Keriang Hill Resort Staycation | Rasa Macam Duduk Rumah Kampung Sendiri - Cahaya Hayati

16 Mar 2021

Keriang Hill Resort Staycation | Rasa Macam Duduk Rumah Kampung Sendiri

Keriang Hill Resort Staycation | Rasa Macam Duduk Rumah Kampung Sendiri. Hi korang! Lama nau tak update... Rindu nak update tetapi idea asyik tenggelam tak timbul-timbul jer. Hihi. Alang-alang tengah ada idea ni moh ler kita update tentang penginapan sehari semalam CH di Keriang Hill Resort di Gunung Keriang Alor Setar. Stay di sini sebab nak pergi melawat kakak dan mak saudara CH yang dah lama tak jumpa tetapi hanya dapat melawat kakak CH di Jitra saja. Mak saudara pula warded di Hospital Sultanah Bahiyah dan pelawat tidak dibenarkan masuk. In sha Allah ada masa kita singgah tengok mak saudara di rumah dia nanti. Semoga cepat sembuh mak lang. 


Keriang Hill Resort, keriang hill, resort terbaik di Alor Setar, staycation best di alor setar, hotel best di alor setar, gunung keriang, alor setar,
Keriang Hill Resort


Idea untuk staycation di Keriang Hill Resort timbul apabila CH ingin spent lebih masa di Alor Setar dan juga untuk hilangkan rindu pada kampung halaman yang dah lama CH tak jenguk. Kami laki bini yang sejenis tak suka menyusahkan adik beradik dan juga ingin memberi keselesaan kepada anak-anak untuk bergerak bebas. So, dengan alasan itulah kami stay di Keriang Hill Resort. 


Lagipun, CH dah lama teringin nak stay kat sini tapi bila nak booking saja asyik full. Apatah lagi musim perayaan. Asyik fully book saja. So, bila ada kosong dan kebetulan nak balik kampung, terus CH book melalui booking.com. Dapatlah harga RM190 sehari semalam. 


Keriang Hill Resort, keriang hill, resort terbaik di Alor Setar, staycation best di alor setar, hotel best di alor setar, gunung keriang, alor setar,
Rumah Kota Keriang Hill Resort


Gerak dari Kulim ke Keriang Hill pada jam 3.30 petang. Perlu lalu jalan biasa dan masuk highway melalui Sungai Petani Utara. Bila melalui jalan biasa, masa yang diambik untuk sampai ke Alor Setar lebih dari 2 jam. Bila dah sampai Alor Setar, ada sekatan jalan untuk pemeriksaan polis dan tentera... Setengah jam saja sangkut kat situ.


Sampai di Keriang Hill Resort pada jam 6.45 petang. Terus check in sebab belum solat asar lagi... Nasib baik proses check in cepat.


Resort yang di beri kepada kami adalah Rumah Kota yang mempunyai family bedroom dan ruang tamu. Dari luar nampak kecil tetapi bila masuk dalam, luas dan selasa untuk kami 5 beranak. 


Keriang Hill Resort, keriang hill, resort terbaik di Alor Setar, staycation best di alor setar, hotel best di alor setar, gunung keriang, alor setar,


Memang rasa suasana rumah kampung dulu-dulu. Siapa yang teringin nak duduk kampung tu, boleh stay kat sini. 


Keriang Hill Resort, keriang hill, resort terbaik di Alor Setar, staycation best di alor setar, hotel best di alor setar, gunung keriang, alor setar,

Bilik yang menempatkan 2 buah katil queen untuk kami 5 beranak. Pintu terbuka tu adalah bilik air dan toilet. 

Keriang Hill Resort, keriang hill, resort terbaik di Alor Setar, staycation best di alor setar, hotel best di alor setar, gunung keriang, alor setar,

Keriang Hill Resort, keriang hill, resort terbaik di Alor Setar, staycation best di alor setar, hotel best di alor setar, gunung keriang, alor setar,

Toilet dan bilik air pun luas. Unik dan cantik bila resort ini menggunakan buluh untuk pisahkan bilik mandi dengan toilet. 
 

Keriang Hill Resort, keriang hill, resort terbaik di Alor Setar, staycation best di alor setar, hotel best di alor setar, gunung keriang, alor setar,

Keriang Hill Resort, keriang hill, resort terbaik di Alor Setar, staycation best di alor setar, hotel best di alor setar, gunung keriang, alor setar,


Masa sampai tak sempat nak jelajah resort ni. Pagi-pagi lagi budak ni dah ajak jalan-jalan pusing resort. Nak mandi kolam tak boleh. So kita pusing-pusing tengok kawasan saja dan burung merak berwarna putih.


Keriang Hill Resort, keriang hill, resort terbaik di Alor Setar, staycation best di alor setar, hotel best di alor setar, gunung keriang, alor setar,

So, sangat recommended kepada sesiapa yang suka atau nak rasa suasana kampung. Sunyi dan selesa untuk rehatkan diri dari kesibukan hal dunia. 


No comments:

Post a comment