Kawan Makan Kawan
Assalamualaikum wbt.
Kawan makan kawan bukan perkara luar biasa. Selalu terjadi dalam kitaran hidup. Dah jadi lumrah dan asam garam kehidupan.
Semalam ketika bersembang dengan sahabat sejak zaman universiti lagi, dia meluahkan rasa tidak puas hati di sebabkan cerita yang tidak sepatutnya oleh salah seorang prundingan kewangan yang berada di bawah bimbingannya. Biarlah di namakan sebagai A.
Kebanyakkan perundingan kewangan tidak akan terus berjaya. Untuk berjaya dan mempunyai network mengambil banyak masa. Itu belum lagi berhadapan dengan masalah polisi dan peraturan baru yang di keluarkan oleh gomen.
A telah melalui waktu-waktu sukar. Meminta bantuan dari sahabat ini untuk meminjam sejumlah wang dan perbelanjaan dapur dan anak kecil. Sahabat ini memberi tetapi dengan syarat kembali aktif sebagai perunding kewangan untuk syarikat baru yang di usahakan oleh sahabat ini.
Setelah berjaya dan bebas dari masalah kewangan, A seperti kacang lupakan kulit. Mereka -reka cerita yang tidak wujud tentang sahabat ini. Siapa yang berada di tempat sahabat ini pasti akan terasa dan terluka dengan perbuatan A.
Jadilah sahabat yang ada ketika susah dan senang. Tak rugi pun... untung lagi adalah.
Kepada semua yang menjadi sahabat Cik Ti, tak kira la di realiti atau alam maya.. Terima kasih kerana menjadi sahabat Cik Ti. Korang memang terbaik!
p/s: terima kasih kerana membaca entry ini.
sahabat yang betul betul sahabat memang tak ramai, sahabat yang mengaku sahabat memang ramai...
ReplyDelete