Layan 10 Drama Koreo Ini Jika Boring Ketika MCO. Korang yang aktif sebelum MCO aka PKP mesti rasa boring jika kena duduk rumah saja. Yelah biasanya aktif kat luar tapi bila duduk rumah rasa tak tentu arah dan tak tahu nak buat apa. Bagi yang tak tahu tu, CH cadangkan korang tonton 10 drama korea ni. Drama ini drama berepisod. Sure korang tak sempat nak habiskan dalam satu hari...
Drama-drama yang menjadi pilihan CH ni, drama yang sesuai di tonton oleh mereka yang sebaya dan berumur 18 tahun ke atas yer.. Sebab ada adegan-adegan yang tak sesuai ditonton oleh mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Drama-drama yang CH senaraikan ni bukanlah drama terkini tetapi ia sangat menarik untuk di tonton. Boleh tambah ilmu orang kata. hihi
Layan 10 Drama Korea Terbaik Ini Jika Boring Ketika MCO
#1 The Penthouse : War of Life Season 1
#2 The Penthouse : War of Life Season 2
Sambungan dari kisah satu di mana semua yang terlibat dengan kematian Min Sol A meneruskan kehidupan macam biasa dan ada juga yang telah insaf serta membantu Logan untuk menuntut bela di atas kematian Min Sol A dan Su-Ryeon. Dalam season 2 ini, Bae Ro Na pula 'mati'. Makin menarik apabila mak Bae Ro Na pula mencari siapa yang bunuh anaknya. Adakah suaminya sendiri?
#3 Doctor Stranger
#4 Romantic Doctor, Teacher Kim Season 1
Kisah seorang doktor melatih doktor muda untuk menjadi doktor pakar melalui keromantikan seorang doktor. CH suka tengok sebab walaupun mereka hanya berlakon, tetapi ditunjukkan juga cara untuk membedah yang sebenar. Nampak macam real sangat tambah-tambah lagi cara mereka pegang scalpel.
Tambah menarik apabila ada perebutan kuasa untuk menjatuhkan doktor Kim...
#5 Romantic Doctor, Teacher Kim Season 2
Dalam season 2 ini, Doctor Kim cuba melatih doktor yang berbakat tetapi bermasalah. Macam tak percaya apabila dia berjaya mengubah para doktor ini menjadi doktor yang terbaik.
#6 The Marriage Life
Kisah-kisah yang berlaku kepada pasangan yang telah berkahwin. Bagaimana si isteri membongkar kecurangan si suami.... Apa yang berlaku seterusnya, korang kena tonton sendiri.
#7 Crash Landing On You
Crash Landing on You menceritakan kisah dua insan, Yoon Se-ri (Son Ye-jin), pewaris Chaebol Korea Selatan, dan Ri Jeong-hyuk (Hyun Bin), ahli elit Korea Utara (yang juga kebetulan menjadi pegawai tentera). Suatu hari ketika Yoon Se-ri meluncur udara di Seoul, Korea Selatan, angin secara tiba-tiba bertiup kencang dan menerbangkannya. Se-ri sedar daripada pengsan dan mendapati dirinya di dalam hutan di DMZ bahagian Korea Utara (kawasan yang dilarang untuk Korea Selatan). Di sana dia bertemu Ri Jeong-hyuk, pegawai tentera Korea Utara. Ri Jeong-hyuk akhirnya memberikan perlindungan Yoon Se-ri, dan mengembangkan rancangan untuk diam-diam membantunya kembali ke Korea Selatan. Lama kelamaan, mereka jatuh cinta, walaupun terdapat cabaran dan pertikaian antara negara masing-masing.
#8 It’s Okay to Not Be Okay
Drama ini mengisahkan tentang Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun), seorang pekerja kesihatan masyarakat di wad psikiatri yang tidak mempunyai masa untuk cinta, dan Ko Moon-young (Seo Ye-ji), seorang pengarang buku kanak-kanak yang berjaya yang tidak pernah tahu bagaimana perasaan cinta. Setelah bertemu, kedua-duanya perlahan-lahan mula menyembuhkan luka emosi masing-masing. Seiring berjalannya cerita, kebenaran di sebalik masa lalu mereka yang saling terkait yang menghantui mereka terungkap
#9 Vincenzo
Pada usia lapan tahun, Park Joo-Hyung (Song Joong-ki) pergi ke Itali setelah diadopsi oleh keluarga Itali. Dia kemudian bergabung dengan mafia, di mana dia kemudian diadopsi oleh Don Fabio, ketua keluarga mafia Cassano. Park Joo-Hyung diganti nama menjadi Vincenzo Cassano dan menjadi peguam Itali, konsigliere untuk mafia, dan orang kanan Don Fabio. Setelah Fabio mati, Paolo, anak kandung Fabio dan pemimpin baru Keluarga Cassano berusaha membunuh Vincenzo. Vincenzo melarikan diri ke Seoul dan berangkat untuk mendapatkan 1.5 tan emas yang dia bantu seorang hartawan China yang baru-baru ini mati secara rahsia tersembunyi di ruang bawah tanah Geumga Plaza. Walau bagaimanapun, sebuah syarikat harta tanah di bawah Babel Group secara tidak sah mengambil alih bangunan tersebut, dan Vincenzo mesti menggunakan kemahirannya untuk menuntut kembali bangunan tersebut dan mendapatkan kembali kekayaannya. Vincenzo terlibat dengan peguam Hong Cha-young (Jeon Yeo-been), jenis peguam yang akan melakukan apa sahaja untuk memenangi kes.
#10 Decendants Of The Sun
Yoo Si-jin (Song Joong-ki) ialah seorang kapten untuk sebuah unit Pasukan Operasi Khas Korea Selatan. Ketika tidak bertugas, Si-jin menahan Kim Gi-beom (Kim Min-seok) daripada melarikan diri selepas dia mencuri motosikal dengan bantuan Sarjan Mejar Seo Dae-young (Jin Goo). Gi-beom cedera semasa ditahan dan dihantar ke hospital. Dae-young menyedari bahawa telefonnya telah dicuri oleh pencuri tersebut. Dia kemudiannya pergi ke hospital bersama Si-jin untuk mendapatkan semula telefonnya.
Di bilik kecemasan, Si-jin bertemu Dr. Kang Mo-yeon (Song Hye-kyo) buat pertama kali dan dengan serta merta tertarik kepadanya. Mo-yeon tersalah anggap bahawa Si-jin ialah sebahagian daripada geng jenayah pencuri tersebut kerana nama samaran "Big Boss" yang sebenarnya ialah kod pengenal tentera. Si-jin membuktikan kepada Mo-yeon bahawa dia ialah seorang askar dengan bantuan doktor tentera, Yoon Myeong-joo (Kim Ji-won).
Si-jin dan Mo-yeon mula bertemu janji tetapi disebabkan tugas mereka, janji temu tersebut sering terganggu separuh jalan. Si-jin ditugaskan untuk mengetuai kumpulan untuk misi pengaman ke Uruk, sebuah negara fiksyen. Sementara itu, Mo-yeon kecewa kerana dia gagal untuk menjadi seorang profesor kerana latar belakang istimewa rakan sekerjanya. Apabila Si-jin dan Mo-yeon bertemu kembali, mereka berbual mengenai pandangan mereka terhadap kehidupan dan menyedari betapa berlainannya mereka. Si-jin sebagai seorang tentera, membunuh untuk melindungi nyawa dan Mo-yeon, sebagai seorang doktor, cuba untuk menyelamatkan nyawa. Oleh kerana pandangan berbeza terhadap kehidupan, mereka bersetuju untuk berpisah. Dae-young pula menghadapi dilema sama ada untuk meneruskan hubungannya dengan Myeung-joo atau berhadapan dengan risiko dipecat daripada tentera oleh bapa Myeung-joo, Leftenan Jeneral Yoon.
Lapan bulan kemudian, Mo-yeon menolak permintaan seksual pengerusi hospital Han Suk-won (Tae In-ho) dan disebabkan itu dia ditugaskan untuk mengetuai sebuah pasukan perubatan ke Uruk. Di sana, Si-jin dan Mo-yeon bertemu kembali. Melalui pertemuan mereka di Uruk di mana gempa bumi dan wabak berlaku, cinta mereka terhadap satu sama lain bertambah utuh. Semasa di Uruk, Mo-yeon dengan tidak sengaja mengaku perasaannya dan kedua-dua mereka secara rasminya mula bertemu janji.
Sekembalinya ke Korea, kedua-dua mereka meneruskan temu janji sehingga Si-jin dan Dae-young dihantar ke satu operasi di mana mereka menghilang dan dianggap telah mati. Beberapa bulan berlalu, Mo-yeon masih bersedih terhadap kematian Si-jin dan memutuskan untuk memperingati pemergiannya dengan menyertai sukalerawan ke Albania. Di sinilah tempat Si-jin akhirnya menjumpai semula Mo-yeon selepas dia dan Dae-young diselamatkan oleh "rakan dari tempat yang jauh", seorang askar dari Korea Utara yang dibantu Si-jin sebelum ini. Si-jin dan Mo-yeon gembira bersatu semula. Sementara itu, Dae-young kembali bertemu semula dengan Myeung-joo yang ditugaskan di Uruk. Dalam babak kredit, keseluruhan pasukan dipanggil untuk bertugas semula susulan letusan gunung berapi di Kanada.
Semua drama ini korang boleh tonton di Netflix, Wiki, Viu, WeTv ataupun di Iflix. Kalau korang takde semua tu, cuba search kat Telegram.
Selamat menonton uolls!
No comments:
Post a Comment