Nak Makan Pizza? Sekarang Dah Ada Penghantaran Sampai Depan Pintu Rumah - Cahaya Hayati

5 Dec 2020

Nak Makan Pizza? Sekarang Dah Ada Penghantaran Sampai Depan Pintu Rumah

Nak Makan Pizza? Sekarang Dah Ada Penghantaran Sampai Depan Pintu Rumah. Assalamualaikum wbt & happy saturday! Hari sabtu adalah hari malas CH memasak sebab CH akan tumpukan mengemas dan membersihkan rumah. Seminggu sekali saja sebab hari-hari yang lain CH sibuk dengan kerja dan urusan rumhtangga. So, memang cakap siap-siap dekat suami yang CH tak masak.  Pandai-pandai lah dia nak keluar beli dekat kedai atau pesan penghantaran sampai depan pintu rumah. Selalunya, pesan penghantaran sampai depan pintu rumah sebab masing-masing malas nak keluar. Tambah-tambah lagi dalam tempoh PKPB... Ada yang senang, kenapa mak susah-susahkan diri kan?


Nak Makan Pizza? Sekarang Dah Ada Penghantaran Sampai Depan Pintu Rumah


Begitu jugak dengan makan malam. Selalunya ikut selera anak-anak. Yang paling diaorang suka makan adalah pizza dengan extra cheese. Satu saja yang CH tak suka tentang pizza ni bila walk in ... Kena tunggu lama. huhu... Rasa sayang dengan masa yang terbuang ketika menunggu atau menghadapi jammed untuk menikmati pizza kegemaran diaorang. Tambah-tambah lagi korang yang tinggal di Kuala Lumpur, dimana traffic sentiasa sesak tak kira dekat atau jauh. Nasib baiklah sekarang ada cara yang mudah tanpa membuang masa untuk menikmati pizza iaitu dengan menggunakan perkhidmatan pizza delivery. 


Bagi memudahkan korang yang tinggal atau berada di Kuala Lumpur, ini adalah 5 restoran pizza halal dan sedap yang korang boleh nikmati dan penghantarannya sampai depan pintu rumah. 



5 Restoran Pizza Sedap Dan Terbaik Di Kuala Lumpur


#1 Domino's Pizza


pizza, pizza terbaik di kuala lumpur, pizza delivery, penghantaran pizza, restoran pizza sedap, pizza sedap, pizza murah, pizza halal di kuala lumpur


Antara restoran pizza yang menjadi kegemaran ramai sebab harganya yang sangat berbaloi dan terdapat pelbagai pilihan pizza serta topping. 


#2  Al Azhar Restaurant


pizza, pizza terbaik di kuala lumpur, pizza delivery, penghantaran pizza, restoran pizza sedap, pizza sedap, pizza murah, pizza halal di kuala lumpur

Restoran Al-Azhar merupakan restoran yang menyajikan makanan berasaskan Malaysian, North Indian, South Indian, Thai, Western. Memang banyak pilihan makanan yang korang boleh pilih. Namun, pizza merupakan makanan kegemaran dan menjadi pilihan pelanggan yang selalu datang ke restoran ini selain nasi arab, roti nan dan banyak lagi. 

pizza, pizza terbaik di kuala lumpur, pizza delivery, penghantaran pizza, restoran pizza sedap, pizza sedap, pizza murah, pizza halal di kuala lumpur

Menariknya, Pizza di restoran ini di bakar dengan menggunakan cara traditonal iaitu dengan menggunakan bara kayu arang. Ini menambahkan rasa enak pizza tersebut. 

Antara pilihan pizza yang korang boleh cuba adalah sausage pizza, beef pizza, vegetable pizza, margherita pizza, seafood pizza, pepperoni pizza, chicken pizza, tuna pizza dan shrimp pizza. 


#3 Pizza Mansion (Bukit Bintang)


pizza, pizza terbaik di kuala lumpur, pizza delivery, penghantaran pizza, restoran pizza sedap, pizza sedap, pizza murah, pizza halal di kuala lumpur

Merupakan restoran yang menjadikan pizza sebagai menu utama yang ada di restoran ini dengan pelbagai pilihan topping. Antara pizza yang korang boleh pilih adalah The PM Pizza (vegetarians), Anchovy Marinara Pizza, Say Cheese Pizza, Big Brunch Pizza, Pineapple Express Pizza, Smokey Robinson Pizza, Zucchini Eggplant Chickpeas Pizza, Carbonara Pizza dan banyak lagi.


pizza, pizza terbaik di kuala lumpur, pizza delivery, penghantaran pizza, restoran pizza sedap, pizza sedap, pizza murah, pizza halal di kuala lumpur

Dengan cara pembakaran yang istimewa iaitu menggunakan kaedah kayu arang, pelanggan akan menikmati rasa pizza sebenar dari gigitan pertama sehinggalah kunyahan yang terakhir. 


#4 Lalista Fast Food


pizza, pizza terbaik di kuala lumpur, pizza delivery, penghantaran pizza, restoran pizza sedap, pizza sedap, pizza murah, pizza halal di kuala lumpur

Selalunya kita merasa pizza yang dimasak menggunakan resipi dari Itali atau Perancis, tetapi Lalista Fast Food memberi kelainan dengan menawarkan pizza dengan resipi dari Pakistan. Mesti sedap dan lain rasanya bila pizza dengan rempah ratus dari Pakistan. 

Antara Pizza yang boleh di pilih di sini adalah Chicken Pizza, Hawaiian Pizza, Tuna Pizza, Chicken Shami Kabab Burger, Vegetable Pizza, Chicken Tikka Pizza dan Chicken Anchari Pizza. 


#5 Layali El Sham Restaurant


pizza, pizza terbaik di kuala lumpur, pizza delivery, penghantaran pizza, restoran pizza sedap, pizza sedap, pizza murah, pizza halal di kuala lumpur

Merupakan restoran yang berasaskan menu dari Syria. Menawarkan pelbagai makanan arab termasuklah Pizza dengan resipi tersendiri. 


Sedapkan semua pizza yang ditawarkan oleh 5 restoran ini? Jauh dari rumah lahhh. Nak sampai kedai pizza tu kena hadap jammed! Jika teringin nak makan pizza, tak payah susah keluar rumah pun tak apa.. guna saja servis pizza delivery dari Foodpanda. Mudah, Sedap dan Berbaloi. 

1 comment: