20 Resipi Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap. Antara masakan yang menjadi favorite CH adalah masak lemak cili padi. Tak kisah lah masak lemak apa pun, memang sedap di tekak dan kena dengan selera CH.
Lagi satu, nak masak masak lemak cili padi ni mudah saja. Kalau tak biasa buat memang rasa macam susah tapi lama kelamaan akan menjdi senang sebab kita dah tahu kalau bahan utama banyak sekian sekian, bahan sampingan berapa pula. Untuk memudahkan korang, CH himpun 20 resipi masak lemak cili padi mudah dan sedap untuk korang cuba. Tambah-tambah lagi di bulan ramadan.
Masak lemak cili padi juga dikenali sebagai masak lemak cili api. Ikut tempat korang duduk lah sebab kat Kedah ni, depa panggil masak lemak cabai melaka. Walaupun cili tu ditanam di Kedah tetapi nama glamer dia tetap cabai melaka. Jangan terkejut pulak tau.
20 Resipi Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap
#1 Masak Lemak Cili Api Daging Salai
![]() |
Masak lemak cili api daging salai |
Bahan:
500 gm daging lembu
1 biji kelapa parut - perah ambil santan
2 batang serai - diketuk
10-15 biji cili api **
4 biji bawang merah **
2 ulas bawang putih **
1 ketul kunyit hidup **
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit - dicarik sahaja
1 sudu makan garam atau secukup rasa
1/2 sudu teh gula atau secukup rasa
Bahan pelengkap - jika mahu
3 biji kentang potong ikut citarasa
atau boleh juga letak belimbing buluh mahupun petai muda
Cara memasak
1. Bersihkan daging, lumur dengan sedikit garam, bakar/salai daging hingga masak. Kemudian potong nipis kemudian digaul pula dengan serbuk kunyit.
2. Bahan bertanda (**) ditumbuk lumat/ kisar.
3. Dalam periuk/kuali panaskan minyak, tumis serai kemudian masukkan bahan tumbuk masak hingga naik bau wangi.
4. Masukkan santan, asam keping dan kentang biarkan mendidih api perlahan. Untuk dapatkan warna kuning yang menarik tambah sedikit serbuk kunyit.
5. Masukkan daging, garam dan gula secukup rasa serta daun kunyit.
6.Apabila masak tutup api, sedia dihidang.
#2 Ayam Masak Lemak Cili Api
![]() |
Ayam masak lemak cili api |
Bahan:
Ayam satu ekor di potong kecil
Cili api campur merah/hijau
Serai d ketuk 2 batang.
Kentang 4 biji.
Santan 3 ringgit.
Asam gelugur sekeping.
Gula nisan.(sedikit untuk memancing rasa)
Maggie secukup rasa.
Garam.
Kunyit.
Cara memasak
1. Ayam di cuci bersih dan di garam kunyit serta di goreng sederhana masak..
2. Setelah siap masukkan dalam periuk.
3. Cili api dikisar kasar
4. Kentang buang kulit dan d potong 4 dan di rebus
5. Masukkan santan, cili, kentang, serai yang diketuk, asam gelugur ke dalam periuk ayam yang siap di goreng tadi. Boleh mula masak.
6. Perasakan dengan garam maggie secukup rasa dan nisan.
7. Masukkan daun kunyit yang di carik...
8. Sedia untuk dihidang
#3 Masak lemak cili api siput sedut
![]() |
siput sedut masak lemak cili api |
Bahan:
1 kg siput sedut (di potong hujungnya)
Segenggam cili padi
5 ulas bawang merah
1 sdu teh lada hitam
1 sudu teh biji ketumbar
1 sdu teh jintan halus
1 sudu teh jintan putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup @1 sdu teh serbuk kunyit
1 kotak santan
3 keping asam keping
2 btg serai (di ketuk)
Garam & serbuk perasa
Cara memasak
1. Kisar atau tumbuk semua bahan (bawang merah, cili padi, halia, jintan halus, jintan putih, lada hitam dan serbuk junyit @ kunyit hidup.
2.Masukkan bahan kisar, santan, serai, asam keping dan siput sedut ke dalam satu periuk.
3.Sekiranya terlalu pekat boleh tambah kan sedikit air. Bergantung pada selera masing masing.
4.Hendaklah sentiasa kacau utk elakkan santan berketul. Kacau sehingga menggelegak..
5.Setelah menggelegak, masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa. Sudah siap boleh dihidang bersama nasi panas dan menu lain.
#4 Sotong masak lemak cili api
![]() |
Sotong masak lemak cili api |
Bahan:
#5 Udang Masak Lemak Cili Padi
![]() |
Udang masak lemak cili padi |
#6 Ikan Kerisi masak lemak cili padi
![]() |
Ikan Kerisi masak lemak cili padi |
Bahan:
2 ekor ikan kerisi
1 btg cili merah
5,6 btg cili padi
1 biji bwg besar
1 biji bwg putih
600 ml santan
100 ml air
1 btg serai
Cara memasak
1.Masukkan santan ke dalam periuk.
2.Kisar halus bwg besar,bwg putih,cili merah,kunyit hidup dan cili padi.Tuangkan ke dlm santan dan air kemudian masukkan serai yg telah diketuk.Kacau selalu supaya santan tidak meruap.Tunggu hingga mendidih dan masukkan ikan.
3.Masukkan garam dan perasa. Dah siap
#7 Ikan Lampam Masak Lemak Cili Api
![]() |
Ikan lampam masak lemak cili padi |
Bahan:
3 ekor ikan lampam
30 biji cili api
2 batang serai
3 keping asam gelugur
2 cawan santan pekat
1 sudu serbuk kunyit
3 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Masukkan ikan, serai yg telah diketuk, bawang putih yg diracik nipis, garam, asam keping dan serbuk kunyit ke dalam periuk yg sesuai.
2. Kisar cili api bersama santan.
3. Tuangkan santan dan cili yg dikisar ke dalam periuk.
4. Panaskan . Selalu menimbuk atau mengacau kuah supaya tidak meruap.
5. Masak sampai mendidih dan ikan masak.
6. Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi putih.
#8 Gulai Betik Lemak Cili Api
Betik masak lemak cili padi |
Bahan:
1 biji betik muda/ sederhana tus
1 biji kelapa / 1 kotak santan
10 biji cili api (ikut kepedasan byk mna nk letak)
1 inci kunyit hidup/ 1 sudu kecil serbuk kunyit
2 beatang serai/ titik
1 senduk ikan bilis
1 keping asam keping
Cara memasak:
1.Mula mula betik kupas kulit dan cincang halus. Basuh dan toskan.
2.Kisar cili api dan kunyit, lepas tu campurkan bahan yang diblend dalam kuali, ikan bilis, serai yang diketuk serta santan, masak dengan api sederhana, tambah garam, kuah hampir masak atau kering sikit baru masukkan betik tadi.. Kacau 2 dan rasa garam nya. Kalau semua dah terasa boleh tutup api. Tujuan masak kuah dulu kemudian masukkan betik untuk menggelakan betik hancur kerana terlalu lembik.
3.Biasanya bila masukkan betik kaup balikkan sekejap. Agak-agak layu je tutup api.
#9 Ayam Masak Lemak Cili Api Rebung
![]() |
Ayam masak lemak cili api rebung |
Bahan:
Ayam setengah ekor (8 / 9 ketul)
1 cawan air untuk bahan yg bertanda bintang)
10 biji cili api (kalau nk pedas lebihkan cili)*
2 inci kunyit hidup*
2 batang serai (ketuk)
Rm 2.00 rebung
1 kotak santan) Rm3.00 santan
1 keping asam keping
garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Mula mula blend bahan yang bertanda dengan air, masukkan bahan blend, serai yang diketuk, ayam dan rebung (rebung basuh dan perah airnya) dalam kuali. Kacau sebati dalam kuali sekejab orang nogori panggil kocutkan sekejab, baru masukkan santan.
2.Tambah air dalam satu @ dua cawan, tambah garam, asam keping kacau selalu untuk mengelakkan pecah minyak dan sehingga masak.. tutup api.
3.Taraa siapp untuk dihidang..Makan dengan ulam dan ikan jering perhh cnfm tambah 2 pinggan
#10 Telur Ikan Masak Lemak Cili Api
![]() |
Telur ikan masak lemak cili padi |
Bahan:
300g Telur Ikan
1 Inci Kunyit
1 Batang Serai
8-10 cili api
2 Keping Asam
2 Cawan Santan
Garam
Cara memasak:
1.Bersihkan telur ikan dengan air asam.
2.Blend kan kunyit dan cili api. Serai titik sahaja.
3.Masukkan santan dan bahan blend ke dalam periuk. Masakkan dengan api sederhana. Masukkan serai dan asam keping
4.Apabila santan mendidih, masukkan telur ikan dan perisa kan dengan garam. Siap
#11 Kerang Dan Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
![]() |
Kerang dan pucuk paku masak lemak cili api |
Bahan:
1 kilogram kerang
2 ikat pucuk paku
200 ml santan pekat
200 ml air
1 helai daun kunyit dihiris
2 batang serai diketuk
1 keping asam gelugor
3 sudu makan minyak
1 sudu teh garam (secukup rasa)
Bahan A -Ditumbuk
10 tangkai cili api (boleh ditambah atau dikurangkan)
2 ketul kunyit hidup
3 ulas bawang merah
Cara memasak
1.Sediakan bahan-bahan.
2.Masukkan kerang ke dalam kuali. Tak perlu tambah air. Buka api yang agak kuat dan tutup kuali. Tak sampai 2 minit, kerang dah terbuka. Ketepikan
3.Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan A. Masukkan air. Bila dah mendidih, masukkan pula santan dan asam gelugor. Sentiasa dikacau agar santan tidak pecah minyak.
4.Setelah mendidih, masukkan pucuk paku, daun kunyit dan kerang tadi. Perasakan dengan garam.
5.Dah siap, sedia dihidang
#12 Ikan Merah Masak Lemak Cili Api Nogori
![]() |
Ikan merah masak lemak cili api |
Bahan:
2 inci Kunyit Hidup ditumbuk(2 sudu kecil serbuk kunyit)
1 ekor Ikan Merah
1 sudu besar cili api yang sudah diblend (ikut kepedasan)
1 cwn santan pekat
1 1/2 cwn air
2 batang serai diketuk
1 kpg asam keping
Garam secukup rasa
Cara memasak
1. Masukkan santan, air, kunyit, cili padi, asam, serai dan garam. Masak atas api sederhana sehingga hampir mendidih. Perlu sentiasa di kacau untuk mengelakkan santan pecah minyak.
2. Masukkan ikan yang telah dicuci bersih. Tambah serbuk kunyit jika warna kurang menarik.
3. Masukkan daun kunyit dan sayur pilihan (terung, kacang panjang). Biarkan sehingga mendidih. Kacau sekali sekala.
4. Rasa dan tambah garam jika perlu. Tutup api dan siap dihidang.
#13 Perut Masak Lemak Cili Api
perut masak lemak cili api |
Bahan:
500g Perut Lembu(yg telah direbus)
6 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
2 hirisan Halia
Cili Api(ikut kepedasan kita nak)
Sedikit Kunyit Hidup@Serbuk Kunyit
Sehelai Daun Kunyit(disimpul@dihiris halus)
1 cawan Santan Pekat
2 Batang Serai
Keping Sekeping Asam
Garam secukup Rasa
Cara memasak:
1.Kisar Bawang, Halia, Kunyit dan Cili Api.
2.Masukkan bahan yg dikisar ke dlm periuk. Tambah 2 batang serai yang telah dititik.
3.Masukkan Perut yg telah direbus dan gaul sebati dengan bahan yg telah dikisar.
4.Masukkan Asam Keping, Santan dan Daun Kunyit.
5.Masukkan Garam dan sedikit Air (jika pekat). Sentiasa kacau dan api perlahan untuk pastikan masak lemak kita cantik serta tak berketul. Biarkan 5-10minit. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
#14 Rebung Masak Lemak Cili Api
![]() |
masak lemak cili api rebung |
#15 Ketam Masak Lemak Cili Api
![]() |
ketam masak lemak cili api |
#16 LALA MASAK LEMAK CILI PADI
![]() |
Lala masak lemak cili padi |
#17 Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
![]() |
Pucuk paku masak lemak cili padi |
#18 PUCUK UBI MASAK LEMAK CILI API TEMPOYAK
![]() |
Pucuk ubi masak lemak cili padi tempoyak |
#19 MASAK LEMAK CILI API JANTUNG PISANG DAN PUCUK UBI
![]() |
Masak lemak cili padi jantung pisang dan pucuk ubi |
#20 IKAN MASIN MASAK LEMAK CILI PADI
![]() |
Masak lemak cili padi ikan masin |
No comments:
Post a Comment