Menang Bonus Prize Untuk Count & Win KL2017 Contest ~ Mommy ni suka-suka saja masuk contest. Mencuba nasib orang kata.. Ada yang menjadi ada yang tak. Kalau menjadi tu makna dia rezeki mommy lah. Alhamdulillah. Count & Win KL2017 Contest di anjurkan oleh TM dengan kerjasama KL2017 dan ia terbuka kepada semua pelanggan TM.
Count & Win KL2017 Contest - Teka berapa banyak harimau dalam balang |
Syarat Penyertaan |
Hadiah yang di tawarkan |
Menang Bonus Prize Untuk Count & Win KL2017 Contest
Terus terang mommy bagitau yang mommy main teka ja jumlah harimau dalam balang tu sebab mommy tak pernah tengok saiz balang dan saiz harimau tersebut. Masa submit penyertaan secara online dalam hati dah doa moga mendapat Bonus Prize yang pertama iaitu S8. Alhamdulillah rezeki juga walaupun tak dapat Bonus Prize yang pertama tapi dapat Bonus Prize yang kedua iaitu FitBit Alta HR.
notis menang dari TM |
Oppss.. TM minta selpie dengan hadiah. Nahhhh ler...
wajib selpie seketoi.. |
Close up sikit.
fitbit alta HR |
Fitbit alta HR
Fitbit Alta HR bukan sahaja boleh memantau aktiviti kecergasan pengguna seperti jumlah langkah dan kalori, tetapi kini ia juga boleh memantau kadar degupan jantung secara berterusan. Melalui aplikasi Fitbit di peranti mudah alih, pengguna boleh melihat maklumat terperinci aktiviti kecergasan seperti jenis senaman, zon turun naik degupan jantung masa sebenar, malah menjejak waktu tidur secara automatik.
Fungsi pengesanan waktu tidur Fitbit sememangnya sangat berguna. Baru-baru ini ia ditambah fungsi ‘Sleep Stages‘ dan ‘Sleep Insights‘. ‘Sleep Stages‘ boleh mengesan zon tidur penggna dari waktu tidur ringan, nyenyak, bermimi dan berjaga. Tidur yang baik sangat penting untuk menjaga kesihatan pengguna.
‘Sleep Insights‘ pula membantu memperbaiki kualiti tidur. Ia memahami kaitan antara tidur, senaman, diet, berat badan dan kadar degupan jantung, dan memberi nasihat yang bersesuaian. Seperti kekurangan tidur meningkatkan kelaparan, jadi tidur yang cukup perlu untuk menurunkan berat badan.
Fitbit Alta HR mengekalkan rekaan yang kecil ibarat gelang tangan. Semua fungsi sedia ada Alta masih terdapat di dalamnya, dengan tambahan teknologi PurePulse. Kini Alta HR boleh menjejak kadar degupan jantung, langkah, jarak dan jumlah kalori yang dibakar, secara automatik sepanjang masa. Ia juga boleh mengesan aktiviti kecergasan secara automatik seperti berjalan, berlari, berbasikal mahupun bersenam aerobik.
Sebagai peranti pintar, ia turut boleh memaparkan notifikasi panggilan, pesanan ringkas dan kalendar untuk memastikan anda kekal terhubung. Paling menarik adalah komuniti Fitbit, ruang untuk mencari inspirasi dan sokongan untuk mencapai tahap kesihatan dan kecergasan yang lebih baik.
Bateri pada Fitbit Alta HR mampu bertahan sehingga 7 hari.
Close up fitbit alta HR |
Banyak rupanya fungsi fitbit ni.
Oklah itu ja. Kalau hangpa rajin join walaupun suka-suka, In sha Allah jika ada rezeki, hangpa pun akan menang juga. Sekarang ni ada contest Handphone Neffos Lite di FB. Jom join bersama-sama untuk menang Handphone pula.
tahniah
ReplyDeletewow tahniah! fitbit ni boleh tahan femes juga.. best kalau ada
ReplyDelete