Tahniah Kakak Aisya! - Cahaya Hayati

17 Jul 2018

Tahniah Kakak Aisya!

Tahniah Kakak Aisya. Bangga mommy dan daddy apabila anak-anak mudah menerima apa yang di ajar oleh guru di sekolah, guru-guru tuisyen, ustazah-ustazah di KAFA dan juga ustazah yang mengajar mengaji Al-Quran di di waktu malam. 

Alhamdulillah. Kejayaan anak-anak adalah kejayaan mommy dan daddy juga.

Kalau minggu lepas, mommy pergi sekolah untuk sesi konferensi dengan guru kelas kakak Aisya. Hari ahad baru-baru ni mommy pergi ke sekolah kakak Aisya lagi untuk Hari Anugerah Cemerlang pula. 




Alhamdulillah tahun ni sekali lagi kakak Aisya naik pentas walaupun turun satu anak tangga. Selain kedudukan antara terbaik dalam kelas, kakak Aisya juga mendapat terbaik dalam 4 mata pelajaran. Kipidap kakak untuk #upsr2020 .

Kejayaan anak-anak adalah kejayaan mommy dan daddy juga. Tiada harta yang mommy dan daddy dapat wariskan kecuali memberi ilmu pengetahuan sekadar yang termampu. 

Jangan di tanya apa resepi kecemerlangan anak-anak, tiada resepi khusus. Cara mommy sama saja dengan ibu bapa yang lain.. Perjalanan anak-anak pun masih jauh dan masih banyak lagi yang perlu mereka belajar. 

4 comments:

  1. wahhh tahniah aisya! semoga kekal sampai upsr nanti :D

    ReplyDelete
  2. AnonymousJuly 18, 2018

    Asking questions are truly fastidious thing if you are not understanding anything entirely, except this
    piece of writing gives pleasant understanding
    even.

    ReplyDelete