Pasaran Ekonomi Sekarang Adalah Peluang Besar Kepada Pelabur - Cahaya Hayati

21 Aug 2015

Pasaran Ekonomi Sekarang Adalah Peluang Besar Kepada Pelabur

Peluang Besar Kepada Pelabur 

Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat. Semoga jumaat ini adalah hari yang terbaik untuk minggu ini. 

Hari ini Cik Ti ingin kongsikan tentang ekonomi sekaraang. Ramai yang mengeluh.. TAPI berapa ramaikah yang tahu bahawa pasaran sekarang adalah masa untuk menyimpan atau membuat pelaburan? 

Kenapa Perlu Simpan/Melabur Sekarang?

Mesti ramai yang tertanya kenapa perlu simpan/melabur sekarang? Ini kerana harga saham untuk sesuatu syarikat telah jatuh dengan agak drastik. Dari RM 1 sesaham sekarang telah tinggal RM 0.60 dan ada yang lebih rendah.
Jadi, menyimpan/melabur sekarang akan memberi keuntungan yang berlipat ganda apabila ekonomi telah kembali stabil. 

Di Mana Perlu Simpan/Melabur?

Terdapat pelbagai kaedah penyimpanan atau pelaburan. Terpulanglah kepada individu tersebut...
ASB/ASN 
Sepertimana yang di ketahui ramai. Menyimpan/ melabur dalam ASB memberi pulangan setiap tahun iaitu lebih 8 peratus. Sekiranya ingin melabur dalam ASB atau ASN, dicadangkan melabur dalam ASN 2. Ramai yang tidak tidak tahu ASN2 lebih menguntungkan dari ASB/ASN. Ini kerana harga pasaran dia lebih rendah dari ASB dan bayaran dividen di bayar diatas jumlah saham yang di miliki. Setakat rekod hari ini, ASN2 juga membayar dividen lebih dari 8 peratus setahun.
Tabung Haji
Tabung Haji juga seperti ASB/ASN. Bayaran dividen adalah sekali setahun sebanyak 6 peratus sesaham. 
Unit Amanah
Unit amanah adalah pelaburan yang paling menguntungkan. Cara pelaburan adalah sama seperti membuka akaun ASB/ASN. Tidak perlu monitor kerana syarikt yang menerbitkan unit ini akan menguruskannya untuk pelabur.
Mengikut rekod pelaburan setakat hari ini unit amanah memberi pulangan melebihi 10 peratus dan lebih. 
Trading Account
Bagi yang ingin mencuba alternatif pelaburan lain bolehlah membuka trading akaun. Dengan  trading account kita boleh membentuk portfolio dan memilih syarikat yang ingin kita laburkan.
Pelabur yang bijak mengkaji turun naik pasaran saham akan memperolehi keuntungan melebihi 100 peratus setahun.
Menarikkan? Jika ingin menyimpan dalam unit amanah boleh hubungi saya melalui email yati292@gmail.com.


2 comments: