Budget 2018, Apa Untungnya? - Cahaya Hayati

28 Oct 2017

Budget 2018, Apa Untungnya?

Budget 2018, Apa Untungnya Untuk Aku? Alhamdulillah budget kali ini nampaknya lebih menyeluruh. Nak puaskan hati semua orang tak boleh, yang penting ada untuk semua orang. 

Untuk mommy iaitu golongan pertengahan, selalunya kami hanya dapat pelepasan cukai untuk sesuatu. Contohnya pelepasan untuk tanggung ibu bapa, pelepasan perubatan ibu bapa dan lain-lain pelepasan. So, untuk kali ini apa yang mommy dapat?


Untuk kali ini mommy dapat Bantuan Khas Penjawat Awam RM1500. Hihi.. Eh, taklah.. Mommy bukan penjawat awam. Mommy pekerja swasta. BRIM, tak layak . Yang pasti mommy akan dapat kalau mommy mengandung dan bersalin tahun depan iaitu RM200 amanah dana anak Malaysia (ADAM) dan pengurangan kadar cukai individu dimana ia akan meningkatkan pendapatan boleh guba individu. ITU YANG PASTI.

Walaubagaimanapun, mommy gembira sebab terdapat peningkatan untuk golongan kurang upaya, warga emas, bantuan khas kpd ketua kampung dan tok batin dan lain-lain. Tak di lupakan juga kepada Pesawah. Pesawah? Mommy tak dapat sebab pembahagian faraid masih belum selesai. 

Walaupun bantuan tu bukan untuk kita tapi ia untuk orang yang berada di sekeliling kita. Depa gembira dan kita pun gembira. Jadi bersyukurlah dengan apa yang di beri dan apa yang ada. 

Apa kata hangpa semua pula #bajet2018?

2 comments:

  1. ada pro cons masing2 kan. yang penting dia boleh bantu golongan yg memerlukan

    ReplyDelete
  2. Golongan saya hanya dapat tax reduction sahaja.. Benefits lain nan hado, sedih 😥..

    ReplyDelete