Sedihnya Drama Dekatkan Jarak Kita - Cahaya Hayati

22 Nov 2017

Sedihnya Drama Dekatkan Jarak Kita

Sedihnya Drama Dekatkan Jarak Kita ~ Tadi tertonton drama Dekatkan Jarak Kita lakonan dari Aida Jebat, Shafiq Kyle dan lain-lain pelakon hebat. Episod pertama saja dah buat mommy nangis. Sedih... Kalau tak percaya, cer korang tonton online. Ini sinopsis drama tu...

Sedihnya Drama Dekatkan Jarak Kita, Drama Dekatkan Jarak Kita, Dekatkan Jarak Kita, syafiq kyle, aida jebat,
Dekatkan Jarak Kita

Mengisahkan sepasang kembar tidak seiras, Tashriq dan Sofea yang tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah setelah kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung. Tuan Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dalam kehidupan mereka dengan niat untuk membantu Umi Khadijah dalam menjalani kehidupannya. Tidak lama setelah kemunculannya itu, Umi Khadijah dan Tuan Kamil berkahwin. Walau bagaimanapun, Umi Khadijah tidak mengetahui bahawa Tuan Kamil mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk merampas harta Umi Khadijah kerana Tuan Kamil sebenarnya telah muflis.

Sedihnya Drama Dekatkan Jarak Kita, Drama Dekatkan Jarak Kita, Dekatkan Jarak Kita, syafiq kyle, aida jebat,
Dekatkan Jarak Kita

Demi mengukuhkan asas agendanya, Tuan Kamil menghasut Tashriq untuk menyebelahinya dan membenci kembarnya Sofiya kerana sebahagian daripada perancangannya adalah untuk menyingkirkan Sofiya. Suatu hari, Tuan Kamil membawa keluarganya berkhemah di sebuah tempat peranginan yang baru dibuka. Namun ketika mereka berkhemah itu, Sofiya didapati hilang dan ini merisaukan Umi Khadijah kerana Sofiya sedang menghidap penyakit leukimia. Masa berlalu, sehingga Umi Khadijah terpaksa akur bahawa anak perempuannya telah hilang dan menganggapnya telah meninggal dunia.

Setelah beberapa hari berlalu semenjak kehilangan Sofea, sepasang suami isteri, En. Kifli dan Pn. Zainab telah menemui Sofea dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kawasan perkhemahannya. Mereka telah mengambilnya sebagai anak angkat kerana Sofea enggan pulang ke keluarga kandungnya. Tambahan pula, En. Kifli dan Pn. Zainab mampu mengawal leukimia Sofea dengan perubatan kampung dan anak mereka Allysa tidak lagi keseorangan. Sofea dan Allysa semakin akrab, namun menjadi renggang pada tahun akhir universiti mereka kerana kedua-dua Sofea dan Allysa memendam perasaan yang sama terhadap rakan sekelas Sofea, Arif.

Sedihnya Drama Dekatkan Jarak Kita, Drama Dekatkan Jarak Kita, Dekatkan Jarak Kita, syafiq kyle, aida jebat,
Dekatkan Jarak Kita

Nasib tidak menyebelahi Sofea kerana Arif memilih Allysa dan bakal mendirikan rumah tangga. Kerana terlalu kecawa, Sofea memilih untuk hidup bersendirian dan mengabaikan kesihatannya. Ekoran daripada tindakan Sofea itu, penyakit leukimianya merebak dengan cepat dan mengganggu sistem-sistem yang lain dalam badannya dan akhirnya Sofea meninggal dunia. Sofiya juga telah meninggalkan Alyssa sebuah kotak berisi rambut, kuku dan ujian DNA miliknya dan mengamanahkan Alyssa untuk mencari keluarga kandungnya dan menyamar sebagai Sofiya untuk memperbetulkan keadaan keluarga kandungnya di Kuala Lumpur. Allysa yang berasa bersalah bersetuju dengan cadangan itu, rahsia tersebut hanya di ketahui oleh En. Kifli, Pn. Zainab 

Bila baca sinopsis dan tonton episod 1 drama ni pun dah rasa best, mesti episod yang akan datang pun akan best juga. Tak sabar nak tunggu malam ni... eh. Kat TV3 jam 10 malam setiap Isnin sampai Rabu. 

Selamat menonton!


2 ulasan:

  1. Selalu aida jebat kalau berlakon watak funky cute cmtu. Watak ni nmpk lbh berat. Nk tgk juga lah.

    BalasPadam