Nurul.. memang best sangat pakai tu ^^
ReplyDeleteMenarik brg2 yg ada dlm kotak ni....
ReplyDeletesemua suka...skrg mmg lebih sikit part jaga muka especially pakai mask tu..favourite di hujung minggu..wajib menopengkan muka dengan mask...hehe
ReplyDeleteBestnya Althea. Macam-macam produk untuk skin. Harga pun berbaloi
ReplyDeleteZaza ada juga pakai produk box Althea ni.. Zaza pun suka dgn barangan dia semua best dan berkualiti..
ReplyDeleteBestnya barang2 dia..suka dengan produk althea..murah
ReplyDeleteMmg best Beauty Box Althea kan..jimat gila semua benda nak beli...haha..Innisfree mask tuu fav!
ReplyDeleteSy suka produk Althea. Kualiti bagus
ReplyDelete