Kek Cawan Mudah Sedap, Guna Blender Dan Sukatan Cawan Jer. Assalamualaikum & salam hari minggu. Bila PKP dan tak kemana-mana memang perut sentiasa lapar dan teringin nak makan itu ini. Tengah malam pu terasa nak makan kek. Apalagi.. zasss sediakan bahan untuk buat kek cawan mudah sedap guna blender dan sukatan cawan saja.
Sapa macam CH yang nak makan apa-apa terus buat? Sep sikit... Itulah pentingnya stok makanan kering di rumah. Bukan berlambak-lambak tapi ada untuk buat dan masak apabila emergency atau bila terasa nak makan. Perancangan untuk masak tu penting guyss walaupun bukan nak masak masa beli tu.
Antara barang dapur yang wajib ada dalam stok CH adalah bihun, tepung gandum, mee segera, suhun fucuk, gula, minyak masak, tepung naik sendiri dan lain-lain lagi. Bila teringin nak makan, masak ja dengan bahan yang ada. Resepi? Google kan ada 😝
Sharing ngan korang resepi kek cawan marble guna blender dan sukatan cawan jer. Mudah sangat!
Kek Cawan Mudah Sedap, Guna Blender Dan Sukatan Cawan Jer
Bahan Kisar:
1 cawan minyak masak
2 sb marjerin
3/4 cawan gula
4 biji telur gred A
3 sb susu pekat manis
Bahan Lain:
2 cawan tepung naik sendiri
1 sk essen vanilla
2 sb serbuk koko
Coklat rice secukupnya.
Cawan kek secukupnya
Caranya:
Kisar bahan kisar sehingga sebati. Lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan bahan kisar ke dalam bekas yang mengandungi tepung naik sendiri. Kaup balik sehingga adunan menjadi sebati.
Masukkan essen vanilla.
Asingkan adunan menjadi 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko.
Masukkan adunan putih dan koko secara berselang seli ke dalam cawan kek. Ulang sehingga adunan habis.
Hiaskan dengan coklat rice.
Bakar adunan dalam suhu 200° selama 40 minit.
Taraaaa.. dah siap.
wah cik T mesti anak-anak suka ni kan :)
ReplyDelete