Set Lengkap Penjagaan Diri RILEY DECLAN Untuk Aisy Ke Taska ~ melepaskan anak ke taska adalah antara perkara yang membimbang dan merisaukan para ibu-ibu. Takut anak kembunglah,takut anak tak serasi dengan pengasuh lah, takut anak tak mahu makan lah dan macam-macam lagi. Mommy pun begitu jugak masa mula-mula nak lepaskan Aisy ke taska. Sindrom mak mak kan? hihi. Untuk atasi sindrom mak mak ni, mommy bekalkan Aisy set lengkap penjagaan diri RILEY DECLAN.
RILEY & DECLAN
Apa itu RILEY & DECLAN? RILEY & DECLAN atau R&D Baby Organics adalah satu brand baru yang menawarkan set lengkap penjagaan diri atau penyelesaian masalah kulit untuk si manja. Produk keluaran RILEY & DECLAN adalah organik dan telah di iktiraf dengan sijil Ecocert. Hanya yang terbaik untuk si manja anda adalah tagline mereka.
Produk Riley & Declan |
PRODUK-PRODUK R&D Baby Organics
Setakat yang mommy tahu, produk-produk R&D Baby Organics hanya ada 3 setakat ini. Produk-produk tersebut adalah:
- Head To Toe Baby Wash
- Super Relief Cream
- Comfy Tummy Rub
Head To Toe Baby Wash
Head To Toe Baby Wash adalah syampu mandian bayi yang mengandungi ektrak aloe vera, minyak biji bunga matahari dan lavender. Sangat lembut pada kulit bayi. Aloe vera dan minyak biji matahari mampu mengekalkan kelembapan kulit bayi, mengurangkan rasa rengsa pada kulit, membantu menyembuhkan atau mengurangkan masalah kulit seperti ekzema, gatal-gatal atau alahan pada cuaca/peluh. Manakala lavender pula berfungsi untuk menenangkan si manja dan membantu si manja mudah tidur.
Head to toe baby wash |
Head To Toe Baby Wash adalah cecair jernih yang mempunyai bauan lembut. Packagingnya sangat sesuai untuk di bawa travel ataupun sebagai bekal di taska.
Oh yer, sejak menggunakan produk ini pada bulan lepas... Aisy tidak mengalami sebarang alahan dan masalah kegatalan kulit pun hampir tiada.
Super Relief Cream
Antara cream kesukaan mommy sebab mommy bukan saja bagi Aisy guna tetapi abang dan kakak Aisy pun guna sekali. Anak-anak mommy allergic pada peluh dan akan gatal-gatal. Apabila dah gatal-gatal, mereka akan garu sampai berdarah. Jadi, apabila nampak anak-anak mommy mula mengaru-garu... Mommy akan cepat-cepat sapu Super Relief Cream. Sekejap saja dah hilang gatal-gatal tu. Sebab itulah mommy bekalkan Super Relief Cream kepada Aisy untuk ke taska.
Super relief Cream |
Super Relief Cream mengandungi campuran Aloe Vera, minyak jojoba, Calendula dan daun Shiso.
Comfy Tummy Rub
Comfy Tummy Rub adalah untuk membantu ibu-ibu mengatasi masalah kembung, sakit perut, batuk dan juga loya si manja. Ini adalah kerana Comfy Tummy Rub mengandungi Aloe Vera, Minyak Jojoba dan minyak halia. Jadi selepas sapukan Comfy Tummy Rub pada si manja, si manja akan rasa selesa dan lega.
Comfy Tummy Rub ini tidak panas tetapi lembut pada kulit bayi.
Riley & Declan Comfy Tummy Rub |
tummy rub |
Packaging dia juga memudahkan mommy untuk letak dalam bag. Jimat ruang...
Oh yer, bagi yang berminat untuk mendapatkan produk R&D Baby Organics bolehlah dapatkan di media social berikut:
Instagram:
Produk organik memang bagus utk bayi
ReplyDeleteBetul tu mimi..
Delete