My Morning Routine To Have A Chok Chok Skin - Cahaya Hayati

22 Oct 2017

My Morning Routine To Have A Chok Chok Skin

My Morning Routine To Have A Chok Chok Skin ~ Hi uolls & Happy Deepavali. Hari ni mommy share kat korang journey mommy dari muka kusam, unhappy skin kepada kulit yang lebih halus, mulus dan glowing ataupun di panggil chok chok skin. Bukan senang tapi bila dah jumpa, mommy suka share dengan korang sebab nak korang sama-sama cantik, halus dan mulus dengan mommy. Tak nak la cantik sorang-sorang, nanti orang asyik pandang mommy ja #perasan. hahaha

Bagi yang belum tahu, kulit muka mommy takdak lah halus mulus pun sebab dah ada jerawat, bekas jerawat dan jeragat. Masa belum ada anak, yer memang halus,mulus dan jerawat naik seketul dua bila Miss P datang tapi di sebabkan perubahan hormon dan salah guna produk... Kulit muka mommy jadi makin teruk. Agaknya produk timbang kilo yang mommy terguna... Hurmmm.

naked face before use Half Moon Eyes product

So, this is the journey for mommy to get back my chok chok skin. Late but i try my best.... Masa mommy try product ni, Miss P tengah on. So, naiklah dua ketoi Miss J. Besar dan kat dahi pula tu... Tapi takpe sebab dia tak mengganggu gugat mommy pun.. hahaha

HALF MOON EYES

Kali ini mommy mencuba produk dari Half Moon Eyes. Produk-produk tersebut adalah:-

  • PINK FRUITY
  • MILKY JELLY TONING ESSENCE
  • MILKY JELLY MOISTURE CREAM

Kenapa Half Moon Eyes?

Kenapa Half Moon Eyes? Mommy pilih Half Moon Eyes kerana produk-produknya terlalu simple, mengundang kesegaran dan keseronokkan. Selain itu di sebabkan produknya adalah natural, berasaskan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan botani. Ia seronok kerana dengan hanya 3 langkah mudah, mommy memperolehi kulit yang halus, mulus dan glowing.

3 Langkah mudah dengan 3 produk Half Moon Eyes:-

1. Memakai masker Pink Fruity - 2 kali seminggu.
2. Menggunakan Milky Jelly Toning Essence - setiap pagi
3. Menggunakan Milky Jelly Moisture Cream - setiap pagi

Senangkan? Di sini mommy terangkan kelebihan setiap produk tersebut.


Half Moon Eyes Pink Fruity


Half Moon Eyes Pink Fruity adalah masker yang mempunyai ekstrak buah naga yang dapat menghaluskan pori muka, mengurangkan sebum dan membuang kotoran. Ia adalah wash off mask. So, bila pakai ia senang di cuci. Ia mengandungi talc, kaolin, allantoin, shea butter, dragon fruit extract, squalane, honey dan lain-lain botanical extracts. Di datangkan dalam bentuk capsule yang mudah di buka, hygenics dan friendly untuk traveling.


Cara Mengunakan Half Moon Eyes Pink Fruity

  • Ambil satu kapsul HME Pink Fruity. Satu kapsul sekali guna. 


  • Buka penutup dan apply terus ke muka. 




  • Biarkan selama 10 minit. Selepas itu basuh dengan air suam.
  • Taraaaaa! Dah bersih. 

muka selepas pakai mask. Naik seri orang kata... 

Review: 

Muka nampak segar, halus, glowing and pinkish walaupun kali pertama menggunakannya. So wajib pakai mask ni setiap minggu.

Price: RM7.00


HME Milky Jelly Toning Essence


Milky Jelly Toning Essence menyatakan yang ia mampu untuk menjaga pori, melembapkan kulit, melindungi kulit, mengekalkan kelembapan kulit dan merawat kulit. Lets try....



Di datangkan dalam pack yang mengandungi toner dan face cotton. Face cotton dia pun best sebab tebal tapiii lembut sangat. Milky Jelly Toning Essence ini mengandungi Water, Melaleuca Alternifolia Leaf Water, Hyaluronic Acid, Ficus Carica Fruit Extract, Silica, Centella Asiatica Leaf Extract, Avena Sativa Kernel Extract, Allantoin, Macadamia Integrifolia Seed Oil, Aloe Barbadensis Leaf Water, Adansonia Digitata Fruit Extract, Ginkgo Biloba Nut Extract, Morus Alba Fruit Extract, Punica Granatum Fruit Extract, Illicium Verum Fruit Extract, PEG-7 Glyceryl Cocoate, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Sorbitol, 1, 2-Hexanediol, Caprylyl Glycol, Butylene Glycol, Trideceth-10, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Fragrance



Cara Menggunakan Milky Jelly Toning Essence 

  • Ambil Toner dan goncang. Wajib goncang sebelum guna agar kandungan dalam Milky Jelly Toning Essence bersatu.



  • Tuang di atas kapas muka dan terus sapu di muka. 


  • Kotoran yang tanggal selepas menggunakan Milky Jelly Toning Essence.


  • Yeah muka dah bersih dan segar. 




Selain di gunakan sebagai toner, HME Milky Jelly Toning Essence ini boleh di gunakan juga sebagai penyegar dengan memasukkannya ke dalam botol spray atau botol penyegar, keduanya ia boleh di gunakan sebagai mask dengan menggunakan kuantiti yang banyak di atas kain kasa atau kapas


Review

Kali pertama guna, alah sama saja dengan toner yang lain tapi mommy cabar diri guna sehingga 2 minggu. Belek kat cermin, eh... Mana pergi pori yang terbuka tu. Ia berkesan rupanya. Hahaha Seriously sangat best sebab bila pakai, macam yang lain tapi kesan dia bila pakai selalu dan continuously akan menjadikan kulit selembut bayi, halus, mulus, mengecilkan pori dan melembabkan kulit. Ini kerana kandungan buah fig membantu untuk menyegarkan kulit, membantu mengatasi masalah kulit dan inflamasi. Manakala silica pula berkesan untuk mengurangkan sebum dan membuang sel kulit yang telah mati. Sebab itulah ia berkesan.

Sangat-sangat di syorkan kepada korang yang nak kulit halus mulus, nak baiki kulit dan cantik selalu.



Harga: RM65.00


HME Milky Jelly Moisture Cream

Selalunya pelengkap kepada penjagaan muka adalah moisture cream? Kenapa? Sebab moisture cream membantu ia sangat sesuai untuk mommy yang agak kelam kabut pada waktu pagi. Ini kerana HME Milky Jelly Moisture Cream mengandungi semua yang di perlukan oleh kulit mommy. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, tak kiralah korang kulit kering ataupun kulit sensitif.


Milky Jelly Moisture Cream di datangkan dalam bentuk cream lembut seperti emulsion jelly di mana ia berkesan untuk melembutkan, melembapkan, menyegarkan kulit serta tidak melekit. Selain itu ia juga menghalang kulit dari stress yang di sebabkan oleh faktor luaran.


Ia sangat sesuai untuk semua kerana kandungannya yang dapat meningkatkan pembentukkan kolagen, anti aging dan aktifkan aktiviti antioksidan kulit. Penggunaan 7 bahan natural yang selamat untuk tubuh badan manusia, lembut dan melembapkan kulit. Sebab itulah dia best.


Cara Menggunakan Milky Jelly Moisture Cream 


  • Ambil sedikit Milky Jelly Moisture Cream.


  • letakkan di sekeliling muka, ratakan dengan cara urutan membulat. 



  • dah siap. 



Selain sebagai pelembap, Milky Jelly Moisture Cream boleh di gunakan sebagai :-

  • sleeping mask  apabila di sapu tebal
  • watershine based apabila di campurkan dengan foundation
  • Massage cream apabila di campur dengan minyak muka
Ia sangat cepat meresap ke dalam kulit selepas make up dan ke atas kesan kulit mati.


Review:

Selepas seminggu menggunakan Milky Jelly Moisture Cream, kulit mommy sangat lembut, terasa lembat dan nampak lebih cerah satu tona. Selalunya mommy tak suka moisture cream sebab ia melekit tapi denga Milky Jelly Moisture Cream, mommy sangat selasa dan tak pernah miss setiap pagi. 

Harga:  RM67.00 


Bagi kesan yang lebih efektif, Half Moon Eyes sendiri mengesyorkan supaya pengguna menggunakan ketiga-tiga rangkaian produknya. Ini kerana produk-produk ini saling membantu di antara sama lain untuk memberi kesan effektif dan menjaga kulit pengguna. 

Untuk mendapatkan produk-produk Half Moon Eyes ini, korang bolehlah dapatkan di Althea Korea. Just klik link di bawah: 


Untung tau beli di Althea sebab ia di datangkan direct dari Korea dan dengan box yang cantik. Mommy memang penggemar dan pengumpul box dari Althea. 



1 comment:

  1. semoga serasi dengan produk.. yg penting kena konsisten kan...

    ReplyDelete