Resipi Agar-Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap - Cahaya Hayati

22 Mar 2021

Resipi Agar-Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap

Resipi Agar-Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap. Assalamualaikum wbt & hi korang. Salah satu makanan atau kuih traditional yang CH suka adalah agar-agar kering. Mudah saja nak buatnya tapi nak jemur dan tunggu sehingga kering tu yang susah. Sebab itulah ia susah nak dapat. CH pun dah lama tak makan.

Baru-baru ini kawan CH ada up di facebook kata dia jual agar-agar kering yang di buat sendiri. Terus la CH order sampai 1 kilo. Kat rumah ni, CH sorang ja makan... Makan sambil layan drama tak sedar dah nak habis sebalang. Sedap dan tak manis sangat. Ni pun dah book siap-siap untuk raya... 

Kalau korang nak rasa agar-agar kering yang super sedap ni, korang boleh la pm kawan CH aka Norzaini . Makan tak cukup satu sebab habis satu nak lagi dan lagi. hihi... 
 

Resipi Agar-Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap, agar-agar, agar-agar kering, cara buat agar-agar kering, agar-agar kering, dried  jelly, resepi agar-agar kering, mudahnya buat agar-agar kering,
Resipi Agar-Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap


Tapi kalau korang rajin nak buat sendiri, korang boleh guna resipi di bawah. Resipi turun temurun katanya... Bila buat sendiri ni, boleh la letak perisa strawberry, sirap, laici, sarsi dan lain-lain lagi. 

Resipi Agar-Agar Kering Pelbagai Perisa Mudah Dan Sedap


Bahan-Bahan

60gm Agar-agar tali (direndam dalam air)
1500ml air
1500gm gula pasir - boleh kurangkan jika tak mahu manis sangat
250gm gula batu (tumbuk hingga sedikit hancur)
Pewarna makanan/ sirap berperisa


Cara-caranya:

Basuh agar-agar dan masukkan dalam periuk. Masak agar-agar sehingga cair.

Masukkan gula batu dan gula pasir. Kacau hingga gula larut.

Masukkan agar2 ke dalam loyang dan tambah pewarna atau sirap berperisa. Kacau hingga warna sekata.

Biarkan hingga agar-agar keras. Setelah itu bolehlah di potong kecil2 memanjang, kemudian di jemur hingga kering.

Nota: 
* Jemur 2 hari dah cukup sebab sekarang musim panas.
*tanda-tanda agar2 cukup kering warna di luar jadi putih dan bila di sentuh kering serta tak melekat pada tangan.

1 comment: