Review BLACK+DECKER Steam Mop. Hajat di hati nak beli vacum + mop tetapi apakan daya duit tabung belum penuh. So, CH beli dulu BLACK+DECKER Steam Mop bagi memudahkan kerja-kerja membersihkan rumah.
BLACK+DECKER Steam Mop Memudahkan Kerja Membersihkan Lantai Rumah |
BLACK+DECKER Steam Mop yang CH pilih adalah jenis handheld. Jenis yang ini ada wayar yer... Jangan risau sebab wayar dia cukup panjang. Masa beli, dapat handheld steam mop dan satu micro fiber pad. Okaylah dengan harga yang CH dapat pada masa beli iaitu RM 239.00.
Masa sampai part part tu asing-asing yer. Kena pasang sendiri tapi senang saja.. just cantum cantum mengikut panduan yang di beri. Nak lagi senang, minta husband pasangkan. hihihi...
Ni pad microfiber tu. Nampak jer macam biasa tapi melekat kuat dan tak mudah tanggal walaupun tengah mop. Lagi satu, mudah cuci lepas guna. CH masukkan dalam mesin basuh saja.
Dah siap pasang... 5 minit jer nak pasang tu.
Bila dah siap pasang, haruslah test tengok. Sebelum test tu jangan lupa letak air dalam botol. Lepas on letrik, tunggu sekejap supaya mop menjadi panas dan keluar wap. Bila dah keluar wap, boleh dah start mop.
Review: BLACK+DECKER Steam Mop memang sangat membantu kerja-kerja membersihkan lantai rumah CH terutamanya kotoran degil. Letak steam mop lama sikit, habis tanggal kotoran degil. Yang penting rasa bersih sangat walaupun tidak menggunakan pencuci lantai.
Kalau rasa nak wangi macam guna mop biasa tu, korang boleh ja spray pencuci lantai atau softlan dulu sebelum start mop. Bila mop steam mop kena pencuci lantai yang korang spray tu, memang bertambah bersih dan wangi. Itu cara CH lah sebab nak jaga steam mop supaya tahan lama sebab dah di mention jangan letak pencuci dalam botol air steam mop. Jadi guna spray saja untuk extra effort mencuci dan bagi rumah wangi. Tak letak pun okay dah sebab steam mop ni memang mencuci lantai sampai bersih.
Lagi satu sebab CH beli BLACK+DECKER Steam Mop sebab bila dah umur meningkat ni, kerja-kerja mencuci menjadi sangat penat dan meletihkan. Mungkin sebab stamina dah kurang. So, kita keluarkan sedikit duit untuk menyenangkan kerja-kerja kita dengan membeli robot atau mesin yang boleh membantu kita. Kita tak penat, kurang lah sikit nak dapat penyakit anxiety ataupun darah tinggi...
Ini pendapat CH lah...
Bagi yang nak beli atau tengok steam mop ni, korang boleh tengok di SINI
Salam. Kenapa saya guna rasa melekit ya lepas sudab mop? Ada rasa mcm tu tak
ReplyDelete