Buat Sendiri Jeruk Buah Setar - Cahaya Hayati

15 Jun 2021

Buat Sendiri Jeruk Buah Setar

Buat Sendiri Jeruk Buah Setar. Sekarang musim buah star, ataupun lebih dikenali sebagai buah remia di kedah dan lain-lain tempat sebagai buah kundang. Buah setar ini biasanya di makan dengan kulit ketika muda ataupun masak. Rasa masam ketika buah masih muda dan rasa manis ketika buah telah masak ( bergantung pada baka). Tengok buah saja terus pecah air liur. Tambah-tambah lagi musim PKP ni.. penuh timeline facebook dengan buah setar muda cicah garam belacan atau colek. Terus teringin. Bila suami keluar pergi kedai saja terus pesan minta tolong belikan kalau jumpa orang juai. Dia punya teringin tu macam pregnant..Kihkih. Tapi non hado... Nasib baik nampak org update dlm Kulim Info. Terus la CH order... Dapatlah merasa tapiiii masam ya amat. Boleh makan cicah garam belacan setakat 2,3 biji ja. Buah hat lebih tu CH buat jeruk saja. Jadilah jeruk buah setar homemade. 


Buat Sendiri Jeruk Buah Setar 


Buah setar ni bila dah jerukkan, hilang rasa masam tu dan tahan lama. barulah boleh makan banyak sikit. Almaklumlah bila dah masuk 40 an ni, selera makan tu sedikit berubah... Tak nak yang masam sangat, tak nak masin sangat.. Nak makan yang simple-simple ja. 


Buat yang teringin nak makan tapi tak boleh makan buah yang fresh dan muda tu... korang boleh cuba resepi ni. Tambah-tamabah orang yang ada pokok sendiri dan berbuah lebat. Korang buatlah homemade jeruk buah setar dan jual. In sha Allah musim musim pkp ni juai apa pun laku. 


Resepi Jeruk Buah Setar Mudah Dan Sedap


Resepi Jeruk Buah Setar Mudah Dan Sedap, jeruk buah kundang, jeruk buah remia, jeruk homemade, cara buat jeruk buah remia, resipi jeruk buah kundang, buah remia, buah remia muda, buah kundang, buah kundang muda, buah setar, buah setar muda, jeruk buah setar muda, jeruk buah kundang muda, jeruk buah remia muda, cara buat jeruk buah setar, cara buat jeruk buah kundang, sedapnya jeruk buah kundang, sedapnya jeruk buah remia, sedapnya jeruk buah setar, langkah demi langkah jeruk homemade, mudahnya buat jeruk buah, cara buat jeruk buah, jeruk, jeruk buah, jeruk asam kundang
Resepi Jeruk Buah Setar Mudah Dan Sedap


Bahan:

1kg buah setar muda 

1-2 sb kapur makan 

Garam secukupnya

Gula secukupnya


Caranya:

Buah setar dibersihkan, dibelah 2 dan dibuang bijinya

Rendam dengan air kapur selama 2 hingga 3 jam. Ini adalah untuk mengekalkan kerangupan buah setar. 

Buang air kapur dan bersihkan buah setar sekali lagi.

Rendam buah setar dengan air garam selama 24 jam atau sehingga kulit buah akan berubah warna kekuningan. Jika tak berubah warna, bermakna garam tidak mencukupi.

Basuh atau bilas buah untuk hilangkan rasa garam. 

Rendam buah dengan air gula. 

Sedia di makan selepas 24 jam. 


Selamat mencuba uolls. 



2 comments:

  1. Adoi....terliur dah SA...ada order baru ni...nanti hari selasa baru dapat...

    ReplyDelete
  2. owh senang jer nak buat rupanya
    okay boleh cuba nanti

    ReplyDelete