Assalamulaikum wbt.
Masih teringat lagi cara mengucapkan selamat tinggal kepada lampin. Sungguh, lagi awal lagi bagus. Menurut pakar kanak-kanak Kulim, ibu bapa boleh melatih anak-anak untuk ke bilik air sendiri apabila anak sudah pandai bercakap iaitu sebelum 2 tahun.
Tapi Cik Ti hanya melatih mereka ke bilik air apabila usia anak-anak mencecah 2 setengah tahun. Percayalah hanya tempoh 2 minggu saja usaha untuk membiasakan mereka tanpa lampin. Dalam tempoh 2 minggu ini ibu bapa perlu banyak bersabar kerana anak-anak akan membuang air kecil dan besar merata-rata dan tidak biasa dengan penggunaan bilik air atau tandas.
Untuk melatih anak-anak tanpa lampin, perkara-perkara berikut perlu di lakukan:

Tanya Setiap 2 Jam
Tanya kepada anak sama ada dia nak buang air setiap 2 jam. Sekiranya masih tidak terasa pastikan jam ketiga, ibu bapa bawa anak ke bilik air dan arahkan anak untuk membuang.Jangan Marah!
Jangan marah anak sekiranya anak tidak memberitahu atau telah membuang di tempat yang tidak sepatutnya. Sebaliknya beritahu yang dia sepatutnya membuang di bilik air atau tandas. In Sha Allah anak akan faham usaha ibu bapBeri Anak Masa
Beri anak masa untuk sesuaikan diri tanpa lampin. Contohnya ketika di rumah biasakan anak tanpa lampin tetapi beri lampin ketika melakukan aktiviti di luar.
Meletakkan Syarat Kepada Anak
Memberi arahan atau meletakkan syarat kepada anak, iaitu kena membuang air kecil terlebih dahulu sebelum keluar. Lama-kelaman anak akan biasakan diri untuk membuang air sebelum keluar dan lampin yang di pakai akan kering ketika melakukan aktiviti di luar.
Guna Konsep Psikologi
Ketika melatih anak-anak, pastikan ibu atau bapa banyak menggunakan konsep psikologi. Contohnya apa implikasi jika mereka tidak ke tandas atau bilik air.
Dulu Cik Ti tidak membeli lampin pakai buang ketika dalam proses menceraikan lampin kepada anak. Sebaliknya guna Cloth Diapers (CD). Bila mereka sendiri tidak selesa dengan CD tersebut, mereka sendiri akan meminta untuk tidak memakai lampin.
Sentiasa Beritahu
Ibu bapa perlu sentiasa beritahu sebab anak tidak perlu memakai lampin lagi. Contohnya,
'Abang kan nak pi sekolah. Kalau nak pi sekolah tak boleh pakai pampers lagi. Kawan-kawan kat sekolah semua dah tak pakai pampers. Abang malu tak dengan kawan-kawan?'
Anak-anak akan berusaha untuk melakukan sebab mereka teruja untuk ke sekolah dan jumpa kawan-kawan.
Ibu Bapa Kena Rajin Dan Sabar
Dalam berusaha untuk mengucapkan selamat tinggal kepada lampin, ibu bapa perlu rajin dan sabar. hehe.. Kena rajin membersihkan sisa-sisa yang telah di tinggalkan oleh anak. Sabar iaitu menahan marah jika anak-anak tidak berjaya membuang di tempat yang sepatutnya.
Dulu, Cik Ti ambil cuti seminggu untuk melatih anak tanpa lampin. Berjaya! Siang dan malam tanpa lampin.
Selamat mencuba!
p/s: Tips berdasarkan pengalaman.
nice tips :)
ReplyDeleteirine pon dah boleh cakap dia yak.. tapi mak nya yang malas nak tanya..hahaha..
ReplyDeleteterimakasih tipsnya :D
ReplyDeletenice tips
ReplyDeletethanks for the tips...memang kena sabar layan anak yang baru nak diapers free
ReplyDeletetips yang bagus
ReplyDeleteAkan cuba praktikkan Tips putus lampin yang baik
ReplyDelete