Malasnya Nak Masuk Kerja, Ini Cara Untuk Atasinya ~ Assalamualaikum & hi chuolls! Monday blues ke? kihkih... Mesti yang bercuti seminggu tu macam malas nak masuk kerja. Tak pun dah masuk kerja tapi tak tau nak start yang mana dulu. Email berlambak, silap-silap riban tu nak baca dan nak jawab. Pending kerja lagi la... Sebab tu lah kadang-kadang mommy ni malas nak cuti lama-lama. Setakat 3 hari pun dah banyak kerja pending. Kalau seminggu lagilah. Selalunya bila cuti, mommy akan ambil kesempatan dalam cuti untuk baca dan reply email yang urgent. Yang tak urgent, kalau sempat reply jugak. Lagi satu, kaalau awak tu supervisor.. sebelum cuti jangan lupa assign task kepada staff. Cuti cuti jugak tapi kerja tetap jalan.. Barulah bos tak cari awak masa cuti. Itu bos yang paham la, sebab ada jugak bos jenis tak paham. Hang cuti ka, hang kena gak buat keja. Tension sangat sapa dapat bos jenis tak paham ni.. Tapi korang sabar sajalah. Ada masa layan, ada masa buat tak tahu sajalah.. hahaha
Malasnya Nak Masuk Kerja, Ini Cara Untuk Atasinya
Ofkos as a muslim woman mommy akan mulakan hari mommy dengan mengerjakan solat subuh dan bersiap ke tempat kerja tapi preparation barang atau kelengkapan untuk bekerja dan untuk Aisy ke Taska... Mommy dah siapkan pada waktu malam sebelum masuk tidur. Bukan apa, takut kelam kabut waktu pagi, ini terlupa, itu terlupa. Yang selalu terlupa tu mommy lah. Dah dua kali terlupa botol susu Aisy, akibatnya mommy kena patah baliklah.
The best preparation |
Bila dah sampai di tempat kerja, tak perlu kelam kabut.. just relax. Sarapan bagi kenyang dulu, barulah semangat nak buat kerja. Selalunya mommy sarapan sambil baca dan reply email. Hihi... dh jadi habit.
Sambil baca email, sambil rekod dalam buku nota... kerja atau task yang di arahkan dan tak boleh buat pada masa tu. Kena rekod sebab takut terlupa. Dah jadi pending berhari-hari.
What first? |
Lepas dah habis baca dan reply email, barulah mommy tengok task yang nak kena analyse, nak kena kaji dan perlukan feedback dari third party.
Kerja kita akan jadi senang bila kita tahu apa yang perlu di lakukan dulu, apa yang perlu buat kemudian sebab itulah mommy suka rekod apa yang pending. Bila masuk kerja lepas cuti, atau next day.. Mommy akan buat yang pending dulu. Buku rekod mommy tu, mommy sorang ja yang paham, orang lain kalau tengok mesti ingat buku tu buku conteng. Siap ada gambar pokok, bunga dan macam-macam lagilah.
secret of success |
Itu ja tips dari mommy sebagai pekerja yang menurut perintah. Lain orang lain caranya. Apa kata hangpa kongsi sama kat ruangan komen mommy tu...
Selamat bekerja uolls!
No comments:
Post a Comment