Faktor Dalaman Untuk Tingkatkan Page View Blog - Cahaya Hayati

27 Aug 2015

Faktor Dalaman Untuk Tingkatkan Page View Blog

Assalamualaikum wbt.

Tips Tingkatkan Page View Blog


Setiap blogger inginkan page view yang tinggi. Kenapa? Ini adalah salah satu tarikan kepada pengiklan untuk memasang iklan dan memberi kerja berbayar kepada blogger.

Tetapi, bagaimanakah cara untuk meningkatkan page view?

Terbahagi kepada 2 faktor iaitu dalaman dan luaran blog tersebut. Walaubagaimanapun hanya faktor dalam saja yang akan di tulis dalam entry ini .

Faktor Dalaman 

1. Design blog agar tiada masalah loading

Blog yang mengambil masa untuk loading akan menyebabkan para pembaca berasa jemu untuk menunggu dan ini juga akan menyebabkan penggunaan data internet menjadi tinggi. Oleh itu, gunakanlah design blog yang loadingnya cepat dan tidak bermasalah.

2. Tajuk Entry Yang Menarik

Penggunaan tajuk yang menarik dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui isi kandungan entry tersebut.
Contohnya; apabila kita mengunjungi sesuatu blog, kita akan klik ke entry yang lain berdasarkan tajuk yang terpamer. Ini kerana kita tertarik untuk mengetahui isi kandungan entry tersebut.

3. Buat Internal Link

Buat internal link kepada entry yang berkaitan. Ini adalah agar pengunjung senang mencari atau membaca entry terdahulu. 
Walaubagaimanapun, internal link yang di buat haruslah tidak mengganggu pembacaan pengunjung. Boleh juga dibuat meletakkan warna font yang berbeza agar pengunjung tahu dan tertarik.

4. Buat Entry Bersiri

Buatlah entry bersiri bagi sesuatu perkara. Contohnya kisah percutian anda... Kisah percutian di tempat yang menarik tidak mungkin dapat di habiskan dalam satu entry. Jadi buatlah secara bersiri dan ceritakan tentang pelbagai perkara yang menarik.

5. Buat Entry Yang Berkait

Tidak semua entry perlu di buat secara bersiri atau di letakkan internal link. Boleh juga hasilkan entry yang saling berkait. Contohnya, entry berkaitan dengan adsence... entry sebelum ini adalah bagaimana cara untuk memohon adsense, entry kedua pula adalah rahsia lulus adsense. Begitulah seterusnya tentang adsense.

6. Buat Link Untuk Entry Terpopular & Terkini

Kalau pandai kod html boleh saja buat auto untuk entry terpopular dan terkini. Yang ini boleh refer di blog sifu SEO iaitu Hasrul Hassan 
post popular di blog HH
Walaubagaimanapun, blogger juga boleh menggunakan applikasi linkwithin. Applikasi linkwithin ini akan memaparkan post terdahulu di setiap entry. Ini akan menarik minat pengunjung untuk membaca entry-entry yang ada di blog.

7. Buat Pages, Label Dan Kotak Carian

Ini adalah untuk memudahkan pengunjung membaca tentang sesuatu perkara mengikut kategori. 

8. Letak Iklan Di Tempat Yang Sesuai

Penempatan iklan juga mempengaruhi pengunjung. Kalau berada di tempat yang tidak sesuai dan mengganggu pembacaan pengunjung juga menyebabkan pengunjung tidak akan singgah untuk kali kedua dan seterusnya. 

9. Banyakkan Entry

Selain daripada kualiti entry, blog yang sentiasa update akan mempengaruhi jumlah pageview. Semakin kerap update, semakin banyak bahan/ entry yang boleh di baca oleh pengunjung. 

10. Letak Gambar Yang menarik

Entry yang mempunyai gambar yang menarik juga mempengaruhi pengunjung sebab kadangkala pengunjung tertarik dengan gambar. Oleh itu, blogger perlu belajar teknik mengambil gambar yang cantik ataupun penggunaan photoshop agar dapat menghasilkan gambar yang menarik.
Ini saja yang saya dapat melalui pengalaman sepanjang saya menjadi blogger dan sejak saya join EFG. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. In sha Allah nanti saya update lagi tips untuk tingkatkan PV melalui faktor luaran pula.

7 comments:

  1. Ok..entry ni berguna untuk saya yang sanagt inginkan pageview yang tinggi setiap hari..ehheh

    ReplyDelete
  2. tq atas perkongsian info

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang baik terima kasih

    ReplyDelete
  4. terima kasih..amat berguna buat namy=)

    ReplyDelete
  5. tips yang bagus.
    kebanyakkannya dah dicuba.

    sila kritik blog saya jika ada kelapangan.tq

    ReplyDelete
  6. wow good entry! :) nak tahu cara nak pasang linkwithin blh pergi blog saya #promote hahaha

    ReplyDelete