Singgah Makan Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang. Plan asal nak singgah makan laksa di Teluk Kechai sebab dah lama tak makan laksa yang ada sambal nyoq tu. Sekali sampai kat kedai tu, kedai tutup la pulak sedangkan kat dlm google maps kata buka. Nak buat macam mana, takdak rezeki nak makan laksa Teluk Kechai. Pastu, husband ajak balik ikut jalan lama. Horayyy la sebab dah lama tak lalu jalan lama dan boleh singgah beli jagung di deretan gerai sepanjang jalan ke Gurun. Masa on the way, ternampak status kawan tentang Maksu Laksa Dapur Arang. Terus ajak husband singgah..
|
Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang |
Sampai ke Gerai Maksu Laksa Dapur Arang, masih ramai orang dan ada lagi yang beratur. Dalam hati sedap sangat ke? Alang-alang dah sampai, haruslah kita cuba.
Self service order. Dua laksa biasa, dua laksa tak mau sayur... Bila sampai, nampak kuah laksa pekat dan bau pun sedap. Dari tengok saja belum rasa lagi memang dah tau sedap.
|
Maksu Laksa Dapur Arang |
Selfie dulu sebelum makan.
|
bab posing boleh serah kat husband... |
Zoom sikit rupa laksa Maksu Laksa Dapur Arang..
|
Makan Laksa Viral Mak Su Laksa Dapur Arang |
Selepas di gaul-gaulkan sebelum masuk mulut..
My Debab always laju bab makan..
Ni cara orang Penang nikmati laksa. Tambah otak udang. Baru surrrr katanya.. CH sebagai orang Kedah pula kata, kalau tambah otak udang tu, hilang rasa laksa. Hahaha...
|
wajib tambah otak udang |
Budak kecik ni tak mau makan. Frust sebab ABC takde dah.. Ada laicikang saja. Order tapi dia tak makan pun. Katanya rasa pelik pastu kutip segala jeli dan buah dalam laicikang tu. Suka hatilah adik, janji tak buat perangai.
Untuk laksa Maksu Laksa Dapur Arang, CH bagi 4/5 bintang. Rasa dah sedap cuma takde cili padi dan limau untuk tambah rasa pedas dan masam. Mungkin sebab CH dah sampai lambat dan kedai pun dah nak tutup. Nak minta, tak nampak pula bekas cili dan limau. So, makan yang sampai sajalah.
Rekomen juga untuk korang singgah sini kalau nak rasa laksa kedah. Bukan laksa Penang tau sebab laksa kedah letak daun selom bukannya salad. Laksa Penang letak salad.
Nak rasa laksa Maksu Laksa Dapur Arang, klik google maps di bawah.
laksa telok kechai tu my favourite juga. lama tak makan kat situ..
ReplyDeleteaduh terliur pulak tgk laksa
ReplyDeletealaaaa..jauhnyaaa..dah la x leh merentas...terus SA terliur..
ReplyDelete