Rintihan Rindu Lagu Terbaru Wany Hasrita - Cahaya Hayati

31 Oct 2017

Rintihan Rindu Lagu Terbaru Wany Hasrita

Rintihan Rindu Lagu Terbaru Wany Hasrita. Kali pertama dengar lagu nyanyian Wany Hasrita di Kool FM, terus kata dalam hati.. Dia boleh jadi macam Dato Seri Siti Nurhaliza. Ada rupa, terpelajar dan berbakat. Sedikit info tentang wani Hasrita:-

Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah atau nama komersialnya Wany Hasrita merupakan penyanyi Malaysia dengan lagu single pertamanya Menahan Rindu dan lagu berduet bersama Tajul Ariff Noor bin Md Shari, iaitu Disana Cinta Disini Rindu. Single kedua berjudul "Rintihan Rindu".



Wany berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan kini menetap di Shah Alam. Wany berusia 25 tahun, beragama Islam dan berbangsa Melayu. Wany dilahirkan pada 25 Disember 1992 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Dia berjaya menamatkan pengajiannya di MSU Shah Alam, dalam Ijazah Sains Perubatan dan merupakan artis rakaman FMC Music. Mempunyai kelab peminat rasmi, @wanyhasnizers[2] yang sentiasa menyokong kariernya. Di YouTube, jumlah tontonan bagi lagu single pertamanya, iaitu Menahan Rindu adalah sebanyak 15 juta manakala lagu duetnya bersama Tajul Ariff Noor bin Md Shari, iaitu Disana Cinta Disini Rindu ditonton sebanyak 10 juta.[3]

Bagi peminat Wany Hasrita, uolls boleh follow Wany di social media berikut:

WANY HASRITA 
Instagram : @wanyhasrita
Facebook : Nurshazwany Hasrita


Lirik Lagu Rintihan Rindu – Wany Hasrita

Tirai Malam melabuhkan
Kenangan Kita bersama
Dan Bersaksikan
Gerimis Yang memilukan

Sungguh Lintuh hati ini
Bagai Dihiris sembilu
Dan Menarilah
Irama Yang menyedihkan

Walau Hati ku menangis
Walau Jiwa ku merintih
Rindu Yang bertamu
Meruntun Ragaku

Dalam Beribuan bintang
Yang Sering bergemerlapan
Tanpa Ku sedari
Rembulan Pun menyuram

Andai Takdir menyuratkan
Kisah Terhenti di sini
Akan Ku abadikan
Segala Memori

Untukmu Kekasihku

Walau Hati ku menangis
Walau Jiwa ku merintih
Rindu Yang bertamu
Meruntun Ragaku

Dalam Beribuan bintang
Yang Sering bergemerlapan
Tanpa Ku sedari
Rembulan Pun menyuram

Andai Takdir menyuratkan
Kisah Terhenti di sini
Akan Ku abadikan
Segala Memori

Untukmu Kekasihku

Jika Ini sebuah pengakhiran
Yang Sempurna

2 comments:

  1. lagu ni masa awal2 dengar dulu tak best tiba2 sekarang jatuh cinta pulak

    ReplyDelete