Masalah Betul Courier Online Shopping Direct China - Cahaya Hayati

13 Nov 2017

Masalah Betul Courier Online Shopping Direct China

Masalah Betul Online Shopping Direct China ~ okay entri ini bukan nak jatuhkan atau burukkan online shopping tapi rasanya Online Shopping patut jaga hak pelanggan juga. Bukan sekali benda ini berlaku, tapi banyak kali dah... Masa guna pos laju dulu okay ja. Barang pun sampai on time dan tiada barang hilang tapi bila tukar kepada  Ninja Van, barang asyik sampai lambat dan pernah sekali barang hilang. Yess, courier bayar balik tapi still tak puas hati sebab barang yang kami order tu dah out of stok selepas itu. Kecewa sangat dengan Online Shopping Direct China... 

Sejak kejadian barang hilang tu, kami pilih pick up barang di collection point. Masih bermasalah apabila barang dah sampai Malaysia  tapi status delivery berhari-hari dan telah melebihi ETA

Sekarang ni, tengah queue online chat dengan customer service. Cuba sejak dari pagi tadi tapi still tak attend mommy ni. Pastu queue number asyik berubah... Mula 89 pastu turun sampai 65, pastu jadi 91 balik. Mommy tak log out pun atau disconnect... Dari 91 turun sampai 20 tapi bila mommy say hello terus naik balik jadi 89. Huhuhu. Bila jadi macam ni, terus akak meroyan. Buang masa betul... Eh, ada banyak benda lagilah nak buat. 

Nasib baik tahap kesabaran mommy tinggi. So, masih menunggu queue online chat untuk status delivery yang berhari-hari tu... Setiap minit akak say hiiii kat customer service tu. Nak tengok queue number berubah atau tak. Sekali sekala buat keja gila sikit... 

Walaubagaimanapun, Customer serice online shopping ni pun patut kena upgrade. Lambat sangat tindakbalasnya. PM kat FB pun tak terbalas... apesal eh?

Semalam sepatutnya sampai parcel dari shopping online direct china tapi dari negara jiran.. Sepatutnya sampai hari sabtu pastu dia kata tersalah sebab dia ingat alamat tu kat Jelutong Penang. Eh, terang-terang poskod dan daerah tulis KULIM kot, takkan salah alamat. Alasan tu sama macam barang yang hilang dulu. Memula salah alamat, pastu akan courier hari lain sampai sebulan akak inquiry... last-last courier inform barang hilang dan akan bayar balik nilai barang tersebut. Takkan lah yang ni pun nak hilang juga? 

Kenapa masih order kalau dah tahu bermasalah? Okay online shopping tu tak bermasalah sebenarnya tapi courier yang digunakan tu bermasalah. Mungkin atau patut tukar ke courier yang lebih berdedikasi seperti Gdex ataupun pos laju. Pelanggan happy, uolls pun untung. eh!



5 ulasan:

  1. alamak ingatkan Ninja Van better dari Poslaju T_T macam mana lah parcel orang pun boleh hilang ni T_T

    BalasPadam
  2. Ramai juga yang komplen pasal ninja van nie.. huhuhu.. Masalah pada attitude pekerja ini..Bila courier problem, syarikat pun jadi bermasalah nanti..

    BalasPadam
  3. memang.. patut dibaik pulih.. menyampah jugak kadang-kadang tu..

    http://www.syahirahvaliant.com/2017/11/pakej-perkahwinan-yang-termurah-untuk.html

    BalasPadam
  4. Akak pun terkena sekali dengan Lazada, burn duit akak rm150, tu yg akak stop dulu deka sebulan dah x shopping online, tunggu reaksi lazada..

    BalasPadam
  5. ninja van memang xmasuk kulim sis.. barang ekin selalu sampai daripada poslaju sokmo kalau daripada online shopping china tu... tapi dlm website kata ninja van

    BalasPadam