Resepi Ayam Masak Serai Mudah Dan Sedap - Cahaya Hayati

9 Jun 2021

Resepi Ayam Masak Serai Mudah Dan Sedap

Resepi Ayam Masak Serai Mudah Dan Sedap. Assalamualaikum & hi korang. Korang dah cuba makan ayam masak serai? Kalau belum cubalah sebab ayam masak serai ni sedap sangat dan berbau wangi serai. Rasa serai yang menyerap ke dalam ayam menjadikan rasa ayam tu sangat sedap dan terangkat. Kalau masak ni memang makan bertambah ataupun berulang.

Resepi Ayam Masak Serai Mudah Dan Sedap, resipi ayam mudah dan sedap, ayam masak serai sedap, resepi ayam mudah masak, resipi ayam sedap sangat, ayam, mudahnya masak ayam serai, resepi ayam berkuah, resepi ayam sedap, mudahnya masak ayam, lauk ayam sedap, sedapnya ayam, cara masak ayam masak serai, serai, bahan ayam masak serai, langkah demi langkah ayam masak serai, lauk ayam sedap, ayam masak istimewa, ayam sambal serai, lauk ayam istimewa, lauk untuk nasi minyak, nasi minyak, lauk kenduri, ayam kenduri
Ayam Masak Serai


Bila masak ayam masak serai ni, cukuplah ia dimakan dengan nasi panas. Bagi yang nak berkuah, boleh tambah dengan sup sayur, jelatah timun nanas. Nak lagi terangkat, korang boleh saja makan dengan nasi minyak ataupun nasi serai. Hidangan ini juga sesuai untuk dihidangkan pada hari raya. Sejenis CH kalau teringin nak makan, masak ja terus, Tak tunggu dah hari yang istimewa atau untuk meraikan sesuatu. 

Ayam masak serai ni mudah sebab bahan yang digunakan tak banyak cuma kena banyak menggunakan serai. Alahhh pokok serai kan kat belakang rumah ja. Setakat 5-6 batang, ada apa hal kan? 

Tak tahu nak masak apa lunch hari ni.. Jom cuba ayam masak serai cara CH


Resepi Ayam Masak Serai Mudah Dan Sedap 



Bahan:

1 ekor ayam - dipotong 16 
5-6 batang serai - dititik sehingga pecah bawahnya ( kalau tak pecah bawahnya, serai kurang rasa & wangi dan lambat kering)
3-4 sudu cili kisar ( boleh tambah jika korang suka extra pedas)
1 keping asam gelugor
garam secukupnya
kunyit secukupnya
minyak secukupnya
gula secukupnya


Bahan Kisar

2-3 labu bawang besar
3-4 ulas bawang putih
1cm halia


Caranya:

Ayam dibersihkan, digaul garam kunyit dan digoreng separa masak. Angkat dan ketepikan. 

Dalam kuali yang lain. Panaskan minyak ( CH guna minyak goreng ayam tadi). Masukkan serai dan biarkan sehingga sedikit garing. 

Tambah cili kisar. Biar sehingga pecah minyak. 

Masukkan bahan kisar. Masak lagi sehingga pecah minyak. 

Tambah asam keping, garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih sekejap. 

Masukkan ayam. Gaul rata. Biarkan kuah menjadi pekat dan berpalut kepada ayam. 

Resepi Ayam Masak Serai Mudah Dan Sedap, resipi ayam mudah dan sedap, ayam masak serai sedap, resepi ayam mudah masak, resipi ayam sedap sangat, ayam, mudahnya masak ayam serai, resepi ayam berkuah, resepi ayam sedap, mudahnya masak ayam, lauk ayam sedap, sedapnya ayam, cara masak ayam masak serai, serai, bahan ayam masak serai, langkah demi langkah ayam masak serai, lauk ayam sedap, ayam masak istimewa, ayam sambal serai, lauk ayam istimewa, lauk untuk nasi minyak, nasi minyak, lauk kenduri, ayam kenduri
Ayam Masak Serai dari kuali. 

Angkat dan hidangkan dengan nasi panas. 

Resepi Ayam Masak Serai Mudah Dan Sedap, resipi ayam mudah dan sedap, ayam masak serai sedap, resepi ayam mudah masak, resipi ayam sedap sangat, ayam, mudahnya masak ayam serai, resepi ayam berkuah, resepi ayam sedap, mudahnya masak ayam, lauk ayam sedap, sedapnya ayam, cara masak ayam masak serai, serai, bahan ayam masak serai, langkah demi langkah ayam masak serai, lauk ayam sedap, ayam masak istimewa, ayam sambal serai, lauk ayam istimewa, lauk untuk nasi minyak, nasi minyak, lauk kenduri, ayam kenduri
Ayam Masak Serai

 

Selamat mencuba uolls!



Nak info ibu hamil, nak lebih banyak resepi, nak motivasikan diri ataupun nak jadi blogger? Korang klik ja link telegram di bawah..  Confirm tak nyesal.


Info Ibu Hamil 



Info Resepi 



Info Motivasi 



Malaysia Blogger Influencer & Content Writer

2 comments:

  1. Sedap . 3 hari lepas CCL dah try ayam masak serai

    ReplyDelete
  2. nampak sedap.. alahaiii laparlah pula musim-musim ni

    ReplyDelete