Minggu ini dah dua tiga kali kakak Aisya cakap tak larat/ tak nak ke sekolah. Hairan bin ajaib la sebab dia yang paling suka nak ke sekolah... Yang rajin siapkan homework.. Cuba bertanya tetapi asyik kata tak tahu... hmmm.
Jadi, Mommy pun google tentang ' anak tidak mahu ke sekolah' atau lebih di kenali sebagai School Refusal'. Menurut pakar kanak-kanak iaitu doktorbudak.com;
School refusal (tak mahu ke sekolah) sangat merisaukan ibubapa, dan juga guru. School refusal kerap berlaku terutamanya di awal tahun, atau di masa permulaan sekolah (tadika, darjah 1-2) atau di masa transisi (pertama kali ke sekolah; atau dari tadika ke sekolah rendah; atau dari sekolah rendah ke sekolah menengah)
Apa sebab-sebabnya?
Apakah maksud (meaning of the behaviour) di sebalik keengganan ke sekolah? Cuba fahami apa agaknya sebab dan meaning of the behaviour yang cuba disampaikan oleh anak?
Ada 4 sebab utama kenapa anak tidak mahu ke sekolah: Kearney and Silverman (1999)
1. Untuk mengelakkan emosi tertentu (anxiety, takut, risau)
2. Untuk mengelakkan situasi tertentu (peperiksaan, dan sebagainya)
3. Untuk mendapatkan perhatian (terutamanya anak yang kecil, yang mempunyai separation anxiety)
4. Untuk melakukan aktiviti tertentu (menonton tv, bermain video games).
Ibubapa perlu cuba dapatkan pola/ pattern kelakuan tidak mahu ke sekolah. Ada hari-hari tertentu, atau masa-masa tertentu? Adakah subjek pelajaran atau seseorang yang anak cuba hindari?
Nak kat ada masalah di rumah, kerja rumah tak siap, kena buli atau tiada kawan di sekolah... takde pula. Nampaknya Cik Ti kena kaji lagilah... Hmmm
Jadi, Mommy pun google tentang ' anak tidak mahu ke sekolah' atau lebih di kenali sebagai School Refusal'. Menurut pakar kanak-kanak iaitu doktorbudak.com;
Anak Tidak Mahu Ke Sekolah (School Refusal)
Apa sebab-sebabnya?
Apakah maksud (meaning of the behaviour) di sebalik keengganan ke sekolah? Cuba fahami apa agaknya sebab dan meaning of the behaviour yang cuba disampaikan oleh anak?
Sekolah:
Dibuli di sekolah, kerja sekolah yang banyak, guru yang garang, atau kawan-kawan, dan lain-lain. Ibubapa boleh bertanya dan berbincang dengan cikgu atau kawan-kawan di sekolah untuk mengetahui tentang anak di sekolah.Rumah:
Adakah terdapat apa-apa perubahan di rumah? Kadangkala anak nak duduk rumah kerana mahu ‘melindungi’ ahli keluarga (terutamanya ibu). Ia boleh berlaku jika ahli keluarga sakit, atau ada krisis di rumah. Contohnya pertengkaran kecil antara ibubapa, walaupun pertengkaran kecil, tetapi kanak-kanak boleh melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.Ada 4 sebab utama kenapa anak tidak mahu ke sekolah: Kearney and Silverman (1999)
1. Untuk mengelakkan emosi tertentu (anxiety, takut, risau)
2. Untuk mengelakkan situasi tertentu (peperiksaan, dan sebagainya)
3. Untuk mendapatkan perhatian (terutamanya anak yang kecil, yang mempunyai separation anxiety)
4. Untuk melakukan aktiviti tertentu (menonton tv, bermain video games).
Ibubapa perlu cuba dapatkan pola/ pattern kelakuan tidak mahu ke sekolah. Ada hari-hari tertentu, atau masa-masa tertentu? Adakah subjek pelajaran atau seseorang yang anak cuba hindari?
Bagaimana membantu anak anda?
- Cari punca/ sebab. Cuba fahami apa yang merisaukan anak. Kanak-kanak selalu sukar bercerita secara lisan mengenai apa yang dirisaukan, terutama kalau ditanya ‘kenapa tak nak pergi sekolah?’. Tetapi ibubapa boleh memahami dengan mengajak anak bercerita, atau melukis mengenai sekolah atau rumah. Dari lukisan, kanak-kanak akan ‘bercerita’.
- Talk to your child. Berbual mengenai perasaan dan fear (ketakutan) beliau. Ini membantu.
- Tekankan aspek-aspek positif sekolah: boleh berjumpa & bermain dengan rakan-rakan, subjek kegemaran dan sebagainya.
- Berjumpa & berbincang dengan guru dan guru kauselor di sekolah. Bekerjasama dengan pihak sekolah. Work together, not against each other. Sekiranya masalah utama adalah buli, berbincanglah bersama dengan pihak sekolah bagaimana untuk menangani buli di sekolah.
- Tangani isu-isu keselamatan di sekolah melalui program antibuli dan anti keganasan, bersama-sama dengan pihak sekolah.
- Sekiranya anak murid mempunyai masalah pembelajaran yang menyebabkan dia tidak mahu ke sekolah, pastikan mereka mendapat bantuan untuk masalah itu.
- Bersama-sama dengan pihak sekolah, jadikan sekolah satu persekitaran yang welcoming, engaging. Ini membantu pelajar merasa connected kepada sekolah dan guru.
- Kenalpasti satu tempat selamat safe place di sekolah (seperti di pusat sumber, di bilik kaunselor). Anak yang merasa sangat stressed atau overwhelmed boleh menggunakan safe place tersebut.\
- Buat perancangan bersama guru untuk membenarkan anak ke sekolah secara berkala (progressive reentry)
- Sekiranya anak di rumah sebab tidak mahu ke sekolah, pastikan dia tidak terlalu selesa di rumah. Anak perlu mengikuti rutin sekolah & jadual sekolah di rumah. Jangan biarkan dia menonton tv, tidur, bermain komputer. Masa Mathematik, buat latihan mathematik, masa English, buat latihan English, masa rehat, baru boleh rehat.
- Mulakan ‘reward system’ seperti ‘Star Chart’. Setiap hari ke sekolah akan mendapat satu bintang. Cukup bilangan bintang (seperti yang dipersetujui oleh anak), akan dapat hadiah (reward). Reward tidak semestinya barang atau sesuatu yang mahal. Antara contoh reward yang tidak memerlukan wang adalah masa eksklusif bersama ibubapa, atau bermain bersama ibubapa.
- Sekiranya masalah tidak mahu ke sekolah berlarutan dan anak mempunyai masalah psikologi seperti anxiety dan depression, dapatkan rawatan.
Nak kat ada masalah di rumah, kerja rumah tak siap, kena buli atau tiada kawan di sekolah... takde pula. Nampaknya Cik Ti kena kaji lagilah... Hmmm
Apa pandangan kakak, abang yang anak dah bersekolah? Cer bagi pandangan sikit....
salams yati,
ReplyDeletetry ke uztaz jugak takut dekat sekolah (benda halus) ada yang menganggu aisya...mcm tak masuk akal apa yg saya suggest, tapi anak kawan-kawan ramai yang kena mcm ni...ada tu sakit kepala sampai buat mri, bila results keluar tak sakit pun ...bila refer ke uztaz ada yg menggangu sewaktu dekat sekolah...
In Sha Allah. Nanti saya cuba... Terima kasih yer!
Delete