Kenapa Althea Born This Way Box Menjadi Pilihan? Sejak Althea memperkenalkan Beauty Box pada 21 Okt 2016, mommy memang suka dengan semua Althea Beauty Box sebab Althea Beauty Box ada kelebihannya yang tersendiri. Oh yer, di Althea terdapat dua jenis Beauty Box yang di perkenalkan iaitu Althea Box dan Trend Box.
Althea Box
Sebelum mommy cerita panjang tentang Althea Born This Way Box, meh kita kenal-kenal dulu Althea Box dan Trend Box yang ada di Althea. Setiap Althea Box yang di perkenalkan mempunyai kelebihan dan tarikan tersendiri. Antaranya adalah :-
Althea Box
Berdasarkan tema yang specific dan tersendiri dan dengan Beauty Box ini, Althea memberi peluang kepada peminat K-Beauty untuk merasa sendiri produk yang dipilih oleh beautician Althea dimana ia adalah campuran produk yang menjadi rebutan ramai dan terkini.
Di keluarkan dua kali sebulan
Trend Box
Trend Box pula mengandungi produk yang hangat di pasaran iaitu sama ada produk baru atau brand terkini yang berada di pasaran. Di keluar sebulan sekali saja.
Klik sini untuk melihat Athea Box yang ada ---->>> ALTHEA BOX
If dah jatuh cinta kena cepat-cepat beli sebab Althea Box selalunya cepat sold out. Sebab mommy pernah alaminya masa nak beli kekononnya nak tunggu time gaji. Sekali masuk Althea balik, dah sold out. Frust sampai teringat-ingat sampai hari ini. huhu
Althea Born This Way Box
Born This Way Box di lancarkan untuk pengguna kelihatan seperti kulit bayi yang baru lahir dan di cemburui atau di jadikan idola oleh sesiapa saja yang melihatnya.
Kenapa Althea Born This Way Box Menjadi Pilihan?
Kenapa Althea Born This Way Box Menjadi Pilihan? Bila persoalan ini di tanya tentulah mommy akan jawab sebab mommy mahukan kulit seperti bayi yang baru lahir. Tanpa cela, halus dan mulus. Tak salah mencuba, mana tahu ia berkesan dan mommy akan kelihatan lebih lebih muda.
Yang betulnya Althea Born This Way Box menjadi pilihan kerana ia mengandung set penjagaan kulit (skincare) dan set make up ( kosmetik). Produk-produk yang ada dalam box ini jika beli satu-satu memang mahal tetapi dengan Althea Born This Way Box, hanya RM 116 instead of RM 567.00. Berbaloikan?
Apa Yang Ada Dalam Althea Born This Way Box
1. SKINCARE
Innisfree Green Tea Cleansing Foam
Beuins Nutrient Emulsion Skin
Art Point Pack
Dr. Mind Apot Red Mask
2. KOSMETIK
3CE Back To Baby Pore Velvet Primer
Catrin Natural 100 Mineral Sunkills RX (12mg)
Mono Eyes Eye Shadow
Dear Darling Icecream Water Gel Tint
Mommy telah buat special video untuk unbox Althea Born This Way Box. Unbox saja tau sebab mommy masih lagi belajar buat video... Untuk penggunaan produk adalah seperti di bawah:-
SKINCARE
Innisfree Green Tea Cleansing Foam
Innisfree Green Tea Cleansing Foamadalah foam pencuci yang lembut kepada kulit dan di perkaya dengan ekstrak Teh Hijau. Ekstrak Teh Hijau yang kaya dengan anti oksidan adalah untuk melembapkan kulit, meremajakan kulit dan memudarkan/ membaiki kulit yang rosak akibat sinaran UV.
Penggunaan pencuci Teh Hijau yang lembut ini paling penting sekali dalam mengekalkan atau memperolehi kulit selembut bayi.
Innisfree Green Tea Cleansing Foam
Cara Penggunaan Innisfree Green Tea Cleansing Foam
Oh yer, Innisfree Green Tea Cleansing Foam ini di datangkan dengan pack besar 150ml. Kalau penggunaan sehari 2 kali boleh tahan sehingga 2 hingga 3 bulan. Jimat sangat plus wangi sampai rasa nak makan. hihi
Cara menggunakan Innisfree Cleansing Foam sama saja dengan pencuci muka yang lain. Mommy guna 3 kali sehari iaitu pagi, tengahari dan malam. Caranya:-
Basahkan muka dengan air
Letakkan pencuci di muka atau letak di tangan dan di campur air untuk membentuk foam terlebih dahulu.
Letakkan di muka dan bersihkan muka dengan gerakan bulatan perlahan-lahan.
Urut muka dalam 1-2 minit.
Bilas.
Lepas cuci terus rasa segar.
Innisfree Green Tea Cleansing Foam
buih-buih cinta eh foam yang membentuk buih-buih yang lembut
Review: Selama menggunakan Innisfree Green Tea Cleansing Foam ini, mommy tidak mengalami sebarang alahan atau reaction. Yang pasti kulit mommy semakin lembut dan kesan jeragat semakin pudar.
Rating: 10/10
Beuins Nutrient Emulsion Skin
Beuins Nutrient Emulsion Skin membantu untuk menghindarkan kekeringan ( dehydration) selepas mencuci muka. Ia juga membantu untuk mengekalkan kelembapan sepanjang hari. Mudah serap ke kulit sebab ia bersifat air dan tak berminyak.
Beuins Nutrient Emulsion Skin penting kerana kekeringan kulit boleh menyebabkan masalah kulit seperti kedut hadir lebih awal dari usia yang sepatutnya. Baru 30 dah nampak macam 45.. No no it's can't happen. hehe... Nasib baik ada Beuins Nutrient Emulsion Skin yang membantu.
Beuins Nutrient Emulsion Skin
Cara Penggunaan Beuins Nutrient Emulsion Skin
Cara menggunakan Beuins Nutrient Emulsion Skin sangat senang. Letak di tapak tangan, Point kan di 4 bahagian iaitu pipi kiri dan kanan, dahi dan dagu. Ratakan dengan jari dengan membuat urutan secar bulatan.
Dah siap!
Muka baru lepas pakai Beuins Nutrient Emulsion Skin. Tak berminyak youuuuu...
Review: Lepas guna Beuins Nutrient Emulsion Skin, kulit pipi terus rasa lembap, halus dan tegang. Sukanya mommy! Ahaks.
Rating: 10/10
Mask
Terdapat 2 mask yang ada dalam Althea Born This Way Box. Iaitu Art Point Pack dan Dr. Mind Apot Red Mask.
Art Point Pack dan Dr. Mind Apot Red Mask
Art Point Pack
Art Point Pack adalah mask comei yang didatangkan dalam bentuk yang cute Cat & Dog dan Lovely Fruit. Mask ini adalah untuk point tempat tertentu terutamanya di bahagian yang mengalami kekeringan. Biarkan selama 5-10 minit. Tanggalkan dan urut perlahan-lahan
Review: Suka sangat dengan mask Art Point Pack ni sebab bila pakai nampak macam anak remaja yang nakal. hihi. Kalau buat girl party / Girl overnight or Girl pillow talk serius comel.
Rating : 8/10
Dr. Mind Apot Red Mask
Dr. Mind Apot Red Mask adalah mask merah yang mujarab untuk kulit yang stress dan sensitif.
Bagi mengekalkan kelembapan dan kehalusan kulit, mommy telah melatih diri mommy untuk menggunakan mask 2 kali seminggu. Tak kisah apa mask pun... Yang penting kulit mommy terjaga dan kelihatan muda.
Review: Walaupun pertama kali menggunakan Mask dari Dr. Mind Apot Red Mask, mommy rasa serasi sebab mask ini mampu merawat kulit mommy yang super sensitif dan mampu mengurangkan masalah kulit mommy iaitu jerawat halus.
Rating: 10/10
KOSMETIK
3CE Back To Baby Pore Velvet Primer
Rahsia make up cantik dan tahan lama adalah dengan penggunaan Primer. Kenapa perlu menggunakan Primer? Ok, ada 5 sebab perlu menggunakan primer..
Primer membantu meratakan warna kulit, tampak lebih halus dan lembap. Ini kerana ada kandungan dalam primer yang mampu mengawal minyak di wajah.
Membantu foundation tahan lebih lama dan mengawal kulit agar tidak mengalami kekeringan akibat bahan yang ada dalam make up serta terdedah kepada panas matahari pada tempoh yang lama.
Mampu menyamarkan garis halus kerana jika menggunakan foundation, garis halus di muka akan nampak lebih ketara. Jadi, primer berfungsi untuk menyembunyikan garis halus tersebut.
Selain dari garis halus, primer juga mampu menyembunyikan pori yang terbuka atau pori besar.
Sebagai pengantara antara kulit dan make up. Ini kerana ada kandungan make up yang tak mesra atau memberi alahan kepada kulit.
Nampakkan betapa pentingnya penggunaan primer? Jadi antara primer terbaik yang mommy pernah cuba adalah 3CE Back To Baby Pore Velvet Primer. Sangat halus, lembut dan ringan kepada kulit. Apabila menggunakannya, tidak terasa apa-apa.
Review: Perubahan kulit selepas memakai primer adalah pada 3 gambar di bawah. Gambar terakhir menunjukkan tangan mommy lebih halus dan mulus. Garisan kulit hampir tiada. Terus terang mommy katakan mommy memang dah jatuh cinta dengan primer ini. Saiznya yang kecil menyenangkan mommy untuk bawa kemana saja. Ia sangat ringan dan tidak terasa seperti memakai primer.
3CE Back To Baby Pore Velvet Primer
tampak lebih gebu dan licin selepas menggunakan primer 3CE Back To Baby Pore Velvet
Oh yer, primer 3CE Back To Baby Pore Velvet Primer adalah waterproof. Jadi make up lebih tahan lama. :D
Rating: 9/10
Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkills Rx (12mg)
Mommy lebih suka simple make up. Jadi jarang sangat menggunakan foundation... Selalunya selepas sapu primer di wajah, mommy teruskan rapikan dengan loose powder. Kali ini mommy mencuba Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkills Rx (12mg). Ia lembut dan ringan.
Suka sangat Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkills Rx (12mg) kerana rekabentuknya yang memudahkan mommy untuk memakainya. Tak perlu nak guna berus. Dap dap terus ke wajah saja. Boleh nampak warna putih span berubah kepada coklat.
Max Clinic Catrin Natural 100 Mineral Sunkills Rx (12mg)
dap dap ja tak perlu guna berus...
cakkk! Gebu tak? Bekas jerawat dan pigment tak dapt di sembunyikan sebab mommy tak guna foundation atau concealer.. kalau tak pasti lagi meletopps . haha
Review: Lepas menggunakan loose powder ini, mommy perasan yang kulit mommy tampak lebih halus, sekata dan cerah. Nampaknya lepas ini, mommy akan sentiasa menggunakan loose powder ini kerana selalunya mommy jarang menggunakannya sebab mommy malas nak guna brush. So, ia akan menjadi barang make up yang wajib ada dalam beg make up mommy.
Rating: 9/10
AritaumMono Eye Eyes Shadow
Mono Eye Eyes Shadow antara kosmetik yang paling mommy suka. Dwi function. hihi.. Oh yer, Mono Eye Eyes Shadow ini boleh di jadikan eyes shadow dan juga blusher (pemerah pipi). Jimat ruang make up bag mommy. hahaha
AritaumMono Eye Eyes Shadow
coral color for natural make up
Review: Warna coral ini sangat sesuai dengan mommy yang berkulit cerah. Tidak terlalu terang dan tidak terlalu pudar. Yang pasti wajah tampak berseri selepas memakainya.
Rating : 8/9
Etude Dear Darling Ice Cream Watergel Tint
Akhir sekali dalam proses make up agar wajah tampak berseri dan cantik adalah dengan mengaplikasikan lipstik, lipmate atau liptint. Kali ini mommy mahu tampak lebih muda so, watermelon red adalah yang paling sesuai sebab bibir tampak natural.
Etude Dear Darling Ice Cream Watergel Tint
makan dulu eh!
Perbezaan apabila memakai Etude Dear Darling Lip Tint.
Yeay dah berseri-seri. Jom dating!
Review: Kecil tapi comei. Mommy dah jatuh cinta okayy dengan Etude Dear Darling Tint ni. Nampak kecil dan comel tapi ia sangat membantu mommy bertambah cantik dan comel. hihi. Apabila memakai lip tint ini, ia membantu melembapkan bibir mommy, menambah seri si pemakai dan tahan lama. Kecil-kecil berbisa.
Ni antara produk yang anak mommy dok minta bila mommy unbox tempohari. Kita share sajalah kakak yer..
Rating: 10/10
full make up dengan kosmetik Althea Born This Way Box
Close Up sikit
So korang kalau berminat dengan skincare dan komestik ini, bolehlah dapatkan ALTHEA BOX di Althea. Tak mahal uolls just RM 116. Sangat berbaloi.
Oh yer, kalau korang pertama kali mengunjungi Althea, Althea baik hati untuk beri korang voucher RM30 untuk pembelian kali pertama yang bernilai RM150 dan ke atas. Klik link Althea di bawah untuk ke web Althea. Confirm uolls akan jatuh cinta dengan Althea
Dgn harga gitu Dan boleh pakai lama mmg berbaloi la kan
ReplyDeleteSangat berbaloi mamapp. Tambah2 lagi padanan dalam kotak sangat sesuai dengan kulit kita
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteYe mak. Sesuai sangat untuk yang untuk yang suka make up natural look.
DeleteMemang suka dengan produk Althea. Packaging pun lawa. Pink favorite colour plak tu.
ReplyDeleteLiaHasty
www.liahasty.com
Kan Lia. akak dah jatuh cinta dengans semua produk Althea
Delete