Seminggu menemani emak di hospital, bermacam ragam dapat di lihat. Ada yang baru masuk tapi dah minta nak balik. Ada yang tidak ditemani dan ada yang cuba bunuh diri..
Di sebelah katil emak, ada seorang ibu yang setia menemani anak yang alah kepada suntikan HPV. Tidak berulang alik di sebabkan jarak rumah dan hospital agak jauh. Berkampung di hospital yang kemudahannya amat terhad. Tidur berkongsikan katil dengan anak yang sudah remaja.. Begitu sekali pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.
TAPI bagaimana pula dengan kasihnya seorang anak? Mampukah kita berkorban sepertimana seorang ibu untuk menjaga mereka ketika mereka memerlukan kita? hmmmm..
Apa yang pasti, kita tidak dapat mengatasi pengorbanan seorang emak. Pejam mata sekejap.. Terasa sedih kerana tidak dapat menjaga emak sepenuhnya. Di sebabkan oleh tuntutan tugas sebagai isteri, emak dan juga pekerja syarikat.
Nun di katil hujung sana, seorang mak cik yang berumur 70 tahun di jaga bergilir oleh anak dan menantunya. Alhamdulillah. Semoga syurga untuk kalian...

kredit kepada mr.google |
semoga mak cik T segera sembuh. In sha Allah cuba yang terbaik utk meluangkan masa dengan mereka.
ReplyDeletesemoga mak dalam keadaan baik..moga allah permudahkan..kalau mak boleh jaga 10 anak kenapa tidak kita menjaga mak ketika sakitnya..kan?
ReplyDeleteSemoga mak Cik T cepat sembuh dan Cik T diberi kekuatan untuk terus berbakti kepada keluarga. Pengorbanan mak tiada nilainya..
ReplyDelete