Dua minggu lepas, unplaned dating ngan encik suami. Sekali dia bawa ke Sadao, Thailand. Ingatkan sampai sepadan ja... Mommy kan takdak passport lagi. Kan baru lepas settle PTPTN. Daddy kata takpa, nanti buat border pass kat UTC Napoh, Jitra. Semuanya ada kat situ... Okiess!
Gerak dari Kulim jam 11 pagi. Dah tengahari.. panas nau nau. Nasib baik pakai sunblock siap-siap. Kihkih. Macam manalah mat mat motor semua tahan panas? Agaknya hobi dan minat punya pasal lah kan? Tak kira apa rintangan, sanggup di redah.
Singgah sebentar di R&R Gurun. Hilangkan dahaga, kebas semua..
acah2 rider. Sila abaikan kasut.. Mommy belum ada official boots ... |
Sampai UTC Napoh, Jitra dalam pukul 12.45... Tu pun encik suami bawa 140 kmj. Kecut perut mommy...
Masuk dalam UTC terus tangkap gambar, photostat IC. Siap dalam 10 minit gak... Tengok-tengok jam dah 12.55. Ingatkan sempatlah lagi 5 minit sebelum immigration tutup. Sekali dia dah letak sign TUTUP. Kenalah tunggu sehingga kol 2 petang. Tapi boleh hantar borang siap-siap. So, hantarlah dan pegawai tu kata nanti kol 2 mai ambik. okies puan!
gambar passport |
Sementara tunggu, pergi solat siap-siap kat belakang UTC. Surau best dan besar... Sunyi ja kat UTC sini. Belakang tu pun ada banyak lagi kedai yang belum buka. Kalau semua buka, mesti meriah. Jauhnya berangan. hihi
view cantik encik suami kata... |
Tepat kol 2, mommy nak pergi ambik Border Pass... Rupanya dah siap. Kiranya kol 2 tu pi ambik ja. Terbaiklah service kat sini.
bergaya dengan helmet encik suami.. |
Dari Napoh ke Changlon, Singgah beli Insuran Thailand dan tukar duit ke matawang Thailand. Kat sini pun lama gak... Hampir setengah jam... Insuran ke thailand RM14 untuk sembilan hari kalau tak silap mommy.
Dia kata takleh ambik gambar tapi dah ambik baru nampak sign tak boleh ambil gambar... Nasib tak kena marah. |
Lepas siap Insurans, terus gerak ke Sempadan. Tiga proses/ prosedur yang perlu di buat kat sini... Untuk sahkan Passport, submit Arrival Card dan sahkan Insurans perjalanan serta daftar masuk kenderaan. Proses kat sini yang lama. nasib baik masa kami sampai barisan taklah panjang. Tapi dalam setengah jam la jugak... Imigration Thailand dah ada bangunan baru. Untuk daftar masuk kenderaan masih di tempat lama. Bangunan baru ni lebih selesa... Cuma belum ada system number. Mommy pun takdak bayar apa2 masa nak cop. Proses pun lebih cepat.
Bangunan Immigration Thailand yang baru |
Tempat lama... |
Sampai kat Sadao dalam kol 3.30... Ada sejam saja kat sini sebab nak kejar masa nak ambil Aisy dari Taska pula. Gambar kat bawah adalah kedai makan yang menyediakan daging bakar yang sedap tu.. Nanti mommy cerita dalam entry yang lain sebab waktu rehat dah nak habis.
Kedai daging bakar sedap do Sadao, Thailand |
No comments:
Post a Comment