Laptop Baru!

12:44 PTG Cahaya Hayati 2 Comments

Assalamulaikum wbt.

Ogos dah masuk hari ketiga baru nak update.. Nak  kejar UV dan target entry Ogos. hehe.. Tak cukup karang kena kick dari group pulak ( tutup mulut). Takmo takmo..  Mood berblog kurang di sebabkan camera telefon tetiba rosak. Tak tahu apa masalahnya... Nak ke service center kena tunggu poket penuh dulu... Karang kena caj mahal tak mampu pulak nak bayar. Yang mampu senyum je la.

Berbalik kepada laptop baru.. Yang sebenarnya Cik Ti tak ada pun laptop personal. Yang ada hanyalah laptop syarikat. Malas nak beli sebab kat kontrak laptop syarikat akan di perbaharui setiap tiga tahun. Maknanya setiap 3 tahun akan bertukar laptop...

Laptop ini syarikat sediakan kepada kakitangan untuk memudahkan pergerakan dan kerja tak kira di mana sahaja. Lagipun jika hadir ke mesyuarat dan training di luar kawasan, kami wajib bawa laptop sendiri.Hehe... Syarikat nak komitmen lebih dari pekerja. No excuses beb!


Baru hari ni menggunakan laptop dari jenama Dell latitude 3450. Eh! dekat dengan nama blog blogspot dulu... Rindu pula kat nama tu. hehe

Masih belum biasa dengan keyboard dan skrin yang agak kecil dari laptop lama. Laptop lama jenama HP. Nak taip satu ayat pun kena 2, 3 kali edit... salah tekan gambar hilang. Taip kat baris lain dia pergi ke baris lain. haih!

Yang ini lebih ringan... Tak la sakit bahu menggalas bila kena travel. hehehe

Ok lah. Nak update ni ja. Jangan jelezzz  tau!

2 comments:

Mirabeads azi berkata...

den kena tunggu lagi 2 tahun....hehe

Nurul Shahira berkata...

Jeles jugak! Laptop Sha dari zaman belajar lagi, dah 7 tahun. Suka benar buat tuan dia tensi, nak tukar baru kena menabung dulu.

Pengikut

Google+ Followers