Satu Adunan Dapat 3 Jenis Kuih | Resepi Pau Sambal Mudah Dan Sedap. Petang-petang macam ni memang teringin nak makan macam-macam. Dekat timeline asyik keluar gambar pau sambal aka burger malaysia. Nak buat tapi ikan bilis pula takdak. Simpan dekat sini dulu resipi pau sambal aka burger malaysia yang boleh buat macam-macam kuih seperti donut coklat, donut cheese dan pelbagai lagi perisa donut yang korang suka. Untuk resepi ni kredit kepada Cik Puan Hasnah
Satu Adunan Dapat 3 Jenis Kuih | Resepi Pau Sambal Mudah Dan Sedap |
Resepi Pau Sambal Mudah Dan Sedap
Bahan:
3 sudu susu pekat manis
3 sudu gula
1 peket mauripan
1 cwn air suam
*** tggu bhn2 di atas hingga kembang 10-15 minit
3 cwn tepung gandum
2 sudu majerin
1 biji telor
Caranya:
Campur semua bahan. Gaul sehingga menjadi doh. uli-ulikan sekejap.
Rehatkan doh selama 10-15 minit atau sehingga doh kembang setaman.
Bila dah kembang, baru buat doh kecil-kecil.
Tunggu lagi 10-15 minit baru isi apa yg nk letak dlm doh tu.
Goreng dengan api sederhana sehingga doh bertukar kepada kuning-kuningan. Untuk frozen, masukkan sekejap saja. Angkat dan biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk beku.
Untuk donut cheese, owner resepi kata di guna cheese brand Anchor yang di lipat 2 dan dipotong kepada 3 bahagian.
Selamat mencuba..
Ni lagi mudah . Beraneka kuih dapat dalam satu adunan kan
ReplyDelete