Bagaimana Untuk Dapatkan Idea Untuk Update Blog- Bagaimana yer? Bila tengok rakan-rakan blogger update max 3 atau 4 entry sehari, mommy tertanya-tanya bagaimana blogger ini dapat idea untuk update blog? Nak siapkan satu entry pun susah kadang-kadang tu. Tambah-tambah paid/produk review yang memerlukan idea lebih details berdasarkan pengalaman menggunakan produk, seni ambil gambar lagi. Ayat cantik tersusun tapi gambar hampeh, pun tak okay juga sebab kedua-duanya saling berkaitan. Ayat menarik, untuk menarik orang terus membaca. Manakala gambar cantik untuk orang tertarik dengan gambar, tertarik dengan produk atau tertarik dengan menu yang kita sediakan. Bukan kata, gambar tak cantik, resepi tak sedap. Cuma presentation dan gambar memainkan peranan untuk menarik pembaca dan untuk pembaca terus mengikuti blog kita..
Bagaimana Dapatkan Idea Untuk Update Blog?
Disini mommy share apa yang mommy tahu dari pembacaan dan perbincangan dengan rakan blogger. Terdapat 5 cara iaitu:-
Bagaimana dapatkan idea untuk update blog? |
- MEMBACA
Hobi mommy adalah membaca. Paling suka baca novel, baca status fb, baca artikel yang rakan blogger share. Bila membaca, kita hadam isi atau maksud yang di sampaikan, ambil note dan jana idea dari bahan yang kita baca tersebut. Dari situ kita olah atau buat entry yang bersesuaian dengan diri kita atau blog kita. Siap satu entry dah.
- MELALUI PEMERHATIAN
Bila berada di tempat awam, tempat kerja.. Mommy suka memerhati di sekeliling. Ambil iktibar dan pengajaran atau moment yang berlaku. Tak kira moment manis tahap potong kaki, moment sedih ataupun moment macam nak bunuh satu sama lain. Kongsi apa yang berlaku. Kalau boleh apa yang berlaku ke atas diri sendiri atau keluarga dulu...
- DARIPADA PENGALAMAN
Kalau dari pengalaman lagi senang nak buat entry sebab benda dah berlaku dan bermain-main di minda, yang tinggal hanya untuk di luahkan dalam blog dan menjadi satu, dua atau tiga entry. Pengalaman syok sendiri pun takpa.. Haha
- KENALI DIRI SENDIRI
Bab yang ni pun mommy tak pasti apa kelebihan mommy. Kalau dari kawan-kawan ada yang kata mommy masak sedap, ada yang kata mommy tau ja tempat makan mana yang sedap. Itu bukanlah kelebihan mommy tapi sebab mommy dapat suami kaki makan. Jadi, bila pergi makan kat tempat baru.. Mommy suka kongsi. So, dah dapat satu entry.
- KISAH ORANG LAIN
Kisah orang lain ni berat sikit untuk kita buat entry. Boleh buat tapi jangan sampai jadikan ia aib atau malukan orang tersebut. Selalunya kita akan buat supaya ia jadi pengajaran dan tidak di ikuti oleh pembaca atau orang lain.. Positif beb!
Setakat ini saja yang mommy nampak untuk di jadikan idea dalam membuat entry blog. Idea tu pendek pun takpa yang penting isi yang cuba di sampaikan.
Selamat update entry blog uolls.
Tq Mommy. Kaklong pun selalu kekeringan idea. HArap2 lepas ni rajin update blog. :D
ReplyDeleteGo go go kaklong Chan
Deletebahan nak menulis tu banyak tapi masa tu takde huhu :(
ReplyDeleteSama la kita. Ni pun update sementara menunggu waktu maghrib..
Deleteterima kasih atas prkongsian yang bermanfaat
ReplyDeletesama-sama
Deletesemua idea ni bagus. betul tu, kita perlu manfaatkan setiap apa yang berlaku di sekeliling kita untuk dapatkan idea update blog
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
betul Mai. Bila buntu tu, akak suka blogwalking untuk dapatkan idea. Idea sama tapi kita boleh cambahkan atau details kan idea tersebut sebab ada yang just kongsi ringkasan saja.
DeleteGud info. Boleh saya tambah..nk dptkan idea tulis artikel perlu peka apa yg berlaku di sekeliling..inshaAllah sgt membantu.
ReplyDeleteBetul tu lokman. Perkara yang berlaku di sekeliling banyak membantu...
Deletetqvm bagi tips...hakak folowwww
ReplyDelete