Cara Cepat Move On Dalam Islam - Cahaya Hayati

23 Nov 2017

Cara Cepat Move On Dalam Islam

Cara Cepat Move On Dalam Islam ~ Hi korang. Hujan lagi kat Penang petang ni. Lebat plus angin kuat. Doakan semoga Penang tak alami banjir kali kedua. In sha Allah. Hari ini mommy nak sharekan dengan korang cara cepat nak 'MOVE ON'. Perkataan move on ini bukan saja untuk hubungan yang tak kesampaian tapi juga untuk kita melangkah ke hadapan untuk lebih berjaya, untuk memotivasikan jika gagal untuk mencapai sesuatu yang kita impikan atau citakan serta untuk menjadi diri lebih berjaya dari sekarang. 

Cara nak move on ni ada banyak cara. Ada yang suka cara cepat, terburu-buru tanpa memikir kesannya pada masa depan. Ada yang slow & steady. Nampak macam tak buat apa-apa tapi dalam diam-diam berjaya. Apa pun cara yang digunakan, pastikan ia tidak membelakangkan agama kita. Ujian yang kita hadapi itu adalah ujian dari Allah untuk memastikan kita sebagai hamba-Nya semakin dekat bukannya semakin jauh.

Cara Cepat Move On Dalam Islam, move on, cara move on, cara cepat move on, bagaimana nak move on, cara nak move on, tips move on, move on cara islam,
Cara Cepat Move On Dalam Islam


Jadi, di sini mommy kongsikan bagaimana  cara cepat move on dalam islam:-

  • Solat Taubat
Benda pertama sekali sebelum kita memulakan langkah untuk move on adalah dengan melakukan solat taubat. Memohon keampunan dari yang maha Esa. Ini adalah kerana setiap usaha atau perhubungan yang gagal itu adalah disebabkan oleh kelalaian atau kelekaan kita dalam mengingati Allah atau meyakini Allah yang menentukan segalanya. 

  • Solat Istikharah
Selepas solat taubat, kita hendaklah mengamalkan solat istikharah untuk memohon kepada Allah agar di tunjukkan jalan mana yang kita harus ambil. Moga dengan pertolongan Allah ini kita memperolehi kejayaan pada masa akan datang.

  • Solat Dhuha
Selain dari solat taubat dan istikharah, kita di galakkan untuk mengamalkan solat dhuha untuk memudahkan segala urusan atau langkah yang telah di ambil. Bukan saja memudahkan langkah kita tapi ia juga memberikan atau melimpahkan rezeki kepada sesiapa yang mengamalkannya. In sha Allah. 

  • Perbanyakkan Bacaan Al-Quran
Amalan membaca Al-Quran sangat digalakkan dan Al-Quran sendiri mempunyai zat-zat sendiri yang memberi kesan kepada sesiapa yang membacanya. Tidak nampak tapi ia dapat di rasai. Selain itu, apabila kita mengamalkan membaca Al-Quran kita akan memperolehi ketenangan. Tak percaya, cuba baca dan amalkan setiap hari. 

  • Berhijrah
Kalau semua perkara di atas telah di buat tapi kita masih jugak tak boleh MOVE ON, di galakkan untuk kita berhijrah. Berhijrah ke tempat baru dan mendapat suasana  baru. Moga penhijrahan ini akan memberi kebaikan dan ketenangan. 

  • Amalkan Doa Ini


INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI RAAJI’UUN – ALLAHUMMA’-JURNII FII MUSHIIBATII, WA AKHLIFLLII KHOIRAM MINHAA

“Ya Allah, berikanlah pahala kepadaku atas musibah yang menimpaku, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik dari pada musibah ini.”

  • Berzikir
Jangan lupa untuk amalkan zikir kerana hanya dengan mengingati Allah saja hati kita dapat di bersihkan dan di ubati serta memperolehi ketenangan. Berikut adalah zikir yang boleh di amalkan..



  • Istiqomah
Istiqomah paling penting dalam nak move on. Kalau kita tak istiqomah, kita akan cepat atau mudah putus asa. Kita akan kembali kepada asal apabila kita tak mencapai apa yang kita usahakan... itu pentingnya Istiqomah.

In sha Allah dengan mengamalkan tips-tips ini, kita dapat MOVE ON dengan cepat sebab cara ini menunjukkan bahawa kita yakin bahawa Allah itu ada. 

3 comments:

  1. Move on mummy...lupakan yang lepas...life goes on...hehe..cakap untuk diri sendiri juga ni

    ReplyDelete