Hari Tanpa Mood Berblog - Cahaya Hayati

20 Nov 2017

Hari Tanpa Mood Berblog

Hari Tanpa Mood Berblog ~ Minggu lepas hari di mana kesihatan sedikit terganggu. Sakit kepala sampai 3 hari baru hilang. Itupun sebab doktor bagi ubat tahan sakit saja sampai 2 jenis. Dari ada mood nak update blog terus takde mood. Sebab rasa lagi fikir lagi sakit kepala.. Jadi tangguh sekejap niat nak update blog tu. Dah baik pun still tak update sebab ingat nak rehatkan otak sekejap plus mood berblog pun tak ada lagi. Jadinya hari-hari tu hari tanpa mood berblog. 

Terinspirasi dari rakan-rakan blogger yang semakin mendapat tempat dalam dunia blogger iaitu Eny Yunizar dan Arz Moha. Mereka juga bekerja tapi semangat berblog mereka sangat tinggi. Sentiasa berusaha untuk majukan blog dan tak pernah kedekut dengan ilmu yang ada. Sering saja di kongsikan di media sosial mereka. Korang pun boleh follow depa...

blog, update blog, bila tiada mood berblog, cara kembalikan mood berblog,
roti telur goyang

Hari tanpa mood berblog mommy isikan dengan masak-masak dan manjakan diri sendiri di rumah. Alang-alang takdak mood dan nak rehat kita manjakan diri sendiri lah dengan  bermasker bagi mencantikkan kulit, menggebu gebas dan supaya sentiasa tampak muda. :P 

blog, update blog, bila tiada mood berblog, cara kembalikan mood berblog,
bermasker pink fruity dari Half Moon Eye

Korang buat apa kalau tak dak mood berblog? Share la sikit tips-tips yang menaikkan semangat berblog dan bagaimana nak dapatkan idea untuk update blog. Memang dah lama berblog tapi kadang-kadang bila kerja hakiki banyak dan kesihatan tak mengizinkan memang mood berblog go go away la jawabnya. 

Oh yer dedulu pernah terbaca tapi tak ingat dekat mana. Kalau tak update blog takpa janji lain-lain social media ada update . Ini adalah agar engagement kita tak terputus dan orang akan sentiasa mengikuti perkembangan kita. Pernah tak terdengar kawan-kawan kita kata tengah tunggu orang yang dia ikuti atau suka meng 'update status'? Kalau ada itulah nama dia engagement orang tersebut telah berjaya. Berjaya menarik hati orang untuk mengikutinya. Macm page KRT, menyampah tapi still baca status yang di update. kahkahkah.

jangan tunggu mood ada, kena paksa diri... 

Okah, setakat ini saja update mommy. Entry suka-suka untuk kembalikan mood berblog... 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Muahh ciket!

3 comments:

  1. SA pun tengah takde mood blogging..tak tau la bila nak dtg balik mood ni..target biulan ni 50 entry haaa..ni dah 20hb tapi entry ciput je

    ReplyDelete
  2. Semoga diberi kesihatan yg baik
    Jemput join GA. Hadiah menarik disediakan.
    https://tinynasweet.blogspot.my/2017/11/giveaway-dhia-sumayyah-201117-141217.html

    ReplyDelete
  3. kalau takde mood, join GA je sebab yang tu bantu naikkan PV :P

    ReplyDelete